PANTANG LARANG MAKANAN,UBAT-UBATAN & BAHAN KIMIA UNTUK PENGIDAP G6PD

Bagi individu yang menghidap penyakit kekurangan G6PD ia perlu menghadapinya seumur hidup. Ia bukanlah penyakit berjangkit tetapi satu keadaan di mana berlaku kecacatan dalam kod genetik yang boleh trigger gejala G6PD jika melanggar pantang larang. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ni boleh la baca entri Bayi G6PD. Hari ni saya nak share perkara-perkara yang boleh trigger gejala G6PD. Produk-produk yang menjadi pantang larang turut perlu dipantau penggunaannya oleh ibu yang menyusu bayi dengan penyakit G6PD kerana apa yang kita makan akan turut menjadi sebahagian dari susu badan yang diminum bayi. So ada risiko tercetus hemolisis pada bayi.

Penghidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Secara umumnya makanan seperti dalam senarai di bawah akan menyebabkan hemolisis pada pesakit G6PD dan berisiko maut seperti pengambilan kacang parang. Sesetengah yang lain pula cuma mengakibatkan hemolisis tahap rendah iaitu sel darah merah mati tetapi tidak terlalu kritikal sehingga perlu ke hospital. Bagaimanapun hemolisis yang rendah yang tidak dapat dikesan ini turut boleh memberi komplikasi bila anak tersebut dewasa.

Secara ringkasnya, makanan yang menjadi pantang larang untuk pesakit G6PD adalah seperti berikut kerana ia berpotensi menyebabkan pemecahan sel darah merah:
  • Sulfida dan makanan yang mengandungi sulfida. Anda perlu semak label makanan.
  • Menthol dan makanan atau produk yang mengandungi menthol. Ini mungkin sukar untuk dielakkan kerana kebanyakan ubat gigi, gula-gula dan pembersih mulut mengandunginya. Saya guna Safi, rasanya takda menthol kot.
  • Ascorbic Acid tiruan biasanya diletakkan di dalam makanan, minuman dan vitamin boleh mengakibatkan hemolisis teruk dan seharusnya dielakkan. Ia banyak diletakkan dalam makanan dan minuman sebagai ganti vitamin C dari sumber semulajadi. Pilihlah supplement dengan ascorbic acid asli walaupun ia sedikit mahal.
  • Vitamin K3 (Menadione) yang bukan digunakan dalam vitamin supplement sebagai vitamin K dikesan memberi buruk termasuk hemolytic anemia. Dos tinggi juga dilaporkan menyebabkan kerosakan otak. Vitamin K yang diberikan kepada bayi baru lahir juga berisiko menyebabkan kesan buruk termasuk hemolytic anemia, kerosakan hati atau paru-paru dan kematian dalam sesetengah kes.
  • Air tonik yang mengandungi quinine boleh menyebabkan hemolisis bagi penghidap G6PD
  • Produk bebas gluten. Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung mengandungi kekacang seperti kacang parang. Semak label sebelum membeli.
  • Sayur peria dan terung juga berisiko mencetus hemolisis tahap rendah. Nak gambar ke? Kenal kan sayur dua ni. hehe
  • Sesetengah herba seperti Rhizoma Coptidis, Calculus Bovis, Flos Chimonanthi Praecosis, Flos Loniceraedan Margarita.
  • Ekstrak teh hitam dan teh hijau - kajian menunjukkan teh ini secara signifikan merendahkah paras glutathione yang sedia ada rendah pada pesakit G6PD.
  • Kacang parang.
  • Pewarna tiruan biru (methylene dan toluidine blue). Pewarna biru semulajadi seperti kunyit atau anggur tak mengapa.
  • Bahan dari petrokimia (ini merupakan senarai panjang dan ia bertambah setiap tahun. Banyak pengawet dan perwarna tiruan, vitamin sintetik tergolong dalam kategori ini - Shaklee vitamin semulajadi dan bukan dari formula petrokimia seperti vitamin sintetik)
Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya. Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi.

Manakala list untuk perubatan lebih panjang dan pesakit G6PD seharusnya membeli ubat di klinik atau farmasi bertauliah bagi tujuan keselamatan kerana pengetahuan mendalam diperlukan bagi mengelak tersilap guna ubat:

  • ubat gegat atau apa sahaja yang mengandungi naphthalene
  • ubat anti malaria
  • Quinolones - Ubat antibakteria sintetik. Anda perlu semak label.
  • Sulfonamides / Sulfa drug - Ubat antibakteria sintetik. Anda perlu semak label.
  • Tylenol - Ubat sakit kepala seperti paracetamol
  • Ubat kulit / antibakteria - Dapsone
  • NSAIDS - Nonsteroidal Anti-inflammatory Drugs (Asprin dan Ibuprophen)
Oleh itu, ibu menyusu badan pun perlu berjaga-jaga dengan senarai ini sepanjang tempoh penyusuan terutama jika memilih untuk menggunakan produk sintetik atau produk yang tidak terjamin bukan dari bahan semulajadi 100%.