OMEGA GUARD UNTUK KECANTIKAN KULIT DAN RAMBUT

Jika anda mengalami masalah kulit kering dan bersisik, anda mungkin patut menambah sedikit hidangan ikan di dalam menu harian anda. Asid lemak omega 3 khususnya asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk kesihatan kulit dan rambut. EPA membantu mengawal kadar penghasilan minyak oleh kulit anda. Memastikan bekalan asid lemak omega yang mencukupi dalam badan membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit dari kering dan mengelupas.

Pilih Omega 3 paling berkualiti tinggi seperti Omega Guard Shaklee
Lemak asid Omega 3 juga mampu melindungi kulit anda dari kerosakan. Bila anda terdedah kepada radiasi ultraviolet (UV) dari pancaran cahaya matahari, satu bahan berbahaya yang dipanggil radikal bebas akan terhasil, dimana ia boleh merosakkan sel dan mengakibatkan penuaan pramatang serta menjurus kepada kanser. Lemak asid Omega 3 bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan anda dari bahan ini.

Lemak asid Omega 3 bukan sahaja melindungi badan anda dari kerosakan akibat sinaran matahari, ia sebenarnya membantu memperbaiki kulit. Apabila badan anda terdedah kepada sinaran berbahaya UV, EPA boleh membantu menghalang pelepasan enzim yang memusnahkan kolagen, mengelakkan kulit kendur dan berkedut. Beberapa penyelidikan mencadangkan lemak asid Omega 3 juga berperanan untuk menghindar beberapa jenis kanser kulit, bagaimanapun ini masih belum dibuktikan lagi dan sekadar teori.

Disebabkan sifat anti-anflamasinya, Omega 3 juga mampu melegakan masalah kulit seperti rosacea, psoriasis, dan eczema.

Omega 3 juga sangat baik untuk kulit kepala. Kekurangan nutrisi yang satu ini, kulit kepala anda akan mula mengering dan tidak stabil serta rambut anda boleh hilang kilauannya.