KETAHUI HEALING CRISIS DAN CARA MENGATASINYA

 
Seringkali saya ditanya soalan ini “Kalau makan vitamin shaklee ni, apa healing crisis yang akan dihadapi?” 

Sebenarnya, healing crisis itu tidak datang bersama produk tertentu, tapi dari diri sendiri. Kerosakan dalaman setiap orang tidak sama. Oleh itu, healing crisis yang dihadapi pun tak sama.
Satu lagi, healing crisis ni boleh jadi indicator sekiranya kita ada penyakit tersembunyi. 

Apakah simptom healing crisis yang memberi respon kepada sistem badan kita, dan bagaimana hendak melegakannya? Yang penting jangan berhenti makan vitamin.
 
 

MASALAH JANTUNG & SALUR DARAH

Simptom healing crisis : Degupan jantung tidak sekata, sensasi menarik pada saluran darah, tekanan darah tidak stabil, rasa ketegangan di leher, sakit belakang

Langkah mengatasi : Berhenti membuat senaman/aktiviti yang berat; elakkan makanan pedas, berminyak, masam & berkafein; & manjakan badan dengan urutan ringan.

MASALAH SISTEM PERNAFASAN (HIDUNG,TEKAK, LARINKS, TRAKEA, BRONKUS, PARU-PARU)

Simptom healing crisis : Batuk, wheezing, hidung tersumbat, hidung berair, bersin-bersin dan sensitiviti terhadap bau.

Langkah mengatasi : Elakkan udara terus dari aircond atau kipas; elakkan minuman sejuk/berais; elakkan makanan/suasana yang boleh mendatangkan alergi.

MASALAH SISTEM SARAF : OTAK, TULANG BELAKANG, SARAF

Simptom healing crisis : Perubahan dalam deria rasa, bau, pendengaran, etc; merasa sakit, kebas, kesemutan, etc di bahagian kepala, kaki, lidah kulit, mata dan hidung.

Langkah mengatasi : Dapatkan tidur dan rehat yang cukup; elakkan minuman berkafein, coklat dan bergas.

MASALAH SISTEM INTERGUMENTARI : KULIT, KELENJAR PELUH, RAMBUT, KUKU

Simptom healing crisis : Berpeluh lebih banyak, rambut gugur, badan gatal dan ruam, naik jerawat.

Langkah mengatasi : Elakkan meminum minuman berkafein, jaga kebersihan diri.

MASALAH SISTEM PEMBIAKAN

Simptom healing crisis : Perubahan dalam libido, kitaran haid menjadi kucar-kacir, naik jerawat.

Langkah mengatasi : Banyakkan rehat, elakkan stress, banyakkan makan buah-buahan segar.

MASALAH SISTEM URINARI (GINJAL, PUNDI KENCING, SALUR KENCING)

simptom healing crisis : Sakit belakang, kerap membuang air kecil, tidak boleh mengawal kencing, bengkak pada kaki, mata panda, perubahan warna dan bau pada air kencing .

Langkah mengatasi : Elakkan makanan masin dan perisa masakan.

MASALAH SISTEM PENCERNAAN

Simptom healing crisis : Perubahan dalam selera makan, perut kembung, senak, sembelit, kerap buang air besar, kerap sendawa, kerap kentut, serta perubahan warna najis, bau dan tekstur

Langkah mengatasi : Jangan skip makan, makan dengan sedikit tapi kerap, sediakan sup bersama hidangan, elakkan makan terlalu lewat malam.

MASALAH KELENJAR (TERMASUK OVARI DAN TESTIS)

Simptom healing crisis : Sukar tidur atau asyik mengantuk, degupan jantung menjadi laju, badna rasa penat dan berat, perubahan selera makan, kerap membuang air kecil, mulut kering, perubahan dalam kitaran haid, menambah atau mengurangkan libido, naik jerawat, mood swing.

Langkah mengatasi : Banyakkan rehat dan tidur, elakkan makanan berat semasa makan malam, kurangkan stress dengan membuat aktiviti yang menggembirakan.

MASALAH OTOT

Simptom healing crisis : Rasa tingling sensation, kebas, menarik, kekejangan, cramp, panas dan sejuk di bahagian yang berbeza pada otot-otot badan.

Langkah mengatasi :Elakkan makanan pedas, masam, berempah; banyakkan berehat dan elakkan dari melakukan aktiviti berat.

MASALAH TULANG DAN SENDI

Simptom healing crisis : Rasa sakit-sakit, kebas, kejang, bengkak, tulang berbunyi, rasa lemah lemah di bahagian yang berbeza dari tulang badan dan sendi

Langkah mengatasi : Elakkan makanan pedas, berminyak dan berempah; kurangkan aktiviti fizikal yang berat.

MASALAH SISTEM LIMFA (TONSIL, PANKREAS)

Simptom healing crisis : Bengkak pada nodus limfa, berkahak, batuk, demam, letih, selesema, jerawat yang bernanah, kulit gatal-gatal.

Langkah mengatasi : Elakkan makanan bergoreng, pedas dan berempah; jauhi tempat yang sesak; dapatkan tidur dan rehat yang cukup.

NASIHAT UMUM UNTUK HEALING CRISIS

Minum air lebih banyak dari biasa, bersabar dan berdoa dipermudahkan.
 
Banyakkan bersabar bila mengalami healing crisis. Ia adalah satu petanda yang baik kerana badan kita sedang membuat pembersihan mencuci toksin dan hasilnya badan yang lebih sihat dan ringan!