Jamu dianggap sebahagian perkara penting dalam amalan-amalan ibu berpantang. Mengamalkan jamu dan pemakanan yang betul boleh membantu ibu-ibu mendapatkan semula tenaga mereka dan menyembuhkan luka selepas bersalin.
Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
- mengembalikan tenaga;
- memanaskan badan;
- mengeluarkan lemak dan toksin;
- melawas
Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
- mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk
- memakan hidangan berminyak
- meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut
PERBEZAAN JAMU DAN VITAMIN SEMASA BERPANTANG
(1) Bahan kandungan
Jamu : Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya
terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak pasti.
Lambakan jamu dipasaran menyukarkan pengguna mendapatkan produk yang
benar benar selamat.
Vitamin : Setiap bahan di dalam vitamin dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
(2) Khasiat dan penyerapan oleh badan
Jamu : Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks
memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh
diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan
menyerap khasiat. Lagi pula jamu perubatan turun temurun berdasarkan
pengalaman dan bukan kajian. Adalah dipercayai yang memberi kesan
positif adalah vitamin dan mineral di dalam jamu itu sendiri.
Vitamin : Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau.
(3) Kesan kepada bayi
Jamu : Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko mengalami penyakit kuning kepada bayi kerana berbentuk herba dan komposisi yang tidak diperlukan bayi.
Vitamin : Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan bayi. Ibu masih boleh mengambil Vitamin walaupun anak mengalami penyakit kuning.
(4) Waktu pengambilan selepas bersalin
Jamu : Ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarian) tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu 2 minggu selepas bersalin
Vitamin : Pengambilan vitamin boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada ibu itu bersalin secara normal atau pembedahan (caesarian)