GOUT ANTARA PENYAKIT YANG MENAKUTKAN



Gout adalah satu penyakit sendi yang terjadi disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik terbentuk secara semulajadi dalam darah sebagai hasil pecaan produksi pelbagai bahan kimia.

Jika buah pinggang tidak dapat membuang asid urik atau ia berada terlalu banyak dalam badan, ia akan membentuk satu "KRISTAL ASID URIK" dalam tisu badan terutamanya pada bahagian-bahagian sendi.

Apabila kristal terbentuk dalam sendi, ia menyebabkan serangan radang sendi (artritis). Dalam erti kata yang mudah gout terjadi apabila tubuh kita gagal menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, dan apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi dan boleh mengakibatkan pembengkakan.


 
Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan oleh pengamalan gaya hidup yang tidak sihat.

Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan mampu meransang peningkatan asid urik seperti makanan laut, kacang, roti manis, daging, dan ikan bilis.

Pengambilan ubat-ubatan moden tertentu seperti antibiotik, pelancar air kencing, dan ubat-ubatan kemoterapi bagi merawat kanser dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan fungsi hati dan buah pinggang. Ini juga dipercayai sebagai punca peningkatan risiko gout.

Berapa ramai agaknya penduduk dunia yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati tidak berfungsi, tidak tahu ia berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan moden tertentu.

Kasihannya, apabila mereka bertanya doktor, mereka mungkin 'telan' bulat-bulat jawapan yang diberikan. Jawapan yang biasa diterima ialah ubat-ubatan bukan punca, tetapi faktor umur atau punca tidak diketahui.

Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang. Meskipun lelaki seringkali dikaitkan dengan masalah ini, wanita yang telah putus haid (menopous) juga berhadapan dengan risiko penyakit ini. Pesakit gout juga berisiko untuk sakit jantung dan kejadian batu karang pada buah pinggang.


Gout dianggap penyakit kronik dan progresif. Ia bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain kaku dan panas. Jika sendi itu disentuh atau cuba untuk bergerak...ia akan menjadi bertambah sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan yang pertama, kebiasaannya berlaku pada waktu malam. Bagi sesetengah orang gout hanya akan menyerang sekali sahaja tetapi pada bulan berikutnya ia akan menyerang semula beberapa bulan berikutnya.




Jika anda pernah berhadapan dengan orang yang ada masalah gout ini, setiap kali gout menyerang memang menakutkan apabila melihat keadaan mereka. Bila salah makan macam sotong, udang, kerang atau daging kambing, boleh nampak tiba-tiba benjolan sebesar bola pingpong muncul di sendi ibu jari kaki. Kalau tengok dari riak muka pun dah boleh tahu, mesti tersangatlah sakit, sebab kawasan yang terkumpul asid urik itu akan jadi bengkak dan kemerah-merahan.

Dah jadi macam ini, memang sukar nak berjalan dan terpaksa bertongkat. Semua aktiviti harian terganggu dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk meredakan gout yang menyerang. Ada pesakit gout yang tidak dapat menahan kesakitan, terpaksa mendapatkan suntikan khas untuk gout tetapi suntikan ini tidak elok diambil selalu.

Gout sekiranya dibiarkan tanpa dirawat besar kemungkinan akan mengakibatkan kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak. So kalau anda dah menderita lama penyakit gout, sudah tiba masanya mencuba Vivix.
Vivix membantu pesakit gout dengan mengembalikan fungsi hati dan buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik. Vivix bukan sahaja bagus untuk penyakit gout, bahkan bagus untuk semua jenis penyakit.

- SEJARAH VIVIX 
- KANDUNGAN VIVIX
- KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VIVIX 
- UJIAN TERHADAP VIVIX