PENUAAN adalah satu proses yang tidak boleh dielakkan. Proses penuaan melibatkan kemerosotan fungsi-fungsi organ dan sistem tubuh secara perlahan-lahan.
Namun, bukan semua orang mengalami proses penuaan yang sama. Faktor genetik, pemakanan, persekitaran dan gaya hidup banyak mempengaruhi kepantasan proses tersebut. Seiring dengan peningkatan usia juga, proses penyembuhan menjadi semakin perlahan.
Proses penuaan adalah lebih daripada sekadar kedutan atau garis-garis kasar pada kulit wajah. Hakikatnya, saintis mengesahkan proses penuaan bermula sebelum kita mencecah alam dewasa. Malah, ia sebenarnya berlaku secara dalaman dan pada peringkat berbilang.

Salah satu peringkat yang menerima kesan penuaan itu ialah pada peringkat selular (sel). Penuaan sel berlaku berdasarkan kepada kekerapan proses replikasi berulang.
Pergandaan setiap sel boleh berlaku sehingga 50 kali. Jadi, pendedahan sel kepada pelbagai faktor termasuk radikal-radikal bebas hanya menjanjikan kerosakan sekali gus mendorong kekerapan keperluan sel melalui proses replikasi.
Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt berkata, proses penuaan biologi bagaimanapun boleh ditangani secara positif dengan mengenal pasti empat mekanisme dalam proses penuaan selular.
MEKANISME DALAM PROSES PENUAAN SEL
- Setiap sel dalam tubuh kita terdedah kepada hampir sejuta ancaman perosak deoksiribunokleik (DNA) yang berpotensi merosakkan genetik DNA manusia. Ia boleh mengakibatkan kerosakan fungsi sel dan jangka hayat seseorang.
- Kelemahan keupayaan penyelarasan genetik dan kemerosotan penghasilan tenaga di peringkat selular boleh mengurangkan keberkesanan fungsi sel berikutan faktor usia.
- Penipisan rambut indikasi umur yang kian meningkat.
- Merangkumi pengumpulan protein-protein makanan ringan atau lebih dikenali sebagai protein AGE (Advanced Glycation Endproducts). Lebihan protein-protein tersebut dan pelbagai toksin lain boleh menjejaskan kesejahteraan peringkat selular sehingga merugikan manusia dari aspek usia.
Kemerosotan fungsi sel yang terjadi secara beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang. Penipisan rambut, kedutan pada wajah, kemerosotan tahap tenaga dan pertambahan berat badan adalah antara perubahan yang boleh dilihat.
Berita baiknya ialah kajian-kajian saintifik pula membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada faktor usia boleh dicegah dan diperlahankan. Keadaan itu boleh dilakukan menerusi beberapa perubahan ringkas dari aspek gaya hidup dan pengambilan diet.
Malah, para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard dan Institut Penuaan Nasional (NIA), Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan sejenis bahan semula jadi, resveratrol mampu mengimbangi kesan negatif sesuatu diet yang berkalori tinggi.
Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.
Menurut Carsten, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.
"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).
"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.
Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.
Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.
Carsten memberitahu, "pengambilan suplemen harian dengan kandungan resveratrol mampu melegakan salah satu daripada empat mekanisme utama selular. Akan tetapi, keberkesanan produk resveratrol akan bertambah baik jika disertakan dengan ekstrak tumbuhan lain seperti polyganum cuspidatum, lobak ungu dan elderberi".
Proses penuaan yang sihat juga bermakna tidak mengabaikan beberapa perkara penting. Antaranya pengambilan diet yang seimbang, berhenti merokok, bersenam secara kerap dan meningkatkan pengambilan multivitamin.