VITAMIN E SHAKLEE MEMBANTU BERHENTI MEROKOK


Merokok boleh merosakkan jantung dan cara terbaik untuk mengelakkan serangan penyakit ini adalah dengan berhenti merokok dan mengambil Vitamin E Shaklee setiap hari.

Kajian menunjukkan mereka yang berhenti merokok perlu menunggu sedekad atau lebih untuk kembali normal seperti mereka yang tidak merokok. Ia proses pemulihanyang lama bagi mengembalikan badan bebas dari keradangan radikal bebas, salurang darah kembali anjal dan fleksibal agar ia tidak menjadi faktor yang boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.   

Kajian Vitamin E ke atas Perokok

Terdapat pelbagai usaha telah dijalankan oleh beberapa penyelidik di beberapa universiti untuk mencari jalan agar proses pemulihan ini dapat dilakukan dengan lebih cepat. Penyelidik dari Ohio State University telah menumpukan kepada penggunaan Vitamin E kerana sifatnya yang antioksidan dalam memerangi kerosakan pada badan sehingga lapisan tisu seperti saluran darah yang disebabkan oleh radikal bebas.

“Vitamin E dianggap sebagai antioksidan yang sangat berkesan dalam melindungi daripada kerosakan di dalam badan. Perokok diketahui mempunyai pengoksidaan yang tinggi didalam badan dan berdasarkan kajian terdahulu, vitamin E telah disebut-sebut sebagai nutrien yang boleh membantu mengurangkan kerosakan itu,” kata Richard Bruno, Profesor Madya pemakanan manusia di Ohio State University dan pengarang kanan kajian.

Bruno dan rakan-rakannya telah memilih seramai 30 orang perokok yang berusia 20-an. Mereka merokok sehari sekotak dan telah menghisap lebih dari 1 tahun. Didalam kajian ini, perokok telah berhenti merokok selama 1 minggu dan 16 peserta kajian telah diberi suplemen Vitamin E sebanyak 500mg. Vitamin E yang diberikan dinamakan gamma tokoferol.

Pada permulaan dan akhir kajian, penyelidik mengukur darah para peserta untuk tanda-tanda keradangan. Mereka juga diukur ‘fungsi vaskular iaitu keupayaan saluran darah untuk membesar, dengan mengambil imej ultrasound upper arm artery sebelum dan selepas pengambilan Vitamin E.

Jenis Vitamin E

Vitamin E datang dalam lapan bentuk semula jadi, tetapi penyelidk memilih untuk menggunakan gamma tokoferol kerana ia adalah Vitamin E yang biasa terdapat didalam diet harian yang boleh didapati dalam kacang soya, minyak canola, pistachios, pecans , cashews dan kacang tanah.

“Kami menggunakan gamma tokoferol kerana kami dapati ia jarang digunakan didalam kajian berbanding alfa tokoferol” kata Bruno.

Alfa tokoferol merupakan bentuk Vitamin E yang diperlukan oleh badan, tetapi gamma tokoferol adalah bentuk yang paling banyak diperlukan. Kami menggunakan bentuk tokoferol gamma kerana bukan sahaja ia mempunyai fungsi antioksidan, sama seperti alfa tokoferol , tetapi bukti terbaru menunjukkan ia juga mempunyai keupayaan yang berkesan untuk mengurangkan keradangan dan juga memerangkap spesis nitrogen reaktif. Spesis nitrogen reaktif adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh badan yang boleh menyebabkan kerosakan kepada pelbagai protein.

Selepas 1 minggu, semua peserta ada menunjukkan peningkatan sebanyak 2.8% dalam fungsi vaskular kerana meraka telah berhenti merokok. Bagi mereka yang diberikan suplemen Vitamin E, ada penambahan fungsi vaskular sebanyak 1.5%.

Walaupun kajian ini adalah kecl dan perokok hanya berhenti untuk tempoh yang singkat, penyelidik berkata keputusan ini amat berguna kerana setiap 1% peningkatan dalam fungsi vaskular dapat membantu menurunkan 13% risiko penyakit jantung.

Para peserta yang mengambil Vitamin E juga mempunyai tahap protein yang berkait rapat dengan keradangan lebih rendah. Ini dapat membantu menurunkan risiko penyaktit jantung. Bruno juga berkata, Vitamin E membantu mempercepatkan fungsi saluran darah kembali kepada lebih sihat daripada kerosakan yang berlaku kesan daripada asap rokok yang disedut masuk dan keluar.

“Akhirnya semua orang perlu digalakkan untuk berhenti merokok. Kami bukanlah mempertikaikan itu, dan saya akan mengatakan bahawa berhenti merokok adalah agenda nombor 1 untuk perokok. Jika anda boleh berhenti merokok sekarang, pasti risiko serangan jantung pada masa hadapan dapat dikurangkan. Saya fikir kita akan memberi kesan yang besar dari perspektif kesihatan awam” kata Bruno.

Kenapa Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yang semulajadi. Kandungannya juga semulajadi dan bebas bahan kimia. 
Vitamin E semulajadi adalah lebih mudah diserap berbanding Vitamin E sintetik. Kesukaran penyerapan vitamin E boleh menyebabkan toksin terkumpul dan boleh mewujudkan sel abnormal dalam tubuh kita. Terlalu banyak mengambil vitamin E juga tidak elok untuk tubuh kita.
Vitamin E sintetik adalah vitamin E buatan yang dihasilkan dengan campuran bahan kimia. Bagaimana untuk anda mengetahui Vitamin E anda semulajadi atau sintetik?
  • Semulajadi – kod d digunakan pada label
  • Sintetik – kod dl digunakan padal label