KEISTIMEWAAN ANGGUR MUSKAT (MUSCADINE GRAPES)


Kenali Anggur Muskat (Muscadine grapes)

Ia juga turut dikenali sebagai Vitis rotundifolia adalah sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Disebabkan penambahan 1 pasang kromosom berbanding anggur biasa, anggur ini menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, menawarkan fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kuat. Ia banyak di tanam di daerah selatan Amerika Selatan.

Saiz Anggur Muskat

Saiznya boleh di katakan sebesar saiz bola golf. Anggur ini tumbuh pada persekitaran yang unik, pendedahan kepada cahaya matahari yang tinggi lalu menawarkan kandungan polifenol dan resveratrol yang banyak. Ini memberikan kesan istimewa dan menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, membaiki fungsi dan meningkatkan prestasi kepada kita semua.

Warna Anggur Muskat

Warna anggur ini bermula dari warna gangsa ke ungu gelap ke hitam apabila semakin meranum. Ia mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi - sejenis polifenol yang dilaporkan memberikan kesan baik kepada kesihatan tubuh badan.



Polifenol di dalam Anggur Muskat

Mengikut perkongsian dari Blossom Widad, polifenol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang biasa ditemui didalam tumbuhan yang boleh dimakan. Sejak 100 tahun yang lalu, saintis yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai agen antioksidan.

Kajian-kajian saintifik dan penyelidikan-penyelidikan klinikal menyarankan yang pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan polifenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi diri dari masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.

Selain dari mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi, istimewanya Anggur Muskat (Muscadine grapes) ini kerana ia juga turut mengandungi asid ellagik (ellagic acid) dalam kepekatan yang tinggi yang tidak dijumpai di dalam anggur biasa. Campuran pelbagai jenis polifenol ini yang menjadikan Vivix Shaklee terlalu istimewa!