DEMAM KEPIALU : CADANGAN SET SHAKLEE

Demam Kepialu atau Tifoid 

Apakah itu demam kepialu? 

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk ).

Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementara mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.

Makanan yang perlu dielakkan

Ketika serangan bakteria ini, kita hendaklah mengelakkan mengambil makanan yang tidak masak, mentah seperti :
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Berdasarkan senarai diatas, memang semua makan pilihan rakyat Malaysia. Jadi untuk mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, disarankan agar makan sahaja dirumah atau cari kedai makan yang bersih terutamanya dibahagian dapur.

Tanda-tanda serangan Demam Kepialu

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. Di antara gejala yang ada pada diri pesakit adalah:
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimana ia merebak?

Penyakit ini mudah merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis) manusia yang mengandungi bakteri salmonella typhi. Ia juga disebarkan melalui makanan dan minumam yang disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier).
Kita perlu berhati-hati dalam memilih kedai makan, elakkan dari makan dikedai yang kotor, bersepah dan disediakan oleh pendatang asing.

Komplikasi Penyakit

  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?


Diantara langkah-langkah yang terbaik untuk mencegah demam kepialu adalah dengan sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih selepas keluar dari tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Pastikan anda hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya. Elakkan dari memakan makanan mentah, buahan dari penjaja, minum air masak yang telah dibotolkan dan paling penting dan pastikan persekitaran senantiasa bersih.

Cadangan pengambilan Shaklee bagi mencegah Demam Kepialu


Diantara langkah terbaik adalah kita senantiasa menguatkan antibodi dan badan kita dengan mengambil vitamin-vitamin yang bersifat antioksida seperti Vitamin E, Vitamin C dan Garlic.

Bagi mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, saya menyarankan agar anda dan keluarga perlu mengambil :
  • Vitamin E & Vitamin C - menguatkan antibodi dalam jangkamasa panjang 
  • Nutriferon - dihasilkan khusus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. 
  • Garlic - agen detox darah

Anda tak perlu risau kerana semua produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Tiada bahan kimia atau pewarna/perasa tiruan didalamnya. Semua produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi. 

Jadi, sebagai ibu-bapa yang prihatin, kita perlu bertindak sebelum parah. Sebagaimana kita memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya dimasa depan, begitu juga dengan kita menjaga kesihatan mereka dengan memberikan nutrisi yang secukupnya agar mereka senantiasa sihat. InsyaAllah.