KENAPA SHAKLEE MENJADI PILIHAN SAYA SEKELUARGA ?


5 Fakta Penting Kenapa Shaklee Jadi Pilihan Sebagai Suplemen 

1. Banyak produk suplemen tidak menepati standard seperti yang tertulis pada label

Jika kita lihat laporan di New York Times pada bulan Mei 2015, FDA telah membuat ujikaji ke atas beberapa jenama suplement yang tersohor dan mendapati bahawa sekurang-kurangnya 4 daripada 5 produk yang dijual tidak mengandungi apa yang tertulis di label.

Ia juga mengandungi herba yang merbahaya dan bahan fillers murahan yang berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan dan alahan terhadap pengguna. Syarikat-syarikat tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkuatkuasa serta-merta.

Kita memang perlu ambil berat sebenarnya dengan suplement yang kita ambil. Jangan main hentam sahaja. Benda hendak masuk dalam badan kita, eloklah kita semak betul-betul sebelum beli.

GNC, Target, Walgreens and Walmart adalah antara jenama yang dikenalpasti berpotensi memberikan kesan negatif terhadap kesihatan pengguna. Anda boleh baca penerangan selanjutkan dalam posting suplemen tidak standard. Pastikan anda baca tau.

Lihat –> Betapa industri dan syarikat yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kita sebagai pengguna!

2. Terdapat suplemen yang mengandungi bahan berbahaya

Ini lagi berbahaya, sebab ia melibatkan nyawa dan kesihatan anda. Ada suplemen yang boleh kurus hanya dengan bahan phytonutrients, tanpa jaga makan dan senaman? How can it make sense? Rupanya bila disiasat, produk itu mengandungi sibutramine. Sibutramine pula tidak disebutkan di dalam senarai ramuannya. Selain berbahaya, ia juga menipu kan?

Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar nadi, mengganggu fungsi jantung dan saraf, dan seterusnya boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, strok dan kematian.

Sebelum ini telah dapat kelulusan, tetapi apabila ada yang telah menemui maut disebabkan produk itu, barulah produk itu ditarik balik.

Nasihat tulus ikhlas dari saya – Jangan makan ikut trend. Makan ikut apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Pilih yang berkualiti tinggi. Luangkan masa untuk melihat dan meninjau sedikit apa yang kita ambil dan kita laburkan untuk kesihatan.

Kalau anda bernasib baik, anda selamat. Tapi kalau anda tidak bernasib baik, kulit jadi melecur, atau boleh menemui ajal?

3. Kebanyakan suplemen tiada ujian klinikal

Salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo). Senang cerita, ujian klinikal ini dijalankan ke atas manusia pengguna suplemen vs manusia bukan pengguna. Faham kan.

Kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian. Kebanyakan syarikat pengeluar suplemen bagaimanapun hanya fokus pada mempromosikan produk. Sebab itu kebanyakannya memperuntukkan banyak belanja untuk duta dikalangan artis berbanding membuat ujian klinikal.

Perasan tak siapa yang menaja program AF atau Juara Lagu? Produk mana yang selalu masuk siaran TV atau selalu menggunakan artis sebagai dutanya? Promosi sebegini memang membabitkan jutaan RM tau.

Suplement pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses produk, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Produk yang tiada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.

Tetapi, ini masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, bila ada laporan kesan sampingan baru produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan suplement sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun juga ada yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta. 

Antara Supplemen Yang Beracun

Shaklee mengambil langkah yang menyebabkan saya boleh terima kualitinya sebagai suplement yang berkualti tinggi (medical supergrade). Saya bukan taksub pada jenama Shaklee tetapi saya semakin kagum dengan kualiti yang ada.

They walk their talk : Always Safe, Always Work, Always Green. Hanya yang berani sahaja akan menggunakan tagline ni kerana jika ia tidak selamat bila-bila masa sahaja ada kemungkinan boleh di saman.

Selain itu Shaklee juga telah diuji bagi ujian kesan jangkamasa panjang yang mana menunjukkannya selamat dan berkesan untuk diamalkan walaupun dalam jangkamasa lama. 

Kajian Kesan Jangkamasa Panjang Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan

4. Doktor Belajar Perubatan, Bukan Nutrisi

Bidang perubatan dan nutrisi adalah 2 bidang yang berbeza. Dalam bidang perubatan, ada juga subjek nutrisi tetapi tidak banyak pun, sekitar 5% sahaja. Ini apa yang diberitahu oleh kawan doktor saya. Doktor dilatih untuk “sick care” sementara nutrition berminat kepada “health care”.

Ada seorang doktor ini dalam Bicara Siti menyebutkan suplemen tidak diperlukan dan cukup hanya dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang. Ini biasalah jawapan standard doktor kan. Tetapi secara peribadi, apabila ditanya apakah suplemen yang beliau ambil, “Morning I take Omega dan CoQ10 for my heart, beta carotene for my eyes, vitamin c dan vitamin E for my skin, Glucosamine for my joint… panjang lagi list beliau. Kalaulah kita boleh quote balik apa yang disebutnya dalam Bicara Siti itu kan. 

Doktor dan Nutritionist siapa yang lebih menyumbang kepada kesihatan anda?

Ada sebuah buku menarik untuk dibaca “What your doctor doesn’t know about nutritional medicine maybe killing you.” 

Ada sesetengah customer saya bila saya sarankan suplemen Shaklee cepat saja menjawab “nanti saya tanya doktor saya dulu.” Jadi fakta ini adalah untuk anda. Tidak semua doktor tahu benar tentang nutrisi, sebab perubatan dan nutrisi adalah bidang berbeza.

Jadi naluri anda untuk mendapatkan mana-mana suplemen tidak sepatutnya anda sandarkan kepada doktor anda, sebaliknya anda sendiri harus bertanggungjawab ke atas keputusan yang anda buat. Anda boleh bertanya kepada doktor sekadar buat sedap hati, tetapi akhirnya anda sendiri yang menerima kesannya.

Saya bukan hendak sebut doktor tidak penting, saya masih lagi berjumpa doktor bila berlaku keperluan.

5. Suplemen Yang Baik Berkesan Dengan Sendirinya

Bagi orang yang tidak percayakan Shaklee atau suplemen yang baik sebegini, biasanya biarkan mereka cuba sendiri. Suplemen yang baik dan berkesan, akan bercakap dengan sendirinya. Bila sudah digunakan, mereka sendiri akan perasan perubahan yang mereka alami.

Shaklee tiada dadah. Selain ujian klinikal membuktikannya, para atlet Olimpik US juga adalah ujikaji yang telah membuktikannya. Bagi atlet, hendak menjalani ujian doping kalau guna ubat memang tentunya tidak lepas. Tetapi walaupun ambil Shaklee, tiada kesan pun. Ini membuktikan Shaklee tiada dadah dan selamat, serta berkesan digunakan oleh orang-orang seperti ini.

Rangkaian produk sukan membantu ramai atlit untuk memenangi 125 medals di Olimpik dan Shaklee juga adalah membekal nutrisi kepada World explorer, 7 world’s record of Time-Life’s Greatest Adventures of All Time!
Atlet Olimpik US menggunakan Shaklee

Ini termasuklah penajaan Shaklee kepada pasukan Thomas Cup negara pada 1991 dahulu, yang akhirnya membawa kepada kejayaan merangkul Thomas Cup pada tahun 1992.

Its In the news! Team Thomas Cup menggunakan Shaklee dan tahun berikutnya memenangi piala Thomas Cup
Begitu juga angkasawan, bagi angkasawan pemakanan mereka sangat dititik beratkan. Mana ada hendak bawa satay, burger atau pizza ke angkasalepas. Semenjak tahun 1993, Shaklee adalah satu-satunya syarikat pemakanan yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan pemakanan tambahan untuk NASA space shuttle astronauts dengan minuman rehidrasi istimewa untuk mereka iaitu called Astro-Ade.

Maknanya apa tu? Ini bermakna Shaklee adalah terbaik untuk diamalkan mereka yang sangat rigid dan sensitif ini. Kalau mereka pun menggunakan Shaklee, takkan kita hendak gunakan produk lain yang cincai sahaja? 

Astronaut juga menggunakan Shaklee

Kenapa pilih produk US?

Saya bukanlah anti produk tempatan, tetapi bagi kategori pemakanan tambahan, kita masih jauh ketinggalan. Tidak banyak syarikat malah syarikat farmaseutikal yang berminat untuk vitamin kerana ia tidak boleh dipatentkan dan tidak dapat memberikan keuntungan yang optima. Kita juga tiada dana besar atau makmal canggih untuk membuat kesemua ujian klinikal yang diperlukan.

Saya hanya berkongsi sesuatu yang berkualiti yang kami sendiri telah mendapat manfaat darinya.Terpulang pada anda untuk memilih. Tiada paksaan. Jangan makan jika anda tidak percaya. Hanya yang berkualiti tinggi biasanya akan tahan lebih lama. Betul Betul?

Pilih yang terbaik. Pilih yang anda percaya kredibiliti mereka. Ini melibatkan masa depan jangka masa panjang. Tak guna putih melepak hari ini tetapi menderita kanser kulit pada masa akan datang. Kita mahu tua, sihat, kuat dan seronok untuk beribadat.

Kesihatan adalah kekayaan. Jangan percaya saya, sebaliknya anda harus mencuba untuk merasakan keistimewaannya.