LECITHIN BAGUS UNTUK IBU MENYUSU

Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu?
 
Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  • Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. 

  
Apa itu Lecithin?
  • Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
  • Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
  • Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
  • Fat Emulsifier – Metabolisma lemak
  • Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan