Awas! Ancaman Diabetes
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.
Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee.
Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?
Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:
1. Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)
- Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak. Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
- Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
- Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
- Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.
Orang kata mencegah lagi baik daripada mengubati. Beringat sebelum kena. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Jika anda menghidapi diabetes bolehlah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Dengan adanya testimoni-testimoni di atas ternyata Vivix Shaklee membantu merawat diabetes. Kuasa penyembuhan di tangan Allah. Sambil amalkan vivix jangan berhenti menadah tangan memohon kesembuhan daripada yang Maha Berkuasa!
Untuk yang masih sihat pula janganlah mendabik dada bahawa akan selalu sihat selamanya. Jika berkemampuan adalah bagus mengamalkan Vivix Shaklee dari usia yang muda. Kesihatan yang sihat sangat bernilai untuk manusia dan tiada galang gantinya!