PRODUK SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT DIABETES

Apakah itu Diabetes?

Kencing manis ataupun diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan yang melebihi daripada paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.

Bacaan Diabetes untuk normal, pre-diabetes dan diabetes.


Bagaimana Diabetes Terjadi?

Makanan yang kita makan setiap hari akan ditukarkan kepada bentuk glukosa iaitu untuk menghasilkan tenaga. Dan insulin bertindak sebagai hormon yang menukarkan glukosa kepada bentuk tenaga dalam badan kita. Pankreas merembeskan insulin bagi membantu sel badan untuk menyerap glukosa.

Diabetes terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  • Diabetes Type 1 terjadi disebabkan oleh organ pankreas tidak mampu hasilkan insulin dengan cukup. Ini menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal kadar gula dalam badan.
  • Diabetes Type 2 adalah disebabkan badan menghasilkan insulin tidak mencukupi ataupun disebabkan sel tidak dapat bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.
  • Diabetes gestasi terjadi pada wanita yang sedang hamil.
Tanda-tanda pengidap diabetes
  • Kerap buang kencing
  • Kerap berasa haus
  • Sentiasa lapar
  • Pandangan mata kabur
  • Cepat letih
  • Luka lambat sembuh
  • Kekejangan di mata ataupun di kaki
Kesan dan komplikasi disebabkan oleh Diabetes
  • Saraf dan salur darah rosak
  • Buta
  • Serangan strok
  • Buah pinggang gagal berfungsi
  • Luka lambat sembuh
  • Kaki kena potong
  • Mati pucuk
Supplemen Shaklee

Shaklee mampu memberikan nutrient yang mampu untuk mencegah diabetes iaitu :

1. Vivix bertindak dengan mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein adalah gula dan protein berlebihan yang mana menyebabkan atherosclerotic dan sel mati.
2. ESP : bertindak dengan membantu penghasilan hormon insulin. Selain itu, ESP bertindak sebagai non-GMO dan berindex glisemik rendah.
3. GLA Complex: Mengandungi asid omega 6 yang mana mengurangkan keradangan dan membantu mengurangkan sakit saraf yang dialami pesakit diabetes.
4. Sustained Release Vita C
  • Membantu sistem imun badan
  • Mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol
  • Bantu mengurangkan penghasilan katarak, retinopati dan neuropati
 5. Vitalea : mengandungi chromium iaitu penting untuk pesakit diabetes Type 2 yang mana kekurangan chromium menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif
6. Alfalfa Complex: terkandung mineral yang tinggi dapat membantu untuk menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan
7. Zink Complex: luka yang lambat sembuh disebabkan diabetes boleh diatasi dengan zink kerana mempercepatkan penyembuhan.