Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil.
Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan
sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita
semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.
Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
Mengapa ia PENTING?
- Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
- Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
- Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
- Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
- Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
- Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
- Merawat kesuburan pada lelaki
Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
- Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
- Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
- Hati ayam
- Daging, ayam, telur
- Kekacang
- Beras perang, barli, oat
- Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain
Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.
Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan
telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. (sumber: http://drzubaidi.com)
Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folik sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.
NAK suplemen yang ada FOLIK ASID?
Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua
produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk
kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.
B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik.
Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat
disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat
dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
- Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
- Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
- Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
- Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
- Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
- Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
- Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?
- Penambahan tenaga segera.
- Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
- Keupayaan Sistem Produktif
- Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
- Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Note: Folic acid larut
dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara
berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan
nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.