Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya dimulai dengan perasaan resah tanpa diketahui sebabnya.
Akhirnya penghidap migraine akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala, diikuti dengan loya, muntah dan amat sensitif pada cahaya dan bunyi bising. Ia menjadikan seseorang itu sengsara selama 4 hingga 72 jam.
Menurut Dr. Zubaidi, beliau pernah membaca sebuah jurnal perubatan yang memberitahu bahawa amalan supplemen vitamin B2, B6, B12, dan folic acid dapat membantu mengurangkan kekerapan, tahap keseriusan dan jangkamasa kesengsaraan yang disebabkan oleh migraine.
Kajian yang dilakukan itu menunjukkan pengambilan supplemen itu telah mengurangkan kekerapan serangan migraine antara 30-50% jika diamalkan selama tiga hingga enam bulan.
Ini bermakna setelah mengamalkan supplemen itu selama enam bulan, barulah kesannya dapat dirasakan. Ia tidak akan mendatangkan hasil jika hanya diamalkan hanya beberapa minggu saja.
Migraine itu tetap akan datang, namun kekerapannya akan berkurangan. Contohnya jika seseorang itu diserang migraine setiap bulan, maka kekerapan itu berkurangan menjadi setiap dua bulan.
Ada dua perkara yang dipelajari dalam kajian itu iaitu, suplemen itu memakan masa antara 3-6 bulan dan kekerapannya akan berkurang (bukannya hilang terus).
(Credit: http://drzubaidi.com/blog/)
Shaklee juga menyediakan Vitamin B Complex yang lengkap dengan asid folic..hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkannya..