SHAKLEE DAN MLM

Multi-Level Marketing (MLM)
 
Tidak dinafikan, begitu berlambak suplemen di pasaran. Ada yang dijual di shopping complex, di farmasi, di booth-booth kecil dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang dijual secara jualan langsung. Shaklee merupakan peneraju kepada jualan langsung iaitu Multi-Level Marketing (MLM). Pernah dengar mengenai MLM bukan?
Sejak akhir-akhir ini, konsep MLM semakin mendapat perhatian oleh peniaga di Malaysia. Banyak kes MLM yang bersifat ‘menjerat’ berlaku di sana sini, ada yang berjaya diberkas, ada yang tiba-tiba senyap. Kenapa perkara sebegini berlaku? Tentulah kerana pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup memanipulasi konsep MLM demi keuntungan sendiri. Memang menakutkan! Oleh itu, penting untuk kita mengenalpasti MLM yang bagaimana boleh membantu kita berjaya dan bukannya mengheret kita ke lembah kepapaan.
Jika anda berminat untuk menceburi bisnes MLM atau tiba-tiba ‘ditangkap’ oleh peniaga MLM, silalah buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Antara perkara asas yang perlu anda selidiki ialah:
  • Apa produk yang dijual? Kaji produk tersebut. Love the products!! Kalau anda tak sukakan produk itu, bagaimana anda mahu menjual? Kalau takde produk, jangan fikir lama-lama, immediately say bye-bye.
  • Kaji latar belakang syarikat. Berdaftar atau tidak? Sudah berapa lama dalam pasaran? Kalau baru berumur setahun dua, anda boleh meraguinya kerana syarikat sebegini bila-bila masa saja boleh gulung tikar, anda juga yang terkapai-kapai keseorangan.
  • Berapa modal yang diperlukan? Pastikan anda mampu dan tidak perlu berhutang!!
  • Ketahui bagaimana strategi bisnes? Adakah bimbingan berterusan disediakan? Kalau tidak, anda harus menanggung risiko yang lebih tinggi untuk berdiri sendiri. Adakah kita diwajibkan mencari downline untuk membolehkan kita berniaga? Kalau ya, itu juga suatu perkara yang perlu anda ragui. Secara logiknya, produk sepatutnya masih boleh dijual tanpa downline, kan?
Apakah elemen paling penting untuk berjaya dalam MLM?
 
Niat dan motivasi!! Pada saya, dua elemen ini sudah memadai.
Dalam Islam, NIAT adalah segala-galanya! Tanpa niat, anda tiada arah tuju. Niat umpama kompas! Untuk berjaya, berniatlah untuk yang baik-baik saja, Allah akan bantu.
Bagaimana pula dengan MOTIVASI?
 
Semangat yang kental boleh diperolehi daripada keluarga dan kawan-kawan yang positif, daripada bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan daripada senior-senior di kalangan kumpulan MLM anda. Like I said, kursus dan bimbingan berterusan itu penting bagi memperbaharui semangat kendiri dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk baru. Kalau anda dibiarkan sendirian, itu adalah petanda kumpulan MLM anda tidak sehebat mana.
Secara jujurnya, selain Shaklee, saya juga merupakan ahli kepada beberapa produk MLM lain. Saya pernah menghadiri kursus-kursus yang mereka anjurkan dan begitu berani saya katakan, kualiti bimbingan mereka tidak sehebat kumpulan Shaklee saya! Kalau setakat tayang kereta besar, rumah besar, melancong luar negara, saya tak heran ok! Kerana saya dah tau MLM sememangnya menjanjikan kekayaan materialistik jika dibuat dengan gigih. Berbeza dengan kumpulan Shaklee saya, selain materialistik, mereka juga SANGAT menekankan aspek kerohanian. Bagaimana nak mendapat rezki yang berkat? Kalau dah dapat bonus, keluarkan zakat terlebih dahulu, bersedekah amal jari’ah! Kerana itu lah yang akan membantu kita di alam yang kekal, bukan kereta besar, bukan rumah besar dan bukan tiket-tiket pelancongan!
Hebat bukan? Sebab itu, saya tiada alasan untuk menolak Shaklee. Saya tiada alasan untuk tidak kekal memilih Shaklee. Shaklee pilihan saya dan sepatutnya pilihan anda juga.