Dalam Shaklee ni we answer to nobody sebab kita adalah bos kepada diri kita sendiri. Bila nak buat kerja, bila nak relax, bila nak cuti, bila nak gi shopping, pukul berapa nak settle kerja semua tiada paksaan. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk tentukan…
Haaa best kan? Tapi tu jugalah sebab kenapa ramai yang join Shaklee konon nak buat bisnes tapi terkubur tengah jalan..
Agak-agak kenapa ya? Sebab ramai orang tak boleh jadi bos kepada diri sendiri ni tau.. rata-rata orang suka jadi perkerja yang diberi arahan, disediakan semua benda dan tinggal siapkan kerja. Orang-orang macam ni lah yang join Shaklee akan terkubur tengah jalan. Alaaa macam kita kerja office, kan dah ada step-by-step apa perlu dibuat dan kita cume tinggal siapkan je..
Tapi dalam Shaklee tak macam tu. Sebab bisnes Shaklee adalah bisnes kita sendiri. Jadi semuanya kita kena tentukan sendiri. Memang dalam Shaklee kita ada Upline. Tugas Upline ni sebenarnya sebagai ‘Guardian Angel’ kita je untuk membantu kita memulakan langkah Shaklee kita. Tapi ramai orang salah anggap tugas Upline ni untuk sediakan semua benda sampaikan nak promote pun suruh upline tolong. Mana boleh macam tu kan.. Tapi hakikatnya ramai orang macam tu lah.. Sebab tu ramai yang susah nak berjaya. Bak kata orang suka di ‘spoon feed’. Disuap macam baby yang tak reti berdikari.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM SHAKLEE.
1. Rajin belajar info produk.
Ya lah kalau kita nak jual produk Shaklee dekat orang wajiblah tahu fungsi produk. Tak kan info produk pun nak kena orang suap bagi kan? Semuanya di hujung jari. Google sahaja.. Bacalah dari beberapa sumber berbeza. Lagi banyak membaca lagi yakin lah kita dengan ilmu yang ada.
2. Jangan malu untuk menjadi aggressive.
Jadi aggressive ni bukannya paksa orang beli dengan kita tapi berani menggunakan ayat-ayat ‘aggressive’ untuk memikat hati potential customer.
3. Jangan malas membaca dan mencari jawapan.
Malas ni memang penyakit kebanyakan ahli yang kononnya nak buat bisnes Shaklee. Rata-rata memang malas mencari. Memandangkan kita ada Support Group dan Upline, ramai orang suka bertanya terus. Nak kan jawapan terus. Memang tak ramai yang akan usaha mencari dulu jawapan sebelum bertanya. Sedangkan kalau Google sahaja pun pasti akan jumpa jawapan. Alasan paling mudah tak sempat. Tapi ini kan bisnes anda, jadi kenalah iktiar untuk sempat. Tapi apakan daya.. rata-rata orang suka disuap. Jadi paling mudah tanya je lah upline kan dan bila upline tak nak bagi jawapan direct mula lah merajuk upline tak nak tolong. Tapi malas mencari ilmu inilah punca utama ramai yang gagal dalam Shaklee. Semuanya nak disuap.
4. Dekati Mentor atau Upline.
Yang ni ramai orang tak buat. Kenapa? Tak tahu lah. Sedangkan kalau betul-betul nak belajar tak kan Mentor atau Upline tak bagi datang dekat. Lagi lah suka tau. Saya dulu masa bertatih dalam Shaklee, kadang-kadang sampai 2-3 pagi bertapa di rumah Upline saya untuk belajar. Jadi memang hairan kalau orang yang nak berjaya dalam Shaklee tapi tak nak dekati Mentor atau Upline mereka sedangkan dari awal register ahli sebab yakin Mentor atau Upline tu boleh bimbing mereka.
5. Adakan target dan matlamat Shaklee.
Yang ni pun ramai sangat orang tak buat. Sangat penting untuk kenal pasti apa matlamat dan target kita dalam berShaklee ni. Barulah kita tahu kenapa kita nak berusaha. Contoh paling senang, kenapa orang sanggup bangun awal pergi kerja tiap-tiap hari walaupun malas? Sebab tahu hujung bulan gaji masuk. Sama lah jugak dengan Shaklee. Tengah bulan komisyen masuk. Siapa usaha lebih bonusnya pun pasti lebih.