CYST OVARI & BAHAYA KEPADA WANITA

Pada masa sekarang ada beberapa orang yang saya temui mempunyai masalah cyst. Ada saudara yang menjalani pembedahan untuk membuang cyst sehingga berkali-kali. Jadi cyst bukanlah masalah yang perlu dipandang remeh.

Sebagai seorang wanita, kita memang harus menjaga diri kita dengan baik. Jika anda rasa ada yang tak kena, cepat-cepat dapatkan nasihat doktor. Sejak saya remaja, memang saya sangat particular tentang kesihatan saya. Memang kalau ada perkara-perkara yang diragui, saya akan usaha untuk mencari doktor wanita dan dapatkan nasihat doktor tersebut. Saya akui, saya memang tak mahu bertemu dengan doktor lelaki untuk masalah-masalah wanita...

Balik kepada perbincangan kita mengenai cyst. Apabila dewasa ini, memang cyst merupakan suatu masalah kesihatan yang ditakuti. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah cyst, selalunya agak sukar untuk mendapatkan anak. Walau apa pun, jangan bimbang... InsyaAllah kita masih boleh berikhtiar.

Apakah sebenarnya Cyst?


Cyst adalah satu kantung yang mengandungi cecair yang boleh terbentuk di dalam ovari. Cyst adalah normal sebenarnya. Terjadi semasa proses ovulasi dimana telur dikeluarkan, namun kantung yang terjadinya telur tersebut tidak pecah. Lama-kelamaan, terbentuklahcyst yang lebih besar. Itu yang berbahaya kepada wanita.

Secara normalnya, kantung tersebut sepatutnya keluar bersama dengan darah haid. Barulah wanita bebas daripada cyst. Cyst yang berukuran kurang daripada 5cm adalah tidak berbahaya. Doktor akan mencadangkan pembedahan jika cyst tersebut mencapai ukuran 5cm ke atas.

Apakah antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya cyst?
  • Wanita yang telah mencapai menopous
  • Obesiti
  • Tidak mempunyai anak
  • Tidak menyusukan anak
  • Mengambil ubat kesuburan seperti Clomid
  • Merokok
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kanser payudara, ovari dan kolorektal.
Apakah simptom-simptom cyst ovari?
  • Kesakitan atau kembung di bahagian abdomen
  • Sukar atau kerap membuang air kecil
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim
  • Sakit di bahagian bawah di belakang
  • Sakit semasa haid dan mengalami pendarahan yang abnormal
  • Berat badan bertambah
  • Loya atau muntah-muntah
  • Kurang selera makan atau cepat berasa kenyang.
Apakah penyelesaiannya?

Dapatkan rawatan dan khidmat nasihat doktor. Selalunya doktor akan memantau dahulu keseriusan cyst tersebut. Jika perlu, barulah mereka akan mencadangkan pembedahan.

Alternatif selanjutnya adalah berikhtiar dengan GLA Complex Shaklee. Kita berusaha mencari alternatif untuk mengecutkan cyst tersebut tanpa perlu dibedah. Kalau menjalani pembedahan, sukar bagi kita juga.. kena berpantang.


GLA (Gamma-Linolenic Acid) Complex diekstrak daripada tumbuhan borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam Evening Primerose Oil (EPO). Kandungan GLA ini juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Banyak kebaikan GLA Complex terutamanya dalam membantu mengecutkan cyst.

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ia merupakan sumber terbaik asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin, iaitu bahan berkesan yang berupa hormon membantu mengawalatur proses badan yang normal.

GLA Complex ini juga digabungkan dengan minyak bunga matahari yang merupakan satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia juga mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Supplement Omega 6 dan Vitamin E mempunyai anti-keradangan yang tinggi yang membantu penyembuhan.

Dengan pengambilan GLA Complex yang konsisten setiap hari, InsyaAllah dengan izin Allah dapat membantu mengecutkan cyst tersebut. Jom kita tengok testimoni -testimoni orang-orang yang menggunakan GLA Complex untuk merawat masalah cyst yang dihadapinya.