Bagi pembaca yang masih tidak mengerti apa itu makanan GMO (Organisma Ubahsuai Genetik), di sini saya ringkaskan sedikit untuk pengetahuan.
Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan serangan serangga perosak, tahan lama, tahan cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO.
Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.
Ubi kentang GMO yang dihasilkan di United Kingdom yang kebal kepada serangan serangga perosak menyebabkan masalah serius kepada haiwan yang memakannya. Haiwan itu didapati hilang sistem imunisasi dan mendatangkan kanser dalam sistem penghadaman.
Makanan GMO bererti ia menjana keuntungan dalam masa yang singkat te tetapi kesan jangka-panjang kepada manusia masih belum terbukti selamat.
Apakah Risiko GMO
Sebagai tambahan wawasan, untuk mendapatkan maklumat mendalam bahaya makanan GMO, sangat di sarankan membaca buku Jeffrey Smith, Seeds of Deception dan Genetik Roulette:
Menurut dokumentasi dr smith, sekurang-kurangnya 65 risiko kesihatan yang serius kesan dari mengambil produk GMO, yang disebebkan:
- Keturunan tikus diberi makan soya transgenik menunjukkan peningkatan lima kali ganda risiko kematian, bayi yang di lahirkan tidak cukup berat badan, ketidakmampuan membiak
- Tikus jantan yang diberi makan soya Transgenik, mengalami kerosakan sel-sel sperma muda
- Dapat merubah Fungsi DNA dari Embrio Tikus yang di berikan makan Kedele Transgenik (GMO)
- Beberapa petani di AS telah melaporkan masalah kemandulan atau kesuburan antara babi dan lembu yang diberi makan Varietas Jagung GMO
- Penyiasat di India telah mendokumentasikan masalah kesuburan, aborsi, kelahiran prematur, dan masalah kesihatan yang serius, termasuk kematian, di antara kerbau yang diberi makan biji kapas GMO.
- Haiwan yang mengambil makanan GMO mengalami pendarahan perut, berpotensi bertumbuhnya sel pra-kanser, kerosakan organ dan sistem kekebalan tubuh, keradangan ginjal, masalah dengan darah, sel hati, dan kematian yang tidak dapat dijelaskan.
- Alergi terhadap kacang soya telah meningkat selepas pengenalan cara menanam dengan kaedah GMO / Kedelai Transgenik
- Gen dari tanaman GMO memindahkan bakteria usus manusia, yang mungkin akan mengubah flora usus anda menjadi "hidup seperti kilang racun perosak"
Tidak seorang pun yang mengetahui sepenuhnya apa yang terjadi pada produk akhir ketika anda menyambung gen baru (proses Mutasi Genetik tsb) dan kemudian mengambil produk hasil mutasi tersebut selama beberapa generasi. Satu-satunya hal yang dijanjikan adalah bahawa hal itu akan mencipta kesan sampingan yang mengejutkan.
Namun, menurut kajian Smith, apa yang kita tahu adalah bahawa antara tahun 1994 dan 2001 - masa yang sama dengan produk GMO 's membanjiri pasaran - penyakit yang berkaitan dengan makanan meningkat dua kali ganda.
Produk Hasil GMO boleh menyebabkan
• alergis
• Toxic
• karsinogen / potensi kanser
• Anti-gizi
Mungkin juga mencipta penyakit-penyakit baru yang belum pernah kita lihat sebelumnya, selain dapat memacu peningkatan beberapa penyakit yang sudah kita miliki, seperti kanser.
Tips Menghindari Makanan GMO
Seperti dinyatakan oleh Smith, ada beberapa cara untuk Menghindari makanan GMO:
- Hanya membeli bahan makanan yang Organik
- Hanya membeli produk-produk yang menunjukkan label Non GMO
- Cari maklumat sebanyak-banyaknya pengeluar yang membekalkan makanan yang sangat berpotensi GMO sebelum anda mengambil atau menggunakanya
Antara jenis makanan yang banyak menggunakan kaedah GMO:
- Soya
- Jagung
- Kapas
- Canola