Tahukan anda bahawa penyakit strok adalah punca kematian KEEMPAT terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser? Setiap tahun dianggarkan 40,000 orang diserang strok.
BAGAIMANA STROK TERJADI?
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf tubuh yg mengawal setiap perbuatan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan, pencernaan dan sebagainya. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien untuk terus berfungsi dengan baik.
Sekiranya saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Seterusnya bahagian otak itu mula mati dan anda akan mengalami strok. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah. Semuanya berlaku dengan senyap tetapi pantas.
PUNCA STROK
1. Keadaan kesihatan individu
Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan jantung, diabetes, sejarah keturunan strok dalam keluarga dan migrain boleh menyebabkan terjadinya strok. Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan strok.
2. Gaya Hidup dan Cara Pemakanan
Gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak seimbang seperti merokok,makanan segera, makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kurangkan bersenam. Sikap mudah marah, murung dan lain2 sikap negetif turut memudahkan seseorang diserang strok.
GEJALA STROK
Anda lebih mudah merawat strok atau menghindarkan strok sekiranya mengetahui tanda-tanda awal gejala penyakit strok.
Tanda-tanda serangan stroke :
- Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
- Rasa bingung, celaru dan keliru.
- Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
- Susah untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan secara mengejut.
- Terasa seperti hendak mati dan dan kaku/kebas pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
- Rasa mual dan muntah-muntah
- Terasa seperti hendak pitam, atau pengsan secara tiba-tiba.
CARA MERAWAT PENYAKIT STROK/ CARA MENGHINDARI
1. Elakkan dan berhenrti merokok
Merokok menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.
2. Pemeriksaan tekanan darah secara rutin
Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darahmengalami tekanan berlebihan.
3. Penyakit jantung
Sekiranya terdapat gejala atau gangguan jantung seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, anda seharusnya mendapatkan rawatan susulan doktor untuk mengelakkan terjadinya serangan strok.
4. Kawal stress dan tekanan perasaan dengan baik
Stres atau depresi menggangu kesihatan jantung, kawal dan tangani stress dengan bijak.
5. Menjaga Pemakanan
Ikut piramid makanan, lebihkan sayuran dan buahan supaya makanan berserat itu dapat mengawal lemak, kurangkan lemak , garam dan gula. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerena lemaknya menyebabkan pembuluh darah mengeras.
6. Kawal berat badan
Memiliki badan gemuk atau obesiti akan meningkatkan risiko strok.
7. Bersenam
Bersenam mampu menurunkan tekanan darah dan menyihatkan anda disamping membakar lemak.
8. Hindari alkohol
Meminum alkohol dapat menaikkan tekanan darah, maka sebagai umat Islam pun anda wajib mengelakkannya.
9. VIVIX SHAKLEE
Apa itu VIVIX ?
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.
Vivix mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.
Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser
Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, terlebih berat badan n masalah kegemukan, nyanyuk, osteophorosis, penyakit2 mata spt katarak n glaukoma dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas
Vivix ni dapat membantu pulihkan DNA yang rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein AGE-advanced glycation end products. protein AGE yg berlebihan ni boleh ganggu keutuhan sel. bantu jaga dan pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan, utk kesihatan.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah