SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT PESAKIT TIBI




Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar batuk kering? Itu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal batuk kering daripada tibi. Tapi apabila sebut batuk kering, maka ketakutan kita terhadap sakit itu kurang. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan hilang sepertimana selesema jugak.

Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab kuman-kuman tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan.

Kuman-kuman tibi jadi aktif apabila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka daripada membiak di dalam badan. Setengah orang yang dijangkiti akan dapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan sempat melawan kuman-kuman tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dulunya diam dalam badan terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan serang kita bila sistem imun kita lemah.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman penyakit ni dalam badan. 


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat. Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ini masih boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain. 



BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK?


Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-terapung itu akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

GEJALA DAN SIMPTOM PENYAKIT TIBI

  • Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

  • Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN PENYAKIT TIBI

  • Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  • Pembawa HIV
  • Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama
  • Warga tua 
  • Perokok tegar

CARA MENDIAGNOSIS PENYAKIT TIBI

  • Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma
 
  • Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru kita 


KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI

Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
  • Rifampicin (RIF)
  • Isoniazid (INH)
  • Pyrazinamide (PZA)
  • Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.

TIPS SEMASA RAWATAN UNTUK PESAKIT TIBI

  • Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
  • Rehat secukupnya
  • Makan makanan seimbang
  • Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
  • Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
  • Banyakkan bersenam
  • Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
  • Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
  • Ambil supplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

ALTERNATIF SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK BANTU PESAKIT TIBI

Ada beberapa vitamin yang boleh di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;


  • Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
  • Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
  • Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
  • Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
  • Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.
  • Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.
  • Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asma atau infeksi paru-paru.
  • Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan.
  • Ia mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan.
  • Menggalakkan fungsi imun dan fungsi pemulihan
  •  Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel
  • Penting untuk pemulihan tisu paru-paru
Jika anda memerlukan nutrisi suplemen sebagai cara untuk mengatasi penyakit Tibi , anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp 012-6412248 (effa) untuk konsultasi.

Duit memang besar nilainya apabila kita sihat, tetapi tidak bernilai bila kita sakit!!

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.