KENALI PENYAKIT TIROID


Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

APA ITU KELENJAR TIROID?


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

Faktor-faktor ia berlaku:

1. Genetik – keturunan
2. Kekurangan Iodin di dalam badan
3. Kekurangan selenium dalam badan
4. Pengambilan ubat-ubatan yang boleh trigger kan penyakit ini.
5. Situasi autoimun
6. Perempuan
7. Berumur lebih daripada 60 tahun
8. Perokok
9. Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain

KATEGORI PENYAKIT TIROID

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
2) Hipotiroidisme

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis (HYPER)

Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Osteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
2) Hipotiroidisme (HYPO)

Orang yang menghidap hypothyroidism pula mempunyai kurang hormon tiroid.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme: 

  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Muscle cramp dan bengkak
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk
 

BAGAIMANA MERAWAT PENYAKIT KELENJAR TIROID?
Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.