Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label SUSTAINED RELEASE VITA C. Show all posts
Showing posts with label SUSTAINED RELEASE VITA C. Show all posts

KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENJALANI RAWATAN KIMOTERAPI


Apabila merawat pesakit kanser dengan kemoterapi, adalah lebih baik jika sekiranya pakar kesihatan boleh merawat bahagian di mana kanser wujud sahaja. Malangnya, perkara sedemikian tidak selalu dapat berlaku.

Kemoterapi menghapuskan sel yang terbahagi dengan kerap, seperti sel kanser. Namun begitu, rawatan ini tidak hanya menghapuskan sel kanser tetapi juga sel biasa yang terbahagi dengan cepat. Sel sedemikian terdapat di dalam:

  • Mulut
  • Kulit
  • Sum-sum tulang
  • Saluran penghadaman
  • Rambut
  • Sistem saraf
  • Buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru
  • Sistem pembiakan
Oleh sebab tisu sihat juga mungkin rosak semasa kemoterapi, rawatan mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan. Jika doktor telah memilih kemoterapi sebagai rawatan bersesuaian untuk anda, ia amat penting untuk anda mempelajari bagaimana untuk menguruskan kesan sampingan yang mungkin anda alami

Benarkah Rawatan Kemoterapi dapat Menyembuhkan Kanser ?

Ramai pesakit beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh menyembuhkan kanser. Anggapan ini tidak benar terutama jika tahap kanser sudah sampai tahap tiga dan empat.

Dalam pemerhatian pesakit kanser tahap satu, setelah menjalani proses pembedahan seperti mastectomy atau lumpectomy, dan selepas menjalani rawatan kimoterapi dan selang beberapa tahun, mereka mendapat relapse atau kanser berulang.

Ini membuktikan proses kimoterapi dan radioterapi hanya boleh melambatkan sel kanser daripada merebak, dan bukan mematikannya.

Untuk pengetahuan semua, setiap tubuh badan manusia mempunyai sel kanser. Sel kanser ini adakalanya hanya diam dan tidak merbahaya kepada tubuh seseorang. Tetapi kadang-kala sel kanser itu akan menjadi abnormal dan membiak menjadi satu ketumbuhan yang dipanggil tumor. Sel-sel tadi perlu membiak berjuta-juta sel untuk menjadi satu tumor yang besar.

Proses pembesaran tumor ini memakan masa yang lama, adakalanya bertahun-tahun. Sebab itulah ,ramai di antara pesakit tidak tahu ada ketumbuhan dalam badan mereka sehinggalah ketumbuhan itu sudah menjadi kanser.

Berapa LamaTempoh Kesan Sampingan Selepas Kemoterapi?

Oleh sebab sel-sel biasa sembuh dengan cepat, kesan sampingan yang dialami biasanya akan hilang selepas rawatan berakhir. Walaupun kebanyakan kesan sampingan hilang dengan agak segera, ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk hilang sepenuhnya.

Masa yang diambil untuk menghilangkan kesan sampingan adalah berbeza dengan setiap pesakit dan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan keseluruhan dan jenis ubat yang diambil.

Ia amat menggalakkan untuk mengetahui bahawa kebanyakan pesakit yang menjalani kemoterapi tidak mengalami kesan sampingan jangka panjang. Lebih meyakinkan lagi adalah pengetahuan bahawa pakar penjagaan kesihatan telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam menangani sebahagian daripada kesan sampingan kemoterapi yang lebih serius.

Kesan Sampingan Selepas Rawatan Kimoterapi

Ubat anti kanser mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang berlainan. Tidak semua pesakit kanser mengalami kesan sampingan serupa dengan ubat yang sama dan ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang sedikit. Seseorang pesakit tidak mungkin mengetahui reaksi mereka terhadap ubat tersebut sehingga dirawat dengan ubat tersebut.

1. Anemia
Anemia ialah kesan sampingan yang dialami oleh lebih daripada 50 peratus pesakit yang menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.

Apabila terdapat kekurangan sel darah merah, tisu badan anda tidak mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi. Keadaan yang dikenali sebagai anemia ini mungkin dapat dikenal pasti oleh perasaan kelesuan yang keterlaluan, kelemahan, keletihan, kepucatan dan/atau pening-pening.

2. Sembelit
Oleh sebab ubat anti kanser boleh menyebabkan perubahan dalam kebiasaan sistem usus, anda mungkin mengalami sembelit. Kekurangan aktiviti fizikal dan diet tidak seimbang juga boleh menjadi faktor penyumbang.

3. Kemurungan
Kanser mungkin mengganggu cara hidup dan mengancam impian serta cita-cita yang bermakna dalam kehidupan seseorang. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh kanser dan rawatannya pada badan biasanya menyebabkan kemurungan.

4. Cirit-birit
Cirit-birit boleh berlaku apabila kemoterapi merosakkan sel melapisi usus. Jika anda mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit-birit atau jika anda mengalami cirit-birit melebihi 24 jam, sila hubungi doktor anda.

5. Kelesuan
Kelesuan ialah apabila seseorang berasa lemah atau penat lebih pantas daripada biasa selepas aktiviti fizikal, mental atau emosional. Kelesuan ialah kesan sampingan utama kemoterapi. Ada banyak penyebab kelesuan dan biasanya anemia merupakan punca utamanya.

6. Keguguran rambut
Doktor boleh memberitahu anda sama ada keguguran rambut (alopesia) boleh berlaku dengan ubat yang anda ambil. Keguguran rambut boleh berlaku pada semua bahagian badan. Apabila keguguran rambut berlaku, rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan kemoterapi berakhir.

7. Jangkitan
Kemoterapi boleh menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan. Ini berlaku kerana kebanyakan ubat anti kanser mempunyai kesan ke atas sum-sum tulang dan mengurangkan keupayaannya untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu anda melawan jangkitan.

8. Kehilangan Selera Makan
Sebahagian daripada perubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sistem penghadaman – menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit-birit.

9. Masalah Mulut, Gusi dan Kerongkong
Penjagaan oral yang baik penting semasa rawatan kemoterapi dijalankan kerana ubat anti kanser boleh menyebabkan kerengsaan di dalam mulut atau kerongkong anda. Selain daripada kesakitan, kerengsaan mulut boleh dijangkiti kuman di dalam mulut anda.

10. Loya dan Muntah-muntah
Loya dan muntah-muntah selalunya boleh dikawal atau dikurangkan dengan pengubatan.

11. Masalah Seksual
Lelaki - Pengubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sperma yang boleh menyebabkan ketidaksuburan sementara atau kekal.

Wanita - Kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani rawatan kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan vagina dan mungkin mengalami simptom menopaus seperti berasa panas. Kesan-kesan sampingan ini biasanya adalah kesan jangka pendek rawatan dan akan hilang akhirnya.

Vitamin Yang Bersesuaian Selepas Rawatan Kemoterapi

Pesakit yang ingin berasa cergas selepas kemoterapi, di samping meningkatkan potensi sembuh harus menjaga makan dan mengambil beberapa supplement untuk membetulkan semula sel sihat yang telah rosak.

Ia bukan untuk di ambil semasa kemoterapi, tetapi di ambil 2 hari selepas rawatan kemoterapi .Vitamin ini bertujuan untuk memulihkan semula sel yang baik dan sel yang sihat dan membantu pesakit untuk cergas dan sihat. Untuk sesi kemoterapi yang berikutnya, pastikan pengambilan set ini dihentikan 2 hari sebelum rawatan.

Energizing Soy Protein (850 gram)

Membekalkan protein dan memastikan kalori pada tahap optimum. Protein dan kalori penting untuk pembentukan sel yang sihat.

Membekalkan tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan kelesuan selepas kimoterapi

Sustained Release Vita C Plus (180 biji)
National Cancer Institiute mengesahkan keberkesanan Vitamin C untuk sesetengah jenis kanser & mengesyorkan ia digunakan bersama kaedah kimoterapi bagi membantu pesakit menghadapi kesan sampingan dadah semasa kimoterapi.

Sistem daya pertahanan diri yang kuat dengan sendirinya akan mematikan sel kanser yang abnormal dan membiak itu. Kanser akan terjadi apabila sistem pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser dalam tubuh

DTX Complex (180 biji)

Kemoterapi merupakan rawatan yang melibatkan penggunaan dadah yang merbahaya. DTX complex membantu membersihkan hati dari bahan yang merbahaya yang ditinggalkan oleh rawatan kemoterapi

Alfalfa Complex (300 biji/700 biji)
Untuk memastikan darah tidak berasid dan kekal tahap alkali. Ini penting untuk memastikan sel kanser tidak merebak.

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE



Kepentingan Vitamin C Kepada Tubuh Badan Kita.

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Kenapa Sustained Release Vitamin C Shaklee?


  • Vitamin c shaklee ini unik kerana formula Sustained Release dan formula bioflavonoid.
  • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
  • sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  • Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Orang kata bukan saya kata tau. "Vitamin ni untuk orang sihat sahaja. Kalau sakit makanlah ubat. Sebelum sakit jagalah sebaik mungkin kesihatan kita. Kesihatan yang sihat adalah nikmat yang patut kita hargai."

GEJALA TAHAP TESTOREN LELAKI RENDAH-MANOPAUS/ANDRAPOUSE/MENAPOUS MALE

Apa MANopaus/Andrapouse/Male Menopause? 

Ketiga-tiga istilah adalah sama. Oleh kerana lelaki tidak melalui tempoh yang jelas disebut sebagai menopaus, sesetengah doktor merujuk kepada masalah ini sebagai androgen (testosteron) penurunan penuaan lelaki, atau sesetengah orang panggil testosteron yang rendah. Lelaki mengalami penurunan dalam pengeluaran testosteron hormon lelaki dengan penuaan. Sesetengah lelaki mengalami gejala-gejala keletihan, lemah, kemurungan dan masalah seksual.


Tidak seperti menopause pada wanita, apabila pengeluaran hormon berhenti sepenuhnya, penurunan testosteron pada lelaki adalah proses yang lebih perlahan. Testis, tidak seperti ovari, tidak kehabisan bahan yang diperlukan untuk membuat testosteron. Walau bagaimanapun, akibat daripada penyakit, perubahan-perubahan ketara dalam fungsi testis boleh berlaku seawal 45 hingga 50 tahun, dan lebih dramatik selepas umur 70.

Apakah Penyebab ManOPause?

  • Umur
  • Ubat-ubatan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan alkohol yang berlebihan
  • kekurangan tidur
  • kekurangan seks
  • Tekanan atau pembedahan
  • Penyakit Yang Teruk
  • Kecederaan Testis
  • Kegagalan Buah Zakar
Tahap testosteron yang rendah dan pengeluaran sperma. Paras testosteron bagi lelaki biasanya perlu berada di atas 300. Tanda-tanda testosteron rendah adalah keletihan, masalah ingatan, kemurungan, perasaan tidak menentu.



Apakah tanda-tanda menopaus lelaki?

  • Kurang tenaga atau keinginan untuk aktiviti fizikal
  • Kurang kepantasan mental
  • Kurang rapuh (osteoporosis)
  • Kurang jisim otot
  • Kurang ereksi atau ereksi kurang kuat
  • Peningkatan lemak tubuh, terutama di bahagian pertengahan
  • payudara bengkak
  • Berpeluh malam dan masalah tidur
  • Mudah marah
  • Kemurungan atau semangat yang hilang
  • Kehilangan libido, kehilangan ketiak atau rambut kemaluan
  • Kurang bersosial, kehilangan keyakinan

Bagaimana Menopaus Male Didiagnosis?

Untuk membuat diagnosis menopaus lelaki, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala. Doktor kemudian akan mengambil satu siri ujian darah, termasuk mengukur tahap testosteron.

Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu saya dengan gejala saya?
  • Cari rakan atau kumpulan sokongan untuk membincangkan apa yang anda lalui
  • Bersenam secara tetap
  • Makan berkhasiat, rendah lemak, diet tinggi serat
  • Mengurangkan tekanan anda -
  • Dapatkan masa untuk berehat dan banyakkan masa untuk tidur
  • Hadkan alkohol dan kafein
  • Berhenti merokok
  • Minum banyak air
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Berbincanglah dengan doktor anda

Bolehkah Menopaus Lelaki Dirawat?

Jika paras testosteron yang rendah, terapi penggantian testosteron boleh membantu melegakan gejala-gejala seperti kehilangan minat dalam seks (libido menurun), kemurungan, dan keletihan. Tetapi, seperti dengan terapi penggantian hormon pada wanita, terapi penggantian testosteron mempunyai risiko dan kesan sampingan. Menggantikan testosteron mungkin menjadi lebih teruk seperti kanser prostat.

Jika anda atau orang yang dikasihi sedang mempertimbangkan terapi penggantian androgen, berbincang dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut. Doktor anda juga mungkin mencadangkan perubahan gaya hidup tertentu, seperti diet yang baru atau program latihan, atau ubat-ubatan lain, seperti antidepresan, untuk membantu dengan beberapa gejala menopaus lelaki.

Terapi penggantian testosteron semakin meningkat dalam bidang perubatan.Penggantian testosteron boleh diberi dalam pelbagai bentuk yang berbeza seperti suntikan, tampalan, gel, dan implan. Jika anda sedang diuji dan didapati mempunyai paras testosteron kurang daripada 300 langkah seterusnya adalah melakukan analisis air mani. Jika didapati tidak normal, maka seterusnya ialah mendapatkan terapi untuk meningkatkan pengeluaran buah zakar dengan ubat-ubatan seperti letrazole, anastrozole, Clomid dan HCG. Mengambil ubat-ubatan ini biasanya boleh menghasilkan keputusan dalam 4-6 minggu. Jika anda telah berada di terapi testosteron, jangan terkejut jika anda mendapatkan analisis air mani yang tidak normal dan kadang-kadang "tiada sel-sel sperma dilihat" pada analisis air mani. Ia adalah perkara biasa untuk testosteron luaran untuk menindas pengeluaran endogen anda sperma. Ininya boleh diterbalikkan. dengan hanya memberhentikan pengambilan testosteron dan menukar kepada kombinasi ubat-ubatan yang disebutkan di atas dan ini akan menjana semula pengeluaran sperma anda.

Apakah pilihan rawatan untuk menopaus lelaki?

Rawatan untuk menopaus lelaki bergantung kepada penyebab. 
  • Kemurungan atau keresahan - pesakit boleh mendapat manfaat daripada terapi tingkah laku, ubat-ubatan antidepresan, atau kedua-duanya.
  • Obesiti - pesakit akan dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan, menjadi lebih aktif secara fizikal dan makan diet yang seimbang dan sihat.
  • Jantung dan penyakit kardiovaskular - penyakit yang perlu dirawat.
  • Diabetes jenis 2 - seperti penyakit jantung, ia akan memerlukan rawatan yang sewajarnya. Pesakit dengan kawalan glukosa baik cenderung mempunyai sedikit masalah dan komplikasi. 
  • Testosteron yang rendah - doktor mungkin mengesyorkan terapi testosteron. Artikel yang disiarkan dalam Buletin Dadah Therapeutics soalan sama ada terapi testosteron berkesan dalam merawat menopaus lelaki. Terapi testosteron juga menimbulkan risiko penyumbatan saluran dan prostat kanser kencing. Ia juga boleh memburukkan penyakit iskemia jantung, epilepsi, dan apnea tidur.
Secara keseluruhan, vitamin manopause adalah mengikut beberapa ahli-ahli klinikal vitamin yang paling disyorkan bagi mereka yang manopause iaitu :
 
Bcomplex
Vitamin ini menggalakkan kesihatan jantung, merangsang sistem saraf dan imun anda, membuat kulit dan rambut anda sihat, dan banyak lagi. Vitamin B adalah sangat penting untuk banyak fungsi dalam badan, perkara yang terbaik adalah untuk mengambil Vitamin B-Kompleks, sebagai tambahan kepada pelbagai vitamin anda.
 
Ostematrix(kalsium dengan vitamin D)
Vitamin D3 ia dapat mengawal tahap kalsium di seluruh badan , ia juga membantu kalsium untuk membina tulang yang kuat, dan meningkatkan sistem imun. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa tubuh memerlukan 3,000 hingga 5,000 IU sehari.
 
Vitamin C dan campuran tokoferol Vitamin E 
Baik kerana anti-oksida . Dan menggalakkan glutathione dan raja anti-oksida.

Supplement Shaklee yang dicadangkan mengikut penyebab MANopause:

  • GLA Complex- mampu menstabilkan hormon lelaki mahupun wanita
  • B complex dan ostematrix(dengan vitamin D)- amat berkesan bagi mengatasi kemurungan dan keresahan.Menurut pelbagai kajian, b complex, kalsium dan vitamin d amat membantu lelaki yang mengalami sidrom andrapouse/manapouse
  • Lecithin, Omegaguard dan Alfalfa: Mengurangkan berat badan
  • Vivix, alfalfa, ESP- mengawal dan membantu mengatasi diabetis
  • Vitalea, Sustained Vita C dan Zinc - baik untuk meningkatkan sistem imunasi badan

SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT PESAKIT TIBI




Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar batuk kering? Itu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal batuk kering daripada tibi. Tapi apabila sebut batuk kering, maka ketakutan kita terhadap sakit itu kurang. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan hilang sepertimana selesema jugak.

Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab kuman-kuman tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan.

Kuman-kuman tibi jadi aktif apabila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka daripada membiak di dalam badan. Setengah orang yang dijangkiti akan dapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan sempat melawan kuman-kuman tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dulunya diam dalam badan terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan serang kita bila sistem imun kita lemah.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman penyakit ni dalam badan. 


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat. Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ini masih boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain. 



BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK?


Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-terapung itu akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

GEJALA DAN SIMPTOM PENYAKIT TIBI

  • Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

  • Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN PENYAKIT TIBI

  • Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  • Pembawa HIV
  • Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama
  • Warga tua 
  • Perokok tegar

CARA MENDIAGNOSIS PENYAKIT TIBI

  • Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma
 
  • Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru kita 


KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI

Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
  • Rifampicin (RIF)
  • Isoniazid (INH)
  • Pyrazinamide (PZA)
  • Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.

TIPS SEMASA RAWATAN UNTUK PESAKIT TIBI

  • Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
  • Rehat secukupnya
  • Makan makanan seimbang
  • Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
  • Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
  • Banyakkan bersenam
  • Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
  • Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
  • Ambil supplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

ALTERNATIF SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK BANTU PESAKIT TIBI

Ada beberapa vitamin yang boleh di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;


  • Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
  • Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
  • Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
  • Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
  • Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.
  • Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.
  • Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asma atau infeksi paru-paru.
  • Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan.
  • Ia mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan.
  • Menggalakkan fungsi imun dan fungsi pemulihan
  •  Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel
  • Penting untuk pemulihan tisu paru-paru
Jika anda memerlukan nutrisi suplemen sebagai cara untuk mengatasi penyakit Tibi , anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp 012-6412248 (effa) untuk konsultasi.

Duit memang besar nilainya apabila kita sihat, tetapi tidak bernilai bila kita sakit!!

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.

TESTIMONI KANSER PAYUDARA CEPAT SEMBUH DENGAN SHAKLEE

Salah satu kelemahan terapi untuk kanser adalah ia akan melemahkan tubuh pada tahap paling rendah dan terdedah. Pada waktu kritikal inilah pesakit biasanya cepat berputus asa. Bagaimanapun dengan pengambilan Shaklee seperti Regina dalam testimoni berikut membuktikan supplement dan nutrisi sangat membantu pesakit cepat sembuh antara kitaran kimo.

 

"At 36 I was diagnosed with breast cancer. After two lumpectomies and mastectomy, my body was exhausted. I was physically and emotionally drained. My niece, Amber White, started me on a vitamin program that included Vitalea, Vita C, Nutriferon, Carotomax and B Complex. My incision started healing much quicker. I was able to begin chemotherapy, which had been delayed due to infection concerns. I received one of the strongest treatment possible. I had trouble with nausea and exhaustion and stopped taking the vitamins. After my blood work showed my white blood cell counts were dangerously low, I started taking them again. My oncologist was shocked at how quickly I recovered. After each treatment when my white blood cell count dipped, it returned to normal within 10 days. She asked what I was doing and told me to continue Shaklee vitamins since they were working great for me. I think Shaklee is incredible. "
-Regina-

"Pada usia 36 tahun saya telah didiagnosis dengan barah payudara. Selepas 2 lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) dan mastektomi (Pembedahan membuang keseluruhan payudara), badan saya menjadi sangat lesu. Saya kehilangan upaya secara fizikal dan mental. Anak buah saya, Amber White, memulakan program makanan tambahan yang mengandungi Vita-Lea, Vita-C, Nutriferon, Caratomax dan B-Complex. Luka insisi saya sembuh dengan lebih cepat. Saya mampu memulakan semula kemoterapi, yang mana ditangguhkan kerana dikhuatiri ada jangkitan. Saya menerima rawatan paling kuat saya boleh terima. Saya mengalami masalah loya dan lesu lalu berhenti mengambil vitamin tersebut. Apabila ujian darah menunjukkan jumlah sel darah putih saya sangat rendah, saya kembali mengambil vitamin tersebut. Pakar onkologi saya sangat terkejut dengan kadar pemulihan saya. Selepas setiap kali rawatan ketika jumlah sel darah putih saya jatuh, ia akan kembali normal dalam 10 hari. Dia bertanya apa yang saya ambil dan memberitahu untuk meneruskan ambil vitamin Shaklee kerana ia kelihatan sangat berkesan kepada saya. Saya fikir Shaklee sangat mengagumkan."
-Regina-


Selain tetapi kimo yang popular dengan penyakit kanser, pembedahan membuang bahagian yang dikenalpasti mempunyai sel kanser adalah antara langkah selamat. Bagaimanapun ada risiko kecil terdapat sedikit sel kanser yang sudah berada dalam aliran darah dan merebak ke bahagian tubuh lain. Set Kesihatan Kanser Shaklee ini memastikan risiko untuk kanser berulang menjadi lebih rendah kerana kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi untuk tubuh beroperasi sebaik mungkin. 


TESTIMONI SET MENGANDUNG SHAKLEE ANAK TIADA EKZEMA


TESTIMONI NIK ROSHADYLA ROSLAN




"Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Saya Dyla, mama kepada 4 cahayamata iaitu 2 perempuan dan 2 lelaki.

Pengalaman anak ke-2 pada tahun 2009 yang disahkan g6pd dan ada masalah ekzema menjadi punca saya cuba produk Shaklee ☺

Mula kenal Shaklee tahun 2012 dengan Set Hamil Trimester 2&3. Masa tu memang nak sangat cuba dan usaha dengan produk Shaklee ni sebab tak nak anak yang ke-3 nanti ada masalah ekzema jugak.

Masa anak ke-2 tu, tanda-tanda ekzema keluar masa dalam tempoh berpantang. Sayu hati bila kulit yang lembut, putih & gebu dulu dah bertukar jadi merah-merah. Bila time panas jek, menggaru-garu. Macam tak boleh berpeluh, kalau berpeluh lagi teruk. Banyak aktiviti luar rumah terpaksa di hadkan.

So, untuk berpantang anak ke-3 ni sebarang jamu memang tolak tepi. Doktor pun ada bekalkan vitamin masa anak ke-2 dulu.

Selepas rasa sendiri Set Hamil Shaklee tu, banyak sangat perubahannya, yang paling best badan bertenaga, hilang kejang kaki, hilang sembelit, bangun pagi pun senang walaupun kerap ke toilet, tidak mudah penat bila di tempat kerja dan malam plak ke kelas pengajian luar kampus walaupun tengah hamil. Memang terbaik!

Alhamdulillah.... anak ke-3 tiada masalah ekzema dan kulit pun cantik dan berjaya menyusukannya sehingga usia 2 tahun, hanya dengan vitamin Shaklee.

Anak ke-4 pula, memang mengamalkan vitamin Shaklee dari awal kehamilan hingga sekarang usianya 6 bulan. Alhamdulillah dapat menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertamanya. Hanya dengan Set Menyusu Premium Shaklee. Memang terbaik sebab ia menyeluruh dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi mama dan baby.

Alhamdulillah... yang paling penting tiada lagi masalah ekzema yang merisaukan. Kulit pun alhamdulillah cantik... Syukur!"
 

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL

 

OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein
  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Omega Guard
  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
  • Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
  • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
B-Complex
  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
  • Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Sustained Release Vita-C
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vita-Lea Iron Formula
  • Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
  • Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

DEMAM KEPIALU : CADANGAN SET SHAKLEE

Demam Kepialu atau Tifoid 

Apakah itu demam kepialu? 

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk ).

Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementara mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.

Makanan yang perlu dielakkan

Ketika serangan bakteria ini, kita hendaklah mengelakkan mengambil makanan yang tidak masak, mentah seperti :
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Berdasarkan senarai diatas, memang semua makan pilihan rakyat Malaysia. Jadi untuk mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, disarankan agar makan sahaja dirumah atau cari kedai makan yang bersih terutamanya dibahagian dapur.

Tanda-tanda serangan Demam Kepialu

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. Di antara gejala yang ada pada diri pesakit adalah:
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimana ia merebak?

Penyakit ini mudah merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis) manusia yang mengandungi bakteri salmonella typhi. Ia juga disebarkan melalui makanan dan minumam yang disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier).
Kita perlu berhati-hati dalam memilih kedai makan, elakkan dari makan dikedai yang kotor, bersepah dan disediakan oleh pendatang asing.

Komplikasi Penyakit

  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?


Diantara langkah-langkah yang terbaik untuk mencegah demam kepialu adalah dengan sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih selepas keluar dari tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Pastikan anda hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya. Elakkan dari memakan makanan mentah, buahan dari penjaja, minum air masak yang telah dibotolkan dan paling penting dan pastikan persekitaran senantiasa bersih.

Cadangan pengambilan Shaklee bagi mencegah Demam Kepialu


Diantara langkah terbaik adalah kita senantiasa menguatkan antibodi dan badan kita dengan mengambil vitamin-vitamin yang bersifat antioksida seperti Vitamin E, Vitamin C dan Garlic.

Bagi mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, saya menyarankan agar anda dan keluarga perlu mengambil :
  • Vitamin E & Vitamin C - menguatkan antibodi dalam jangkamasa panjang 
  • Nutriferon - dihasilkan khusus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. 
  • Garlic - agen detox darah

Anda tak perlu risau kerana semua produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Tiada bahan kimia atau pewarna/perasa tiruan didalamnya. Semua produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi. 

Jadi, sebagai ibu-bapa yang prihatin, kita perlu bertindak sebelum parah. Sebagaimana kita memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya dimasa depan, begitu juga dengan kita menjaga kesihatan mereka dengan memberikan nutrisi yang secukupnya agar mereka senantiasa sihat. InsyaAllah.

MENGAPA ANTIOKSIDAN BAIK UNTUK KESIHATAN KITA?


Kajian telah membuktikan individu yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel normal, protin dan lemak. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk.

Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan. Namun tubuh kita amat memerlukan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas yang berlebihan akan mengganggu penghasilan hormon. Jika penghasilan hormon terganggu, maka secara automatik sel-sel tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.


Banyak masalah kesihatan disebabkan oleh radikal bebas. Antaranya ialah penuaan sebelum waktunya, kulit kering, pra-menopause , gangguan jantung, osteoporosis, masalah sendi, diabetes, kanser, alzheimer dan sebagainya.

Antioksidan mampu melawan radikal bebas yang berlebihan. Antioksidan adalah zat yang mampu melindungi sel-sel tubuh. Ada cara mudah untuk menjamin kita mendapat sumber antioksidan yang mencukupi. Sumber antioksidan adalah seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Selenium serta Omega 3 dan 6.
SET ANTIOKSIDAN SHAKLEE

Beberapa manfaat antioksidan untuk kesihatan:
  • Pengambilan sumber antioksidan yang cukup, sangat penting untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan. Antioksidan dipercayai mampu mencegah berbagai jenis kanser. 
  • Antioksidan penting untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh sehingga mencegah tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria 
  • Alasan paling popular mengapa antioksidan disukai ramai adalah kerana adanya manfaat anti-penuaan. 
  •  Antioksidan mencegah proses penuaan sel-sel tubuh sehingga membuat fungsi tubuh tetap terjaga dengan baik.
  • Antioksidan membantu mencegah penyakit jantung dan meminimalkan proses oksidasi kolesterol. 
  • Selain bermanfaat untuk jantung, antioksidan juga efektif mencegah gangguan mata seperti makula dan glaukoma. 
  • Antioksidan membantu memberikan perlindungan terhadap sistem saraf pusat.

Pengambilan vitamin-vitamin antioksidan ini dapat membantu kita kekal sihat dan cergas. Penjagaan awal amat penting untuk mengelak penyakit yang berbahaya.


VITAMIN ACE UNTUK MENYINGKIRKAN RADIKAL BEBAS


Kini kita memerlukan lebih perlindungan antioksidan berbanding dahulu. Pencemaran, pendedahan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.

Shaklee menawarkan suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan.

Kebaikan SET ANTIOKSIDA (ACE) :
  • Menguatkan sistem imun
  • Berasa muda, melambatkan proses penuaan
  • Meningkatkan tahap kesihatan
Set ini mengandungi:
  1.  Corotomax
  2.  Sustained Release Vita-C
  3.   Vita-E Complex 
Set Antioksida Shaklee

Fungsi Carotomax (Vitamin A)

  • Lebih selamat dari Vitamin A
  • Membantu Mempertingkatkan Penglihatan, seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata
  • Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat
  • Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit
  • Melindungi lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari
  • Melawan kanser dan oksidasi, terutamanya kanser paru-paru dan payudara
  • Merangsang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, flu dan selesema
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
  • Merangsang perkembangan Kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut,
  • kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi
  • Menghasilkan sperma yang sihat

Fungsi Vitamin C

  • Membentuk kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
  • Mencantikkan kulit
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolesterols sihat

Fungsi Vitamin E

  • Melindungi jantung
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • Anti-penuaan
  • Anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • Memperbaiki Arthritis
  • Menghalang keguguran
  • Memperbaiki parut

KENALI DAN FAHAMI TENTANG TONSIL

APA ITU TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
 
  • Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
  • Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
  • Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa Itu Radang Tonsil
 
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
 
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
 
Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil
 
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara Gejala Radang Tonsil:-

1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
 
Komplikasi Radang Tonsil
 
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
 
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
 
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
 
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

“Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil

  • Vitamin C
  • Nutriferon (immune booster Shaklee)
VITAMIN C  
Vitamin C dari jenis vitamin larut air ini sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain selain dari memastikan kulit cantik. Antara kepentingannya;
  • Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel badan (dalam air) 
  • Vitamin C menjadi barisan hadapan untuk radikal bebas yang menyerang dalam lemak. Radikal bebas ini didapati daripada asap rokok, asap kenderaan, asap dari persekitaran — bayangkan betapa banyaknya musuh sel kita hari ini!
  • Meningkatkan tindakbalas imun. — orang yang selalu rasa nak demam, sebaiknya meningkatkan pengambilan Vitamin C sama ada dari makanan atau supplemen.
  • Membantu mengurangkan hormon tekanan. Orang-orang yang banyak masalah, susah tidur, risau perlu memeriksa kembali diet harian. Adakah nutrien yang diperlukan tubuh dipenuhi dengan baik. Sekiranya selalu rasa tertekan, maka keperluan vitamin C juga meningkat.

  • Membantu masalah anemia. Anemia atau kekurangan darah (low hb) sering berlaku pada ibu mengandung yang boleh mengancam nyawa ibu dan kandungan. Vitamin C sebenarnya membantu penyerapan zat besi yang menjadi asas kepada pembentukan darah yang sempurna dan sihat. Kegagalan untuk menyerap zat besi dari makanan/supplemen akan menyebabkan anemia. Jadi, pastikan anda mengambil vitamin C secukupnya sekiranya mempunyai masalah ini.
  • Membantu penyembuhan luka. Vitamin C (dan vitamin lain) berfungsi sebagai pasukan penyelamat yang saling membantu untuk memastikan tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Kekurangan salah satu nutrien akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam badan lalu menjadikan tubuh kurang efektif.
  • Membantu meredakan demam/selsema.
  • Paling penting untuk wanita, vitamin C menjadi asas kolagen yang bertindak sebagai ‘gam’ untuk memegang sel-sel bersama. Bayangkan, kulit yang kendur kembali tegang setelah sel-sel ini bersatu dan tinggal berkelompok. Supaya mereka kekal berkelompok, marilah makan vitamin C banyak-banyak. hehehe.
Vitamin C Sustained Release dari Shaklee. Lengkap dengan Bioflavonoid complex untuk serapan dan keberkesan optimum!

NUTRIFERON

Merawat Tonsil Dengan Shaklee


Kerap dijangkiti flu, batuk dan demam? Anda mungkin memerlukan NUTRIFERON. Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.
 
Apa Nutriferon?

Adalah inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai-kedai biasa.

Ia dihasilkan drpd ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
 
Apa gunanya interferon?

1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari.
  • Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.

2. Melindungi dari influenza.

  • Melindungi dengan berkesab drpd virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

3. Meringankan stress dan kelesuan.

4. Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.
 
Siapakah yang perlukan Nutriferon?
1. Mereka yang ingin kekal sihat

2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan

3. Individu yang selalu stress

4. Ibu yang menyusukan anaknya

5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif

6. Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak

7. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)

8. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma
 
Kenapa mesti memilih Nutriferon Shaklee?
 
1. Ia membantu meningkatkan kadar interferon di dalam badan secara semulajadi – Saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada sistem imunisasi yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan yang dihasilkan oleh US oleh Pakar Imunisasi yang menjumpai interferon.

2. Ia dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima, immunilogist dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954. Beliau telah membuat penyelidikan selama 40 tahun bagi mencari sebatian semulajadi untuk merangsang pengeluaran interferon dalam badan kita. Nutriferon Shaklee adalah satu-satunya supllemen perlindungan di US.

3. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. Nutriferon mempunyai MACH, 1 campuran interferon daripada ekstrak tumbuhan yang telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak Japanese Honeysuckl.

4. Di sokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia, Ujian klinikal ini mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di dalam Nutriferon.

5. Formula ekslusif dilindungi oleh 3 paten – Nutriferon disokong oleh 3 paten dan hanya boleh didapati melalui Shaklee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya ekslusif di Shaklee.

6. Ia dibuat menurut sistem piawaian kualiti yang terbaik. Ia telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi & prestasinya. Oleh itu tuan/puan, jika anda seringkali selesema dan demam, nutriferon adalah sgt sesuai utk mencegah sebelum ianya berlarutan. Tambahan jika sering outstation, nutriferon memang sgt berkesan, mudah dibawa dan selamat untuk diambil.

SUPPLEMEN SEMASA RAWATAN KIMOTERAPI UNTUK PESAKIT KANSER


Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat kerana ianya panduan pesakit kanser menjalani rawatan memulihkan kanser. Panduan ini bukan rawatan alternatif kepada rawatan konvesional tetapi adalah pelengkap. Rawatan konvesional adalah sangat penting, tetapi kesan rawatan itu sangat teruk dan ramai meninggal kerana kesannya. Oleh itu disinilah Shaklee membantu pesakit kanser untuk segera pulih dari rawatan kerana tubuh perlukan nutrisi berkualiti untuk pulih.


Dr. Steve Chaney
Kita berada dalam zaman yang maju di mana dunia perubatan telah bertambah maju dan pengetahuan manusia mengenai kanser dan cara memulihkannya juga telah bertambah baik.

Panduan ini diberikan oleh seorang profesor perubatan yang khusus dalam bidang kanser. Berikut adalah panduan dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Bahasa Melayu ada di bawah selepas nota dalam Bahasa inggeris. Sumber - http://www.healthsachoice.com/cancer/nutritional-guidelines-during-cancer-treatments-facts-and-myths/

Garis Panduan Pemakanan Semasa Rawatan Kanser-Fakta dan Mitos

Saya ingin berkongsi nota dari Dr. Steve Chaney yang aktif dalam kajian penyakit kanser di Universiti of North Carolina. Sila baca biografi beliau di bawah. Terdapat banyak kekeliruan mengenai apa yang pesakit kanser perlu lakukan ketika melalui tempoh rawatan kanser. Sesetengah maklumat yang tidak tepat itu sendiri diberikan oleh doktor yang merawat mereka.

Perlu diingatkan kebanyakan doktor mempunyai pengetahuan nutrisi yang sedikit sahaja (kurang 5% dari keseluruhan kursus) dan dalam banyak kes tidak menggalakkan pesakit mengambil supplement tambahan sedangkan ia sangat membantu pesakit dari banyak sudut untuk berjaya melalui rawatan kanser. Jika sesorang perlu menjalani rawatan kanser, adalah penting untuk memaklumkan doktor mengenai apa-apa supplement yang mereka ambil.   

Nota dari syarahan Steve Chaney PhD dan Barbara Lagoni Mengenai Nutrisi Sokongan Semasa Rawatan Kanser

Ini adalah pendapat mereka berdasarkan kajian dan pengalaman dan tidak bermaksud untuk diagnos, mengubat, menyembuhkan, atau mengelak apa-apa penyakit. Kedua mereka usahawan Shaklee yang aktif untuk lebih 25tahun.

Steve Chaney PhD Dr. Chaney memegang Izajah Sains dalam bidang Biokimia dari Duke University dan Ph.D. dalam bidang Biokimia dari UCLA (University of California Los Angeles)

Kini beliau seorang professor di Jabatan Biokimia, Biofizik, dan Jabatan Nutrisi di University of North Carolina dimana beliau mengajar pelajar tahun pertama bidang perubatan dan mengetuai program kajian kanser selama lebih 30 tahun!

Lebih 95 tajuk hasil penulisan Dr. Chaney pernah diterbitkan dalam jurnal saintifik, dan 12 ulasan beserta 2 bab mengenai nutrisi dalam buku peneraju dalam bidang biokimia yang digunakan oleh pelajar bidang perubatan hari ini. Beliau turut dinamakan beberapa kali "Teacher of the year" oleh pelajar perubatan tahun pertama dan kini memegang "Medical Alumni Distinguished Teaching Professorship".

Barb Lagoni merupakan pakar nutrisi yang mempunyai Ijazah dari Cornell dan menyampaikan syarahan di seluruh US mengenai Kesihatan dan Nutrisi.

Sokongan Nutrisi Untuk Kanser

Mitos Mengenai Kanser & Makanan Tambahan  

 Mitos #1 "Vitamin menggalakkan sel kanser
  • Menahan daripada memberikan nutrisi tambahan sama seperti membunuh pesakit untuk menyelamatkannya dari kanser.
  • Satu-satunya cara adalah dengan merencatkan sel kanser dengan menahan glukosa (karbohidrat) dan memastikan tubuh sentiasa alkali.
  • Sel normal menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak untuk tenaga.
  • Sel kanser HANYA menggunakan glukosa (karbohidrat) dan memerlukan keadaan berasid untuk memetabolismakan glukosa tersebut.

STRATEGI MELAWAN KANSER YANG TEPAT

  • Memastikan paras gula dalam darah rendah
  • Memastikan darah bersifat alkali (Alfalfa Shaklee dan sayur-sayuran)
  • Gula, daging, dan produk tenusu membuatkan darah bersifat asid
Mitos #2 "Vitamin mengganggu ubat kimo"
  • Tiada kajian klinikal yang berkualiti pernah membuktikan nutrisi tambahan mengganggu proses terapi kimo.
  • Sebagai langkah berjaga-jaga, hentikan pengambilan supplement antioksida 2 hari sebelum kimo dan 2 hari selepas kimo. (Hanya antioksidan, supplement lain boleh diteruskan pengambilan)
  • Ubat kimo dicipta untuk keluar meninggalkan badan secepat mungkin setelah memusnahkan sel.
  • Tempoh sementara antara rawatan kimo diperlukan untuk sel normal pulih.

Kesan Sampingan Terapi Kimo

  • Terapi kimo akan memusnahkan sel tubuh yang berkembang tanpa memilih.
  • Memberi kesan terhadap rambut, permukaan saluran penghadaman, dan sum-sum tulang.
  • Menyebabkan penyakit kulit dan kudis di dalam mulut
  • Kesan sampingan terhadap sistem penghadaman adalah loya, muntah, dan kehilangan air.
  • Kimo menyebabkan kerosakan otak-"otak kimo"
  • Sesetengah ubat memberi kesan buruk terhadap darah, merosakkan platelet, neurotrofil, dan limfosit. Kesemuanya penting untuk sistem imun.
Produk Untuk Menangani Isu Pencernaan

  • Untuk loya - Stomach Soothing Complex (Peppermint Ginger Plus - Malaysia)
  • Terhidrasi - Performance Drink
  • Optiflora (USA) untuk mengembalikan probiotik yang penting
  • EZ Gest (USA) membekalkan kesemua enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan lemak, protein, karbohidrat, dan lain-lain jika diperlukan.
Kebimbangan Terbesar..Kerosakan Sum-Sum Tulang
  • Sum-sum tulang adalah simpanan sel stem untuk untuk kesemua sel darah (sel stem adalah sel yang boleh menjadi kesemua jenis sel)
  • Platelet (untuk pembekuan / henti luka), neutrofil & limfosit (sel-sel putih)
  • Sel darah mempunyai jangka hayat dari beberapa minggu kepada beberapa bulan, jadi ia perlu sentiasa diganti.
  • Penukaran sel stem kepada sel darah memerlukan pembahagian sel, oleh itu, ubat kimo yang pelbagai berpotensi merosakkan sel stem.
  • Ini punca mengapa jumlah darah sering menurun bila menggunakan ubat kimo.
  • Adalah sangat kritikal untuk memberi nutrisi yang diperlukan sum-sum tulang untuk menggantikan sel darah putih dan platelet darah.
  • Protein (ESP) - Kritikal untuk memastikan paras kalori dan protein mencukupi
  • Vitaliser (USA) - Membekalkan sum-sum tulang yang sihat dengan Vita-C, Vita-E, Zinc, B-Complex, Caratomax, dan Vita-lea
  • Nutriferon - merangsang pengeluaran interferon - yang mana menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan lebih banyak sel imun. (ini sangat kritikal)
Bagaimana Dengan Sel Darah Merah
  • Sel darah merah kurang terkesan berbanding sel darah putih dan platelet, tetapi anemia juga adalah satu masalah
  • B-Complex - sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • Zat Besi dan Vita-C - kadangkala diperlukan
  • Tetapi situasi yang paling mengancam nyawa berlaku bila sistem imun menjadi lemah disebabkan kehilangan sel darah putih.
  • Pesakit boleh kalah kepada jangkitan daripada kulat, bakteria, yis, dan lain-lain.
  • Ataupun mengalami pendarahan dalaman atau stroke kesan daripada kehilangan platlet.
  • Sistem imun sangat kritikal dalam melawan sel kanser.
Pengambilan Lemak Jahat Boleh Menjadi Punca Kanser
  • Kurangkan lemak tidak baik - banyakkan lemak baik.
  • Eicosenoid adalah bahan seakan hormon yang mengawal tumbesaran sel.
  • Eicosenoid tidak baik datang dari lemak tidak baik iaitu lemak omega-6, lemak tepu dan lemak trans - lemak ini dijumpai dalam makan bergoreng, makanan seperti kerepek, snek rangup. keropok, makanan dipanggang yang diperbuat dengan minyak sayuran seperti minyak saf, minyak jagung, minyak bunga matahari dll, makanan berproses (makanan dengan bahan pengawet), kuah salad, lembu / kambing / ayam yang diberi jagung untuk menggemukkan mereka.
  • Eicosenoid baik datang dari lemak baik omega-3 dari sumber ikan laut dalam - Omega Guard
  • Lemak Asid Omega-3 : Omega Guard
  • Lemak asid omega-3 tambahan - untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser.
  • Lemak asid omega-3 : menghasilkan eicosenoid "baik" yang merencat perkembangan kanser
  • Lemak asid omega-6 : menghasilkan eicosenoid "tak baik" yang meransang perkembangan kanser
  • Lemak tepu dan lemak trans juga mungkin merangsang perkembangan sel kanser
Kawal Gula Dan Karbohidrat
  • Sel kanser hanya bergantung kepada glukosa untuk berkembang
  • Sel kanser berkembang aktif dalam keadaan berasid
  • Oleh itu pastikan gula dalam darah sentiasa rendah. ( Tak boleh gula pasir, makanan ringan berkanji )
  • Makan protein tanpa lemak / kulit dan sayur-sayuran
  • Alkalikan badan dengan Alfalfa dan sayur-sayuran
Detoks Darah Dan Hati
  • Ubat terapi kimo adalah beracun
  • Ia direka untuk menyerang sararannya dan kemudian meninggalkan badan dalam tempoh beberapa hari.
  • Bantu detox / cuci hati dengan DTX Complex
 Tujuan Terapi Kimo

  • Keberkesanan terapi kimo berkadar terus dengan jumlah rawatan yang boleh diberikan untuk membasmi sel kanser.
  • Jika pesakit menjadi terlalu lemah, jika jumlah sel darah putih terlalu rendah, rawatan mesti dihentikan.
  • Matlamatnya adalah untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan kuat sebolehnya semasa rawatan supaya jumlah terapi kimo yang maksimum boleh dilakukan.
  • Kerana itu amat penting untuk menguatkan sel normal diantara rawatan terapi kimo.
Apa Sel Normal Perlukan Untuk Pulih Selepas Rawatan Terapi Kimo

  • Nutrisi yang diperlukan sel normal - Vita-Lea
  • Baikpulih sel normal yang rosak - Vivix dan Protein ESP
  • Cinch / Energizing Soy / Meal Shakes - Tidak kisah yang mana anda guna atau suka, adalah sangat penting untuk memastikan paras protein dan kalori sentiasa tinggi.
  • Nutrisi untuk imunisasi - Nutriferon, Vitalea, Carotomax (Previtamin A, mengawal pengembangan sel)
  • Nutrisi Tambahan
  • Defend and Resist Echinacea (USA sahaja)
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun.
Terapi Radiasi
  • Biasanya diberi setiap hari
  • Elakkan supplement antioksidan supaya ia tidak melindungi sel kanser dari terapi radiasi (Vitamin C, E, Carotomax - caretanoid, flavonoid, Vivix, Cinch (Shake dan Tea), Meal Shakes, Vita-lea, kerana terdapat antioksidan )
  • Tetapi ambil supplement yang bukan antioksidan seperti Nutriferon, B-Complex, ESP, Zinc, Optiflora (USA)
Untuk Disemak - Pelajaran "Bawa ke Rumah"
  • Tiada kajian klinikal menunjukkan samada supplement mengganggu terapi kimo
  • Kerana ketidakpastian tersebut maka langkah berjaga-jaga adalah tindakan bijak ketika ubat kimo sedang berada dalam tubuh badan. Jadi kita menghentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas terapi kimo, kerana ubat kimo akan meninggalkan badan dalam tempoh 24-48 jam.
  • Kemudian supplement tersebut boleh diambil semula terutama Vivix untuk membantu sel normal pulih semula diantaraa kitaran rawatan kimo agar lebih banyak terapi kimo boleh diberikan. 
Kajian Klinikal Membuktikan Supplement Boleh Meningkatkan Kualiti Kesihatan Semasa Terapi Kimo 

Untuk Disemak - Ketika Terapi Kimo

  • Hentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas kimo.
  • Antioksidan seperti Vitamin C, E, Carotomax, Flavomax, Vitalea, Cinch, Meal Shakes, Vivix.
  • Teruskan pengambilan Nutriferon, Optiflora, B-Complex, ESP, dan Zinc Complex
  • Vitamin B tidak digalakkan ketika mengambil methotrexate dan dadah berkaitan - bincang dengan doktor
  • Antioksidan hendaklah dielakkan ketika rawatan radiasi
Pandangan Professor

Terapi kimo adalah "masa terbaik dan masa paling teruk"
  • Masa terbaik kerana ia menawarkan penyembuhan ajaib
  • Masa paling teruk kerana ia mengenakan kesan teruk pada sel normal dalam tubuh kita. 
Langkah berhemah untuk menyokong sel normal kita sambil meminimumkan gangguan terhadap rawatan terapi kimo memungkinkan:
  • Meminimumkan kesan sampingan dan meningkatkan kualiti kesihatan serta hidup
  • memaksimumkan jumlah terapi kimo yang boleh diberikan

TESTIMONI PESAKIT KANSER USUS KEMBALI SIHAT DENGAN SHAKLEE


Kanser usus merupakan pembunuh nombor tiga di kalangan wanita,selepas kanser payudara dan serviks. Sangat menakutkan apabila jumlah pesakit semakin bertambah dari tahun ke tahun

Saya ingin kongsikan dengan anda , testimoni yang saya petik dari Live Changing Cancer Short Stories mengenai Bill iaitu penyakit kanser usus yang diaturkan oleh doktor untuk menjalani 3 jenis rawatan kimoterapi kembali pulih dengan pengambilan makanan tambahan dari produk Shaklee secara berterusan dan konsisten

Jom kita baca pengalaman beliau dan telah saya terjemahkan kedalam bahasa malaysia untuk mudahkan pembacaan anda :)


" Saya telah mengambil suplemen Shaklee selama 10 tahun dan telah sentiasa beranggapan produk Shaklee dapat memelihara kesihatan saya. Tapi pada tahun 2010, Bill mula kehilangan berat badan dan pergi dari 221 pound ke 151 pound dalam tempoh masa yang singkat.

Selepas doktor mencadangkan Bill melalukan pemeriksaan kolonoskopi, kanser telah dikesan dan dijumpai. Bukan sahaja di dalam usus, tetapi ia telah merebak ke hati beliau. Dia tidak boleh dan tidak mahu makan sebelum atau selepas pembedahan usus . Ahli onkologi meletakkan beliau untuk menjalani 3 jenis kemoterapi. Dengan tiada selera dan memasukkan ubat ubatan ke dalam badannya setiap hari, saya tahu dia tidak boleh hidup dengan cara ini. Satu-satunya perkara yang dia akan ambil adalah protein soya (ESP) segera dengan ais krim.

Sebaik sahaja dia dapat mengambil makanan tambahan, dia telah mengambil Nutriferon. Saya merasakan sel yang baik diperlukan untuk meningkatkan kesihatan dan membina semula sel-sel baru. Kami telah menambahkan lebih banyak makanan tambahan apabila nafsu makannya kembali baik. Pakar onkologi beliau tidak membantah pengambilan makanan tambahan Shaklee. Tiga bulan selepas pembedahan usus, Bill kembali bekerja sebagai pemandu bas, bukan sahaja dia memandu pagi dan petang, tetapi 8 jam sehari.

Terima kasih kepada Shaklee, kita boleh mencampurkan program perubatan dengan makanan tambahan . Kebanyakan orang tidak akan mempertimbangkan pengambilan vitamin semasa kemoterapi. Mereka menunggu sehingga mereka selesai dengan rawatan sebelum mereka mula cuba untuk membina semula badan mereka.

Kami telah menambah Vivix, DTX Complex, Vitalea, Vitamn E, Vitamin C dan B Complex. Setiap kali ujian darah dilakukan , ia menunjukkan bilangan tumor seperti semakin menurun. Dengan banyak doa dan Shaklee, Bill bertambah baik setiap hari, dan kami mempunyai hari yang indah dan bersyukur bersama-sama. " - Bill 



BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT KANSER


  • Vivix - Berperanan memperbaiki sel sihat dan merencat sel kanser, mempercepatkan proses penyembuhan
  • Vitalea - Mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Sustained Release Vita C - Dos vitamin C yang lebih tinggi membantu mempercepatkan proses pemulihan
  • B-Complex - Sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • DTX Complex - Detoks hati dari ubat kimo yang beracun
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun
  • Vitamin E - melepaskan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kanser

Shaklee memperkenalkan Vivix Shaklee (Produk utama anti kanser) yang kaya dengan resveretrol, mempunyai rangkaian produk yang boleh digunakan sebagai oleh pesakit kanser sama ada belum menjalani rawatan, sedang menjalani rawatan, mahupun selepas menjalani rawatan terapi kimo.

SET MENYUSU SHAKLEE UNTUK BAYI G6PD

Set Eu Four Pack merupakan set alternatif kepada set asas yang kami tawarkan untuk ibu yang ingin cergas, cantik, dan bertenaga dalam menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Set Eu Four Pack ialah untuk ibu yang alah kepada Alfalfa atau tidak menggemari susu. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Set Eu Four Pack mengandungi Vitalea, B-Complex, SR Vita-C, dan Ostematrix 
 
 
Fungsi Setiap vitamin dalam membantu ibu menyusu:

Vitalea (Multivitamin lebih baik dari Obimin): 
 
♦ Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang dipatenkan untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid yang sangat diperlukan.
♦ Membantu meningkatkan hemoglobin (Hb) ke paras normal (>11) semasa hamil bagi ibu yang mempunyai masalah darah rendah.
 
 Sustained Released Vita C Plus: 

♦ Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
♦ Vitamin C diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan anda. Ia digunakan untuk:
  1. Membentuk protin penting yang digunakan untuk membuat kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah.
  2. Menyembuhkan luka dan parut mengandung.
  3. Membaiki dan mengekalkan ketahanan rawan, tulang, dan gigi.
♦ Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Sebiji SR Vita-C dengan rasa oren dapat menyediakan vitamin C setara 7 buah oren. Ia ideal bagi ibu yang ingin kelihatan cantik kulitnya selepas bersalin.

Vitamin B complex: 

♦ Membantu mengekalkan sistem saraf yang baik kepada bayi
♦ Penting dalam penghasilan hormon, sel darah merah dan penghasilan tenaga oleh sel badan.
♦ Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi DNA yang sihat
♦ Meningkatkan fungsi otak dan mampu membantu mengurangkan tekanan.

Ostematrix

♦ Kandungan susu ibu sendiri dihasilkan oleh sekurang- kurangnya 40% kalsium ibu.
♦ Kalsium amat diperlukan bagi pembesaran dan pertumbuhan tulang serta gigi bayi yang sihat.
♦ Ibu perlu 1000mg hingga 1300mg Kalsium sehari bersamaan 5 gelas susu. Sebiji Ostematrix 5x kali lebih baik dari segelas susu.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.