Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label PHYTOCOL. Show all posts
Showing posts with label PHYTOCOL. Show all posts

FAKTA TENTANG KOLESTEROL YANG PERLU ANDA TAHU


Ramai yang memandang rendah akan kepentingan mengawal paras kolesterol di dalam darah. Ada juga yang fikir bahawa paras kolesterol yang tinggi selalunya dihadapi oleh orang-orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan sahaja. Ternyata pandangan ini salah kerana orang yang kurus juga mempunyai risiko mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Pakar kesihatan mencadangkan agar lelaki yang berumur 35 tahun dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa paras kolesterol di dalam darah.


APAKAH KOLESTEROL?

Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang dihasilkan daripada hati. Sebahagian kolesterol juga berasal daripada makanan yang tinggi kolesterol yang anda makan. Lebih banyak lemak yang dimakan, lebih tinggi kadar kolesterol yang dihasilkan oleh hati. 

Kolesterol membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein.

Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan terlalu banyak makanan berlemak, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, di mana lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah. 




JENIS-JENIS KOLESTEROL

Terdapat tiga jenis kolesterol iaitu:

1. VLDL (very low-density lipoprotein)
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

2. LDL (low-density lipoprotein)
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

3. HDL (high-density lipoprotein)
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.



BAGAIMANA KOLESTEROL BERFUNGSI?

Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi. Maklumat yang lebih terperinci mengenai pergerakan kolesterol adalah seperti berikut:

1. Lemak dihantar ke organ hati 
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan. 

2. Hati memasukkan lemak ke dalam VLDLs 
VLDLs berjalan sepanjang salur darah untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs, tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah. 

3. Sebahagian LDLs terperangkap 
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil. 

4. HDLs menyelamatkan LDLs 
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan. 

5. Jika anda makan banyak lemak 
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

Oleh itu, adalah amat penting untuk sentiasa mengawal paras kolesterol di dalam badan. Kolesterol memang diperlukan di dalam badan, namun terlalu banyak kolesterol di dalam salur darah boleh membawa kesan seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok dan banyak lagi penyakit yang kronik.

TIPS UNTUK MENGAWAL PARAS KOLESTEROL
  • Memastikan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
  • Bersenam secara konsisten.
  • Berhenti merokok.
  • Mengurangkan berat badan berlebihan.
  • Melakukan pemeriksaan kolesterol secara berjadual.

Shaklee telah mengeluarkan suatu supplemen yang khas untuk mengawal paras kolesterol di dalam badan iaitu Phytocol-ST.



KEBAIKAN PHYTOCOAL-ST
  • Phytocol-ST menurunkan paras kolesterol di dalam darah secara semulajadi.
  • Phytocol-ST membantu menghalang pengenapan kolesterol di dinding salur darah.
  • Phytocol-ST menurunkan kolesterol LDL.

ALTERNATIF UNTUK SAKIT JANTUNG


Heart Attack 
Kesihatan adalah anugerah terindah. Apa gunanya berduit banyak tapi tidak sihat kan? Benar, kesihatan salah satu nikmat Allah yang paling berharga. 

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi apa yang penting rawat sebelum parah. 
 
SET KESIHATAN JANTUNG
 
Set Kesihatan Jantung yang merangkumi Phytocol-ST, CoQ Health, Omega Guard dan Vivix.

Set Kesihatan Jantung
 
Bagaimana setiap supplement itu berfungsi dalam merawat sakit jantung?

1. Phytocol-ST – Mencegah sakit jantung
Menghalang kolesterol dari makanan harian dari memasuki salur darah.
Bila kolesterol tidak boleh memasuki salur darah, risiko salur tersumbat adalah rendah dan risiko sakit jantung juga rendah.

2. Omega Guard – Menurunkan risiko sakit jantung
Menurunkan paras LDL (kolesterol jahat punca utama sakit jantung) dalam darah dengan cara meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) secara semula jadi.
Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen dan pembekal HDL terbaik untuk atasi sakit jantung

3. CoQ Health – Menguatkan jantung
CoQ Health bekalkan enzim CoQ yang amat diperlukan oleh jantung untuk bekerja.
Tanpa enzim CoQ yang cukup, jantung jadi lemah dan mudah kena sakit jantung

4. Vivix – Melindungi jantung
Melindungi sel jantung dari penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah untuk fungsi jantung yang sihat dan elak sakit jantung.
Satu-satunya produk kesihatan di pasaran yang membetulkan terus DNA dalam sel badan

Apa yang pasti, sakit jantung bukan lagi masalah orang tua sahaja. Orang muda juga boleh kena. Seperti arwah rakan yang meninggal dunia awal tahun dahulu kerana sakit jantung mengejut walaupun umur baru 26 tahun dan sangat aktif bersukan.

Jantung organ paling penting dalam badan kita. Umpama bateri bagi badan kita. Mati bateri maka putuslah hayat. Maka lindungilah jantung. Dan jika ibu bapa kita ada yang menghidap sakit jantung atau masalah berkaitan jantung, hadiahkan mereka Set Kesihatan Jantung ini. Bukan pilihan tapi itu adalah tanggungjawab kita untuk menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita dulu. Bertindak sebelum terlambat.

Kos untuk Set Kesihatan Jantung? Tidak sampai pun RM400 sebulan. Rasa mahal?? Tapi tahukah anda kos untuk ‘angioplasty’ di Malaysia boleh mencecah RM25,000 dan kos untuk ‘bypass’ jantung boleh mencecah RM50,000. Dan itu mungkin belum masuk kos follow up. Pekerja kerajaan dan pesara? Memang free atau subsidi besar. Atau ada insuran yang tanggung boleh dapat free. Betul. Tapi bagaimana dengan kos emosi pesakit dan keluarga terdekat? Dan mahukah anda menjalani banyak kali pembedahan hanya kerana tidak mahu mencegah?

Mencegah lebih baik dari mengubati. Tapi rawat sebelum parah. Kesihatan adalah anugerah terindah. Peliharalah anugerah Allah sebaiknya. Jika ibu bapa yang terkena, ini adalah tanggungjawab kita kepada mereka.
 
 
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KURANGKAN KOLESTROL TINGGI DENGAN PHYTOCOAL


Tanda-tanda kolestrol tinggi


Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu

Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU?



Apakah Phytocol ST Shaklee?
Phyto Col-ST adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000 mg Fitosterol setiap har.

Apa itu Fitosterol?
Fitosterol(dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan)ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan.Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan,buah-buahan,sayur-sayuran dan bijirin.Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50 mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambi PhytoCol-ST?
Untuk hasil yang terbaik ambil produk yang disyorkan 2 tablet 2 kali sehari dengan makanan.

Bolehkah saya menganbil PhytoCol-ST Shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?
Ya boleh..Anda juga boleh mengambil CoQ Health yang boleh mengoptimumkan manfaat PhytoCol-ST Shaklee.

Adakah ia sesuai untuk mereka yang berkolesterol tinggi sahaja?
PhytoCol-ST dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh.Oleh itu ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

PhytoCol bebas Gluten

Bagaimana Fitosterol bertindak 



Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

JAGA KESIHATAN JANTUNG DI BULAN PUASA


Banyak persiapan hari raya dah bermula sejak sebelum bulan puasa lagi. Kemeriahan persiapan raya tak pernah berkurang kan, tahun demi tahun. Kadang- kadang kita plan nak simple- simple saja, tiba- tiba hujung- hujung pulun shopping segala top to toe! Hahaha predictable sangat. Alhamdulillah, jangan lupa berkongsi juga rezeki yang banyak tu yer :)

Supplement yang sesuai untuk keperluan badan yang berpuasa. Yang paling menarik pada pendapat saya ialah keperluan CoQ Health Plus dan Omega Guard, yang wajib diambil setiap hari.

Saya tak pernah alami masalah lethargic atau kepenatan melampau ketika berpuasa. Lembik sebab dahaga tu memang biasa la, terutama tahun lepas semasa menyusukan Adam dalam bulan puasa. Kalau waktu bekerja pula, lepas mengepam di ofis, memang la kering tekak. Tapi masih boleh berfungsi macam biasa. Lagi pulak, sejak amalkan Vitalea, memang kurang kepala pening selepas mengepam. Dan saya memang suka sangat dengan Performance Drink, minum semasa sahur, tidaklah badan jadi terlalu kering akibat kehilangan cecair sepanjang hari.

Berbalik kepada CoQ Health Plus ini, ianya bagus untuk beri tenaga, ibaratkan seperti spark plug untuk menggerakan tenaga ke seluruh badan. Tapi yang saya perhatikan, sebenarnya priority kita sekarang ni ialah untuk menjaga kesihatan jantung, dan CoQ Health Plus adalah pilihan terbaik untuk tujuan tersebut. Ia menguatkan otot jantung, membantu darah dipam dengan baik ke seluruh tubuh, lalu mengelakkan keletihan melampau.
COQ Health Shaklee Untuk Jantung

Dan lihat pula gaya hidup kita sepanjang Ramadhan, mana yang sesekali bersenam, haruslah langsung berhenti. Mana yang memang tak bersenam, lepas berbuka, terlentang kekenyangan. Itu belum tengok lagi juadah berbuka kita. Tengok je la juadah pasar Ramadhan cukup ler nak tau sihat ke tidak. Sebab tu lah saya telah mula konsisten dengan Omega Guard sejak 2 minggu lepas, nak belajar buat rutin, kena start sebelum bulan puasa lagi. Saya ambil Omega Guard selepas dinner, nak bantu badan, meningkatkan kolestrol baik (HDL), supaya dapat menyingkirkan kolestrol jahat (LDL). Sejak dulu Omega Guard ni popular sebagai supplement untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan berlebihan, kurang boroi dan lain- lain. Tapi bagi saya, kesihatan salur darah tu yang buat saya tak mahu lagi meninggalkan Omega Guard sebagai rutin selepas makan.

Omega Guard Shaklee Untuk Jantung

Dan bulan lepas, paling best bila Shaklee mempekenalkan produk baru iaitu Phytocol-ST, khas untuk halang kolestrol daripada makanan masuk ke dalam salur darah. Nah, cantik sangat lah, lepas je minum dan makan kurma semasa berbuka, boleh telan Phytocol-ST sebelum menikmati hidangan lain. Tapi hari ini saya bersahur di rumah Mak di kampung, fuh bersahur pun lumayan hahaha! Ayam masak rendang ok, berlemak berminyak, sedap gila! Jadi saya telah Phytocol-ST juga subuh tadi hahaha! Janji kita ada usaha mencegah kan?
Phytocol untuk jantung

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE
 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.