Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label PERFORMANCE DRINK. Show all posts
Showing posts with label PERFORMANCE DRINK. Show all posts

SET BERPUASA SHAKLEE UNTUK KESIHATAN & KECERGASAN SEPANJANG RAMADHAN


APA YANG ADA DALAMSET BERPUASA SHAKLEE ?


Set puasa Shaklee kebiasaannya merujuk kepada Mighty Gem Set yang terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink sahaja. Tetapi kali ini set puasa Shaklee adalah terdiri daripada: 

1. ESP

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini dalam set puasa Shaklee adalah:
  • Bantu kekal bertenaga sepanjang hari
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
  • Setiap hidangan ESP adalah rendah GI di mana membantu memberikan tenaga disamping kenyang lebih lama.
  • Sumber protein yang baik juga akan membantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.
  • Gabungan kalsium dan protien di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan ramadhan. 

2. Mealshake

Mealshake berperisa vanilla yang pasti memikat rasa!
  • Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.
  • Kaya dengan kalsium, dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit apabila berpuasa.
  • Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

3. Performance Drink


Performance Drink adalah umusan ekslusif Opticarb memberikan kita karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.

  • Rasa oren yang menyegarkan!
  • Bantu mengelakkan dehidrasi
  • Mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
  • Jika diminum selepas berbuka Performance Drink membantu anda untuk menambah semula tenaga dan mudahlah untuk menunaikan terawih.
Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur dan sewaktu sahur. 

4. Lecithin


Lecithin mengandungi sumber semulajadi daripada kacang soya dimana setiap kapsul mengandungi:
  • 520mg lecithin soya
  • 80mg kolina
  • 48mg inositol.
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tidak tepu. Lecithin membantu membakar lemak di sepanjang tempoh berpuasa

Bagaimana Lecithin membantu kita berpuasa?

Kolina sangat penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Ini bermakna selain membantu membakar lemak dan kolestrol dalam badan, Lecithin membantu otak berfungsi dengan cerdas.

Selain mempunyai banyak fungsi lain, bagi orang berpuasa, Lecithin dapat:
  • Membakar lemak dan kolestrol
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
  • Meringankan sembelit – melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI?

 

APA ITU DENGGI ?

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu empat hingga lima hari pada tahap awal penyakit.
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI


1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti . Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

RAWATAN UNTUK DEMAM DENGGI

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

KESAN KEPADA PESAKIT SEKIRANYA TIDAK MENDAPATKAN RAWATAN


Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

CADANGAN SET DENGGI SHAKLEE

Selain itu, vitamin juga mampu membantu mengurangkan symptom dan radang akibat denggi. Vitamin Shaklee membantu meningkatkan tahap imunisasi bagi melawan jangkitan virus, mengembalikan isotonic dalam badan dan memulihkan kembali sel-sel yang musnah akibat serangan denggi. Saya sangat ‘highly-recommend’ untuk anda mencuba pengambilan supplemen untuk kembali sembuh: Vivix Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA Performance drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Nutriferon Pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit. Read more http://www.healthyvitagarden.com/petua-merawat-penyakit-denggi-secara-semulajadi/

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Selain itu, vitamin juga mampu membantu mengurangkan symptom dan radang akibat denggi. Vitamin Shaklee membantu meningkatkan tahap imunisasi bagi melawan jangkitan virus, mengembalikan isotonic dalam badan dan memulihkan kembali sel-sel yang musnah akibat serangan denggi. Saya sangat ‘highly-recommend’ untuk anda mencuba pengambilan supplemen untuk kembali sembuh:

Vivix
  • Menggalakkan kesihatan keseluruhan
  • Meningkatkan tahap imunisasi
  • Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA

Performance drink.
  • Membantu menstabilkan cecair dalam badan.
  • Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Mencegah penyah-hidratan

Nutriferon
  • Pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.
  • Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.
  • Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Selain itu, vitamin juga mampu membantu mengurangkan symptom dan radang akibat denggi. Vitamin Shaklee membantu meningkatkan tahap imunisasi bagi melawan jangkitan virus, mengembalikan isotonic dalam badan dan memulihkan kembali sel-sel yang musnah akibat serangan denggi. Saya sangat ‘highly-recommend’ untuk anda mencuba pengambilan supplemen untuk kembali sembuh: Vivix Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA Performance drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Nutriferon Pengambilan Nutriferon juga adalah penting kerana Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit. Read more http://www.healthyvitagarden.com/petua-merawat-penyakit-denggi-secara-semulajadi/

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
So kalau anda sedang mempunyai masalah denggi boleh cuba set denggi Shaklee ni. Yang penting adalah usaha yang tepat untuk masalah kita. Kita hanya berusaha Allah yang mengurniakan penyembuhan. Andaikata penyakit tu mengancam nyawa, seeloknya cuba rawatan yang boleh dipercayai kan..jangan kerana ingin berjimat wang kita menyesal kemudian hari. 

SUPPLEMEN SEMASA RAWATAN KIMOTERAPI UNTUK PESAKIT KANSER


Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat kerana ianya panduan pesakit kanser menjalani rawatan memulihkan kanser. Panduan ini bukan rawatan alternatif kepada rawatan konvesional tetapi adalah pelengkap. Rawatan konvesional adalah sangat penting, tetapi kesan rawatan itu sangat teruk dan ramai meninggal kerana kesannya. Oleh itu disinilah Shaklee membantu pesakit kanser untuk segera pulih dari rawatan kerana tubuh perlukan nutrisi berkualiti untuk pulih.


Dr. Steve Chaney
Kita berada dalam zaman yang maju di mana dunia perubatan telah bertambah maju dan pengetahuan manusia mengenai kanser dan cara memulihkannya juga telah bertambah baik.

Panduan ini diberikan oleh seorang profesor perubatan yang khusus dalam bidang kanser. Berikut adalah panduan dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Bahasa Melayu ada di bawah selepas nota dalam Bahasa inggeris. Sumber - http://www.healthsachoice.com/cancer/nutritional-guidelines-during-cancer-treatments-facts-and-myths/

Garis Panduan Pemakanan Semasa Rawatan Kanser-Fakta dan Mitos

Saya ingin berkongsi nota dari Dr. Steve Chaney yang aktif dalam kajian penyakit kanser di Universiti of North Carolina. Sila baca biografi beliau di bawah. Terdapat banyak kekeliruan mengenai apa yang pesakit kanser perlu lakukan ketika melalui tempoh rawatan kanser. Sesetengah maklumat yang tidak tepat itu sendiri diberikan oleh doktor yang merawat mereka.

Perlu diingatkan kebanyakan doktor mempunyai pengetahuan nutrisi yang sedikit sahaja (kurang 5% dari keseluruhan kursus) dan dalam banyak kes tidak menggalakkan pesakit mengambil supplement tambahan sedangkan ia sangat membantu pesakit dari banyak sudut untuk berjaya melalui rawatan kanser. Jika sesorang perlu menjalani rawatan kanser, adalah penting untuk memaklumkan doktor mengenai apa-apa supplement yang mereka ambil.   

Nota dari syarahan Steve Chaney PhD dan Barbara Lagoni Mengenai Nutrisi Sokongan Semasa Rawatan Kanser

Ini adalah pendapat mereka berdasarkan kajian dan pengalaman dan tidak bermaksud untuk diagnos, mengubat, menyembuhkan, atau mengelak apa-apa penyakit. Kedua mereka usahawan Shaklee yang aktif untuk lebih 25tahun.

Steve Chaney PhD Dr. Chaney memegang Izajah Sains dalam bidang Biokimia dari Duke University dan Ph.D. dalam bidang Biokimia dari UCLA (University of California Los Angeles)

Kini beliau seorang professor di Jabatan Biokimia, Biofizik, dan Jabatan Nutrisi di University of North Carolina dimana beliau mengajar pelajar tahun pertama bidang perubatan dan mengetuai program kajian kanser selama lebih 30 tahun!

Lebih 95 tajuk hasil penulisan Dr. Chaney pernah diterbitkan dalam jurnal saintifik, dan 12 ulasan beserta 2 bab mengenai nutrisi dalam buku peneraju dalam bidang biokimia yang digunakan oleh pelajar bidang perubatan hari ini. Beliau turut dinamakan beberapa kali "Teacher of the year" oleh pelajar perubatan tahun pertama dan kini memegang "Medical Alumni Distinguished Teaching Professorship".

Barb Lagoni merupakan pakar nutrisi yang mempunyai Ijazah dari Cornell dan menyampaikan syarahan di seluruh US mengenai Kesihatan dan Nutrisi.

Sokongan Nutrisi Untuk Kanser

Mitos Mengenai Kanser & Makanan Tambahan  

 Mitos #1 "Vitamin menggalakkan sel kanser
  • Menahan daripada memberikan nutrisi tambahan sama seperti membunuh pesakit untuk menyelamatkannya dari kanser.
  • Satu-satunya cara adalah dengan merencatkan sel kanser dengan menahan glukosa (karbohidrat) dan memastikan tubuh sentiasa alkali.
  • Sel normal menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak untuk tenaga.
  • Sel kanser HANYA menggunakan glukosa (karbohidrat) dan memerlukan keadaan berasid untuk memetabolismakan glukosa tersebut.

STRATEGI MELAWAN KANSER YANG TEPAT

  • Memastikan paras gula dalam darah rendah
  • Memastikan darah bersifat alkali (Alfalfa Shaklee dan sayur-sayuran)
  • Gula, daging, dan produk tenusu membuatkan darah bersifat asid
Mitos #2 "Vitamin mengganggu ubat kimo"
  • Tiada kajian klinikal yang berkualiti pernah membuktikan nutrisi tambahan mengganggu proses terapi kimo.
  • Sebagai langkah berjaga-jaga, hentikan pengambilan supplement antioksida 2 hari sebelum kimo dan 2 hari selepas kimo. (Hanya antioksidan, supplement lain boleh diteruskan pengambilan)
  • Ubat kimo dicipta untuk keluar meninggalkan badan secepat mungkin setelah memusnahkan sel.
  • Tempoh sementara antara rawatan kimo diperlukan untuk sel normal pulih.

Kesan Sampingan Terapi Kimo

  • Terapi kimo akan memusnahkan sel tubuh yang berkembang tanpa memilih.
  • Memberi kesan terhadap rambut, permukaan saluran penghadaman, dan sum-sum tulang.
  • Menyebabkan penyakit kulit dan kudis di dalam mulut
  • Kesan sampingan terhadap sistem penghadaman adalah loya, muntah, dan kehilangan air.
  • Kimo menyebabkan kerosakan otak-"otak kimo"
  • Sesetengah ubat memberi kesan buruk terhadap darah, merosakkan platelet, neurotrofil, dan limfosit. Kesemuanya penting untuk sistem imun.
Produk Untuk Menangani Isu Pencernaan

  • Untuk loya - Stomach Soothing Complex (Peppermint Ginger Plus - Malaysia)
  • Terhidrasi - Performance Drink
  • Optiflora (USA) untuk mengembalikan probiotik yang penting
  • EZ Gest (USA) membekalkan kesemua enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan lemak, protein, karbohidrat, dan lain-lain jika diperlukan.
Kebimbangan Terbesar..Kerosakan Sum-Sum Tulang
  • Sum-sum tulang adalah simpanan sel stem untuk untuk kesemua sel darah (sel stem adalah sel yang boleh menjadi kesemua jenis sel)
  • Platelet (untuk pembekuan / henti luka), neutrofil & limfosit (sel-sel putih)
  • Sel darah mempunyai jangka hayat dari beberapa minggu kepada beberapa bulan, jadi ia perlu sentiasa diganti.
  • Penukaran sel stem kepada sel darah memerlukan pembahagian sel, oleh itu, ubat kimo yang pelbagai berpotensi merosakkan sel stem.
  • Ini punca mengapa jumlah darah sering menurun bila menggunakan ubat kimo.
  • Adalah sangat kritikal untuk memberi nutrisi yang diperlukan sum-sum tulang untuk menggantikan sel darah putih dan platelet darah.
  • Protein (ESP) - Kritikal untuk memastikan paras kalori dan protein mencukupi
  • Vitaliser (USA) - Membekalkan sum-sum tulang yang sihat dengan Vita-C, Vita-E, Zinc, B-Complex, Caratomax, dan Vita-lea
  • Nutriferon - merangsang pengeluaran interferon - yang mana menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan lebih banyak sel imun. (ini sangat kritikal)
Bagaimana Dengan Sel Darah Merah
  • Sel darah merah kurang terkesan berbanding sel darah putih dan platelet, tetapi anemia juga adalah satu masalah
  • B-Complex - sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • Zat Besi dan Vita-C - kadangkala diperlukan
  • Tetapi situasi yang paling mengancam nyawa berlaku bila sistem imun menjadi lemah disebabkan kehilangan sel darah putih.
  • Pesakit boleh kalah kepada jangkitan daripada kulat, bakteria, yis, dan lain-lain.
  • Ataupun mengalami pendarahan dalaman atau stroke kesan daripada kehilangan platlet.
  • Sistem imun sangat kritikal dalam melawan sel kanser.
Pengambilan Lemak Jahat Boleh Menjadi Punca Kanser
  • Kurangkan lemak tidak baik - banyakkan lemak baik.
  • Eicosenoid adalah bahan seakan hormon yang mengawal tumbesaran sel.
  • Eicosenoid tidak baik datang dari lemak tidak baik iaitu lemak omega-6, lemak tepu dan lemak trans - lemak ini dijumpai dalam makan bergoreng, makanan seperti kerepek, snek rangup. keropok, makanan dipanggang yang diperbuat dengan minyak sayuran seperti minyak saf, minyak jagung, minyak bunga matahari dll, makanan berproses (makanan dengan bahan pengawet), kuah salad, lembu / kambing / ayam yang diberi jagung untuk menggemukkan mereka.
  • Eicosenoid baik datang dari lemak baik omega-3 dari sumber ikan laut dalam - Omega Guard
  • Lemak Asid Omega-3 : Omega Guard
  • Lemak asid omega-3 tambahan - untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser.
  • Lemak asid omega-3 : menghasilkan eicosenoid "baik" yang merencat perkembangan kanser
  • Lemak asid omega-6 : menghasilkan eicosenoid "tak baik" yang meransang perkembangan kanser
  • Lemak tepu dan lemak trans juga mungkin merangsang perkembangan sel kanser
Kawal Gula Dan Karbohidrat
  • Sel kanser hanya bergantung kepada glukosa untuk berkembang
  • Sel kanser berkembang aktif dalam keadaan berasid
  • Oleh itu pastikan gula dalam darah sentiasa rendah. ( Tak boleh gula pasir, makanan ringan berkanji )
  • Makan protein tanpa lemak / kulit dan sayur-sayuran
  • Alkalikan badan dengan Alfalfa dan sayur-sayuran
Detoks Darah Dan Hati
  • Ubat terapi kimo adalah beracun
  • Ia direka untuk menyerang sararannya dan kemudian meninggalkan badan dalam tempoh beberapa hari.
  • Bantu detox / cuci hati dengan DTX Complex
 Tujuan Terapi Kimo

  • Keberkesanan terapi kimo berkadar terus dengan jumlah rawatan yang boleh diberikan untuk membasmi sel kanser.
  • Jika pesakit menjadi terlalu lemah, jika jumlah sel darah putih terlalu rendah, rawatan mesti dihentikan.
  • Matlamatnya adalah untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan kuat sebolehnya semasa rawatan supaya jumlah terapi kimo yang maksimum boleh dilakukan.
  • Kerana itu amat penting untuk menguatkan sel normal diantara rawatan terapi kimo.
Apa Sel Normal Perlukan Untuk Pulih Selepas Rawatan Terapi Kimo

  • Nutrisi yang diperlukan sel normal - Vita-Lea
  • Baikpulih sel normal yang rosak - Vivix dan Protein ESP
  • Cinch / Energizing Soy / Meal Shakes - Tidak kisah yang mana anda guna atau suka, adalah sangat penting untuk memastikan paras protein dan kalori sentiasa tinggi.
  • Nutrisi untuk imunisasi - Nutriferon, Vitalea, Carotomax (Previtamin A, mengawal pengembangan sel)
  • Nutrisi Tambahan
  • Defend and Resist Echinacea (USA sahaja)
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun.
Terapi Radiasi
  • Biasanya diberi setiap hari
  • Elakkan supplement antioksidan supaya ia tidak melindungi sel kanser dari terapi radiasi (Vitamin C, E, Carotomax - caretanoid, flavonoid, Vivix, Cinch (Shake dan Tea), Meal Shakes, Vita-lea, kerana terdapat antioksidan )
  • Tetapi ambil supplement yang bukan antioksidan seperti Nutriferon, B-Complex, ESP, Zinc, Optiflora (USA)
Untuk Disemak - Pelajaran "Bawa ke Rumah"
  • Tiada kajian klinikal menunjukkan samada supplement mengganggu terapi kimo
  • Kerana ketidakpastian tersebut maka langkah berjaga-jaga adalah tindakan bijak ketika ubat kimo sedang berada dalam tubuh badan. Jadi kita menghentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas terapi kimo, kerana ubat kimo akan meninggalkan badan dalam tempoh 24-48 jam.
  • Kemudian supplement tersebut boleh diambil semula terutama Vivix untuk membantu sel normal pulih semula diantaraa kitaran rawatan kimo agar lebih banyak terapi kimo boleh diberikan. 
Kajian Klinikal Membuktikan Supplement Boleh Meningkatkan Kualiti Kesihatan Semasa Terapi Kimo 

Untuk Disemak - Ketika Terapi Kimo

  • Hentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas kimo.
  • Antioksidan seperti Vitamin C, E, Carotomax, Flavomax, Vitalea, Cinch, Meal Shakes, Vivix.
  • Teruskan pengambilan Nutriferon, Optiflora, B-Complex, ESP, dan Zinc Complex
  • Vitamin B tidak digalakkan ketika mengambil methotrexate dan dadah berkaitan - bincang dengan doktor
  • Antioksidan hendaklah dielakkan ketika rawatan radiasi
Pandangan Professor

Terapi kimo adalah "masa terbaik dan masa paling teruk"
  • Masa terbaik kerana ia menawarkan penyembuhan ajaib
  • Masa paling teruk kerana ia mengenakan kesan teruk pada sel normal dalam tubuh kita. 
Langkah berhemah untuk menyokong sel normal kita sambil meminimumkan gangguan terhadap rawatan terapi kimo memungkinkan:
  • Meminimumkan kesan sampingan dan meningkatkan kualiti kesihatan serta hidup
  • memaksimumkan jumlah terapi kimo yang boleh diberikan

TANDA-TANDA KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki. Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan



Kanser paru-paru adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Kanser paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain. - Wikipedia

TANDA-TANDA AWAL KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial dan ia merupakan jenis kanser yang kerap ditemui sekarang. Kadar kematian yang berlaku akibat kanser ini agak stabil di kalangan lelaki tetapi semakin meningkat di kalangan wanita.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis.


Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Rokok merupakan satu-satunya punca yang sering dikaitkan dengan kanser ini. Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi. Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi.

Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenal pasti ialah:
(Depresi) atau perubahan mood lain
  • Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

Selalu sakit yang berulang-ulang
  • Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab
  • Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)
  • terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

Keletihan luar biasa
  • Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
  • Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

Nafas pendek dan dada berbunyi
  • Tanda ini seperti orang asma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar
  • Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan
  • Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

Sakit dada, belakang, bahu atau perut
  • Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit, batuk atau demam biasa)

Antara tanda-tanda kanser paru-paru adalah seperti:

  • Batuk = 42%
  • Sakit dada = 22%
  • Batuk berdarah = 15%
  • Lelah, hilang berat badan, suara serak = 5%

Sekiranya seseorang disyaki menghidap penyakit kanser paru-paru, beberapa langkah pemeriksaan akan dijalankan. Antaranya ialah:
  • Sejarah kesihatan akan ditanya dengan lengkap
  • Pemeriksaan akan dilakukan : kesihatan umum, dada, bahagian badan lain untuk mengesan perebakan ke anggota badan lain seperi tulang, hati, buah pinggang, otak dan lain-lain.
  • Penyiasatan akan dijalankan :

X-ray dada: untuk lihat kemungkinan ada ketumbuhan atau sakit lain.


Gambar x-ray kanser paru-paru tahap 4

CT Scan: untuk lihat ketumbuhan, memeriksa saiz ketumbuhan dan perebakan yang mungkin terjadi.

 

Bronkoskopi: satu teropong akan disalurkan ke dalam paru-paru untuk melihat ketumbuhan dan mengambil sedikit cebisan tisu bagi analisis patologi.

 
Fine needle aspiration biopsi: Jarum halus dicucuk dari luar dada untuk mengambil sedikit tisu bagi analisis patologi.

 


CADANGAN VITAMIN UNTUK PESAKIT KANSER


Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh digunakan Set Rawatan Kanser oleh pesakit kanser sama ada belum menjalani rawatan, sedang menjalani rawatan, mahupun selepas menjalani rawatan terapi kimo.



Pembelian set ini membolehkan anda mendapat keahlian percuma dan rebat atas belian (bonus dimasukkan dalam akaun pada bulan berikutnya) untuk mendapat produk dengan harga ahli dengan syarat kombinasi produk perlu lebih 200UV (unit value).

CARA PENGAMBILAN DAN TESTIMONI PERFORMANCE DRINK

Mereka yang aktif lebih-lebih lagi yang gemar bersukan, mereka adalah golongan yang perlu memastikan mengambil air secukupnya untuk kekal hidrasi. Kekurangan air dalam tubuh boleh mempengaruhi prestasi ketika latihan. Namun, jika anda minum terlalu banyak ia boleh menyebabkan kekejangan berlaku semasa latihan.

Cara yang terbaik untuk anda memastikan pengambilan air seharian adalah betul?

  • 2jam sebelum anda melakukan senaman - Perlu minum air sebanyak 450ml-600ml (1 botol mineral yang kecil)
  • 15minit sebelum senaman - ambil lagi minuman sebanyak 240-300ml (separuh botol mineral yang kecil)
  • Setiap 15minit semasa latihan - ambil 240ml air ( setengah botol mineral kecil)
Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda kemungkinan akan pitam atau pengsan dan boleh mengakibatkan penurunan prestasi anda menurun secara mendadak.

Secara amnya, air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tambahan pula jika anda beraktiviti sukan dalam persekitaran yang panas, menyebabkan anda akan lebih banyak berpeluh. Di sinilah anda memerlukan minuman bertenaga selepas 30-45 minit beraktiviti, untuk memastikan tubuh anda mendapat gantian elektrolit yang diperlukan.

Cuaca di Malaysia semakin panas, kita akan mudah terhidrasi. Oleh itu, campuran performance drink adalah pilihan yang tepat bagi atlet, gemar bersenam dan mereka yang gemar berpuasa. Mengapa anda perlu melilih performance drink Shaklee?

Minuman Penambah Tenaga Shaklee

Testimoni Performance Drink

Salam, hari ini puasa suant setelah sekian lama x puasa. Dah petang macam ni biasanya dah lembik lutut dah, sekarang ini masih larat naik turun tangga ofis aras 3. Alhamdullialh, mungkin sebab tadi sahur dengan mealshake+ESP+PD+madu...pasni boleh la amalkan di bulan Ramadhan yang akan tiba x lama lagi :)

Set Berpuasa Shaklee

Puasa hari ini, rasa segar jer. rasa macam tidak puasa plak. perut kenyang dengan air je. minum ESP+Milo Pas tu minum PD+Oren (macam org putih plak?) Pastu air masak, memang penuh tangki, an alhamdullilah . Tuaian pagi ini masih maintain...

Set Berpuasa Shaklee

Alhamdullilah, In shaAllah masuk 5 hari dah kita berpuasa dan 5 hari saya makan PD(performance drink)... rasa bertenaga dan perut tidak masuk angin walaupun anak kerap menyusu...puasa kedua, sya & hubby bergotong royong membersihkan halaman rumah yang dah lama terbiar disebabkan kesibukkan masa...alhamdullilah sampai ke patang kita orang bertenaga..heheh hasil penangan performance drink..terbaik

Testimoni Performance Drink

Alhamdullilah Muhammad(10 bulan) semakin sihat dengan izin Allah lepas bagi minum sedikit performance drink shaklee semalam, dia semakin segar dan dah nak main, susu pun minum, lebih segar la, sebelum tu lembik, tidur jer. dehydrated sebab kurang minum susu dan tidak makan. dia dah beberapa hari demam kuat, ada ulser penuh dalam mulut, dan ada tanda-tanda kene campak. lepas bagi performance drink petang semalam, dah tidak demam dah. Alhamdullilah, memang sangat berkesan. sikit je saya campur, dalam secubit je denagn setangah cawan air, sebab dia masih baby. Bila rasa pun memang tidak rasa performance drink tu, rasa air masak jer. tapi kesannya tiptop. performance drink ini memang sangat bagus untuk kembalikan kesegaran. pure hydration drink. juga bagus untuk ibu menyusu yang ingin menjalani puasa tidak lama lagi

Testimoni Performance Drink


Performance Drink


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE
 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

MERAWAT GOUT DENGAN SHAKLEE

GOUT adalah salah satu bentuk penyakit artritis,yang boleh diubati di mana keadaannya menyebabkan keradangan pada sendi. Ianya berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout. 




Apa yang menyebabkan Gout? 

Punca gout adalah disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan. Keandaan ini boleh disebabkan oleh: 

~ Peningkatan pengeluaran asid urik oleh badan.
~ Penyingkiran asid urik yang berlebihan oleh buah pinggang.
~ Peningkatan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang dimetabolismakan kepada asid urik di dalam badan. 

Daging tertentu, makanan laut, kacang kering, dan kacang adalah sangat tinggi kandungan purines. Alkohol juga boleh meningkatkan tahap asid urik dan mendakan serangan gout. 



Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout: 

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet. 

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics. 

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout. 

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:- 

~ Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
~ Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
~ Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
~ Daging merah.
~ Cendawan.
~ Yis (roti putih, roti manis). 

Apakah vitamin untuk merawat Gout? 

Keberkesanan dalam merawat gout melibatkan beberapa faktor yang berbeza di samping mengurangkan keradangan sendi dan paras asid urik. Usaha untuk merawat gout juga bermakna anda berusaha untuk menggalakkan fungsi buah pinggang, fungsi sistem imun, serta mengurangkan pengekalan air.

Supplement yang dicadangkan untuk pesakit gout adalah ALFALFA, OMEGA & PERFORMACE DRINK




1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan dan menurukan bacaan asid uric.Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

2. Performance drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

3. Omega Guard - Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

CARA PENGAMBILAN COLLAGEN SHAKLEE




Memandangkan, ramai yang dah tahu tentang Collagen Shaklee ini, sekarang saya nak tunjukkan bagaimana cara makan kolagen Shaklee yang betul. 

Secara peribadi, dulu saya tak suka nak makan makan kolagen segala. Rasa renyah dan remeh kerjanya. Tapi sebenarnya mudah saja cara nak makan kolagen ini. Boleh dibancuh terus dalam segelas air sejuk.

Tapi saya tak bancuh dalam air kosong biasa, biasanya saya masukkan sedikit kordial oren atau sirap, sebagai penambah rasa. Takdelah rasa plain saja kan dan boleh hilangkan bau hanyir ikan. Boleh juga kalau nak mix kan dengan kordial lain. Janji bancuh dengan air sejuk ya, jangan air panas. Sebab air panas boleh menyebabkan kalogen musnah. Nanti makan hampas saja! Rugi tu.


Resepi ESP, Performance Drink dan Collagen
  • 2 sudu besar ESP
  • 2 sudu besar Performance Drink untuk rasa oren
  • 1 peket Shaklee Collagen Powder (SCP)

Campurkan semua dalam bekas minuman atau shaker kemudian masukkan air sejuk. Goncangkan dan sedia diminum! Yum yum !

Cukup lengkap untuk membantu nutrisi penyusuan saya , membekalkan tenaga sepanjang hari dan menjaga kecantikan luaran dan dalaman.

Anda juga boleh pelbagaikan cara makan kolagen shaklee ini, tak semestinya ikut cara diatas. Asalkan tak menggunakan air panas, itu dah betul.

Satu lagi tips penting berkaitan cara makan kolagen ini ialah , ambil kolagendi waktu perut kosong seperti awal pagi sejam sebelum sarapan atau sebelum tidur waktu malam. Ini adalah untuk memastikan supaya kolagen tadi dapat diserap semaksima mungkin. Kalau ketika perut penuh, alamat tak dapatlah kesan yang di impikan. Kesian pulak, nanti produk yang disalahkan

Jadi pastikan syarat syarat di atas dipenuhi barulah menjadi!

Ok itu saja serba ringkas penerangan berkaitan cara makan Shaklee Collagen Powder yang betul. Mudahkan sebenarnya untuk nak jaga kecantikan! Saya saja yang banyak alasan (dulu… sekarang tidak lagi)

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.