Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Al-Jannah Legacy

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label PEPPERMINT GINGER PLUS. Show all posts
Showing posts with label PEPPERMINT GINGER PLUS. Show all posts

SUPPLEMEN SEMASA RAWATAN KIMOTERAPI UNTUK PESAKIT KANSER


Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat kerana ianya panduan pesakit kanser menjalani rawatan memulihkan kanser. Panduan ini bukan rawatan alternatif kepada rawatan konvesional tetapi adalah pelengkap. Rawatan konvesional adalah sangat penting, tetapi kesan rawatan itu sangat teruk dan ramai meninggal kerana kesannya. Oleh itu disinilah Shaklee membantu pesakit kanser untuk segera pulih dari rawatan kerana tubuh perlukan nutrisi berkualiti untuk pulih.


Dr. Steve Chaney
Kita berada dalam zaman yang maju di mana dunia perubatan telah bertambah maju dan pengetahuan manusia mengenai kanser dan cara memulihkannya juga telah bertambah baik.

Panduan ini diberikan oleh seorang profesor perubatan yang khusus dalam bidang kanser. Berikut adalah panduan dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Bahasa Melayu ada di bawah selepas nota dalam Bahasa inggeris. Sumber - http://www.healthsachoice.com/cancer/nutritional-guidelines-during-cancer-treatments-facts-and-myths/

Garis Panduan Pemakanan Semasa Rawatan Kanser-Fakta dan Mitos

Saya ingin berkongsi nota dari Dr. Steve Chaney yang aktif dalam kajian penyakit kanser di Universiti of North Carolina. Sila baca biografi beliau di bawah. Terdapat banyak kekeliruan mengenai apa yang pesakit kanser perlu lakukan ketika melalui tempoh rawatan kanser. Sesetengah maklumat yang tidak tepat itu sendiri diberikan oleh doktor yang merawat mereka.

Perlu diingatkan kebanyakan doktor mempunyai pengetahuan nutrisi yang sedikit sahaja (kurang 5% dari keseluruhan kursus) dan dalam banyak kes tidak menggalakkan pesakit mengambil supplement tambahan sedangkan ia sangat membantu pesakit dari banyak sudut untuk berjaya melalui rawatan kanser. Jika sesorang perlu menjalani rawatan kanser, adalah penting untuk memaklumkan doktor mengenai apa-apa supplement yang mereka ambil.   

Nota dari syarahan Steve Chaney PhD dan Barbara Lagoni Mengenai Nutrisi Sokongan Semasa Rawatan Kanser

Ini adalah pendapat mereka berdasarkan kajian dan pengalaman dan tidak bermaksud untuk diagnos, mengubat, menyembuhkan, atau mengelak apa-apa penyakit. Kedua mereka usahawan Shaklee yang aktif untuk lebih 25tahun.

Steve Chaney PhD Dr. Chaney memegang Izajah Sains dalam bidang Biokimia dari Duke University dan Ph.D. dalam bidang Biokimia dari UCLA (University of California Los Angeles)

Kini beliau seorang professor di Jabatan Biokimia, Biofizik, dan Jabatan Nutrisi di University of North Carolina dimana beliau mengajar pelajar tahun pertama bidang perubatan dan mengetuai program kajian kanser selama lebih 30 tahun!

Lebih 95 tajuk hasil penulisan Dr. Chaney pernah diterbitkan dalam jurnal saintifik, dan 12 ulasan beserta 2 bab mengenai nutrisi dalam buku peneraju dalam bidang biokimia yang digunakan oleh pelajar bidang perubatan hari ini. Beliau turut dinamakan beberapa kali "Teacher of the year" oleh pelajar perubatan tahun pertama dan kini memegang "Medical Alumni Distinguished Teaching Professorship".

Barb Lagoni merupakan pakar nutrisi yang mempunyai Ijazah dari Cornell dan menyampaikan syarahan di seluruh US mengenai Kesihatan dan Nutrisi.

Sokongan Nutrisi Untuk Kanser

Mitos Mengenai Kanser & Makanan Tambahan  

 Mitos #1 "Vitamin menggalakkan sel kanser
  • Menahan daripada memberikan nutrisi tambahan sama seperti membunuh pesakit untuk menyelamatkannya dari kanser.
  • Satu-satunya cara adalah dengan merencatkan sel kanser dengan menahan glukosa (karbohidrat) dan memastikan tubuh sentiasa alkali.
  • Sel normal menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak untuk tenaga.
  • Sel kanser HANYA menggunakan glukosa (karbohidrat) dan memerlukan keadaan berasid untuk memetabolismakan glukosa tersebut.

STRATEGI MELAWAN KANSER YANG TEPAT

  • Memastikan paras gula dalam darah rendah
  • Memastikan darah bersifat alkali (Alfalfa Shaklee dan sayur-sayuran)
  • Gula, daging, dan produk tenusu membuatkan darah bersifat asid
Mitos #2 "Vitamin mengganggu ubat kimo"
  • Tiada kajian klinikal yang berkualiti pernah membuktikan nutrisi tambahan mengganggu proses terapi kimo.
  • Sebagai langkah berjaga-jaga, hentikan pengambilan supplement antioksida 2 hari sebelum kimo dan 2 hari selepas kimo. (Hanya antioksidan, supplement lain boleh diteruskan pengambilan)
  • Ubat kimo dicipta untuk keluar meninggalkan badan secepat mungkin setelah memusnahkan sel.
  • Tempoh sementara antara rawatan kimo diperlukan untuk sel normal pulih.

Kesan Sampingan Terapi Kimo

  • Terapi kimo akan memusnahkan sel tubuh yang berkembang tanpa memilih.
  • Memberi kesan terhadap rambut, permukaan saluran penghadaman, dan sum-sum tulang.
  • Menyebabkan penyakit kulit dan kudis di dalam mulut
  • Kesan sampingan terhadap sistem penghadaman adalah loya, muntah, dan kehilangan air.
  • Kimo menyebabkan kerosakan otak-"otak kimo"
  • Sesetengah ubat memberi kesan buruk terhadap darah, merosakkan platelet, neurotrofil, dan limfosit. Kesemuanya penting untuk sistem imun.
Produk Untuk Menangani Isu Pencernaan

  • Untuk loya - Stomach Soothing Complex (Peppermint Ginger Plus - Malaysia)
  • Terhidrasi - Performance Drink
  • Optiflora (USA) untuk mengembalikan probiotik yang penting
  • EZ Gest (USA) membekalkan kesemua enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan lemak, protein, karbohidrat, dan lain-lain jika diperlukan.
Kebimbangan Terbesar..Kerosakan Sum-Sum Tulang
  • Sum-sum tulang adalah simpanan sel stem untuk untuk kesemua sel darah (sel stem adalah sel yang boleh menjadi kesemua jenis sel)
  • Platelet (untuk pembekuan / henti luka), neutrofil & limfosit (sel-sel putih)
  • Sel darah mempunyai jangka hayat dari beberapa minggu kepada beberapa bulan, jadi ia perlu sentiasa diganti.
  • Penukaran sel stem kepada sel darah memerlukan pembahagian sel, oleh itu, ubat kimo yang pelbagai berpotensi merosakkan sel stem.
  • Ini punca mengapa jumlah darah sering menurun bila menggunakan ubat kimo.
  • Adalah sangat kritikal untuk memberi nutrisi yang diperlukan sum-sum tulang untuk menggantikan sel darah putih dan platelet darah.
  • Protein (ESP) - Kritikal untuk memastikan paras kalori dan protein mencukupi
  • Vitaliser (USA) - Membekalkan sum-sum tulang yang sihat dengan Vita-C, Vita-E, Zinc, B-Complex, Caratomax, dan Vita-lea
  • Nutriferon - merangsang pengeluaran interferon - yang mana menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan lebih banyak sel imun. (ini sangat kritikal)
Bagaimana Dengan Sel Darah Merah
  • Sel darah merah kurang terkesan berbanding sel darah putih dan platelet, tetapi anemia juga adalah satu masalah
  • B-Complex - sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • Zat Besi dan Vita-C - kadangkala diperlukan
  • Tetapi situasi yang paling mengancam nyawa berlaku bila sistem imun menjadi lemah disebabkan kehilangan sel darah putih.
  • Pesakit boleh kalah kepada jangkitan daripada kulat, bakteria, yis, dan lain-lain.
  • Ataupun mengalami pendarahan dalaman atau stroke kesan daripada kehilangan platlet.
  • Sistem imun sangat kritikal dalam melawan sel kanser.
Pengambilan Lemak Jahat Boleh Menjadi Punca Kanser
  • Kurangkan lemak tidak baik - banyakkan lemak baik.
  • Eicosenoid adalah bahan seakan hormon yang mengawal tumbesaran sel.
  • Eicosenoid tidak baik datang dari lemak tidak baik iaitu lemak omega-6, lemak tepu dan lemak trans - lemak ini dijumpai dalam makan bergoreng, makanan seperti kerepek, snek rangup. keropok, makanan dipanggang yang diperbuat dengan minyak sayuran seperti minyak saf, minyak jagung, minyak bunga matahari dll, makanan berproses (makanan dengan bahan pengawet), kuah salad, lembu / kambing / ayam yang diberi jagung untuk menggemukkan mereka.
  • Eicosenoid baik datang dari lemak baik omega-3 dari sumber ikan laut dalam - Omega Guard
  • Lemak Asid Omega-3 : Omega Guard
  • Lemak asid omega-3 tambahan - untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser.
  • Lemak asid omega-3 : menghasilkan eicosenoid "baik" yang merencat perkembangan kanser
  • Lemak asid omega-6 : menghasilkan eicosenoid "tak baik" yang meransang perkembangan kanser
  • Lemak tepu dan lemak trans juga mungkin merangsang perkembangan sel kanser
Kawal Gula Dan Karbohidrat
  • Sel kanser hanya bergantung kepada glukosa untuk berkembang
  • Sel kanser berkembang aktif dalam keadaan berasid
  • Oleh itu pastikan gula dalam darah sentiasa rendah. ( Tak boleh gula pasir, makanan ringan berkanji )
  • Makan protein tanpa lemak / kulit dan sayur-sayuran
  • Alkalikan badan dengan Alfalfa dan sayur-sayuran
Detoks Darah Dan Hati
  • Ubat terapi kimo adalah beracun
  • Ia direka untuk menyerang sararannya dan kemudian meninggalkan badan dalam tempoh beberapa hari.
  • Bantu detox / cuci hati dengan DTX Complex
 Tujuan Terapi Kimo

  • Keberkesanan terapi kimo berkadar terus dengan jumlah rawatan yang boleh diberikan untuk membasmi sel kanser.
  • Jika pesakit menjadi terlalu lemah, jika jumlah sel darah putih terlalu rendah, rawatan mesti dihentikan.
  • Matlamatnya adalah untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan kuat sebolehnya semasa rawatan supaya jumlah terapi kimo yang maksimum boleh dilakukan.
  • Kerana itu amat penting untuk menguatkan sel normal diantara rawatan terapi kimo.
Apa Sel Normal Perlukan Untuk Pulih Selepas Rawatan Terapi Kimo

  • Nutrisi yang diperlukan sel normal - Vita-Lea
  • Baikpulih sel normal yang rosak - Vivix dan Protein ESP
  • Cinch / Energizing Soy / Meal Shakes - Tidak kisah yang mana anda guna atau suka, adalah sangat penting untuk memastikan paras protein dan kalori sentiasa tinggi.
  • Nutrisi untuk imunisasi - Nutriferon, Vitalea, Carotomax (Previtamin A, mengawal pengembangan sel)
  • Nutrisi Tambahan
  • Defend and Resist Echinacea (USA sahaja)
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun.
Terapi Radiasi
  • Biasanya diberi setiap hari
  • Elakkan supplement antioksidan supaya ia tidak melindungi sel kanser dari terapi radiasi (Vitamin C, E, Carotomax - caretanoid, flavonoid, Vivix, Cinch (Shake dan Tea), Meal Shakes, Vita-lea, kerana terdapat antioksidan )
  • Tetapi ambil supplement yang bukan antioksidan seperti Nutriferon, B-Complex, ESP, Zinc, Optiflora (USA)
Untuk Disemak - Pelajaran "Bawa ke Rumah"
  • Tiada kajian klinikal menunjukkan samada supplement mengganggu terapi kimo
  • Kerana ketidakpastian tersebut maka langkah berjaga-jaga adalah tindakan bijak ketika ubat kimo sedang berada dalam tubuh badan. Jadi kita menghentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas terapi kimo, kerana ubat kimo akan meninggalkan badan dalam tempoh 24-48 jam.
  • Kemudian supplement tersebut boleh diambil semula terutama Vivix untuk membantu sel normal pulih semula diantaraa kitaran rawatan kimo agar lebih banyak terapi kimo boleh diberikan. 
Kajian Klinikal Membuktikan Supplement Boleh Meningkatkan Kualiti Kesihatan Semasa Terapi Kimo 

Untuk Disemak - Ketika Terapi Kimo

  • Hentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas kimo.
  • Antioksidan seperti Vitamin C, E, Carotomax, Flavomax, Vitalea, Cinch, Meal Shakes, Vivix.
  • Teruskan pengambilan Nutriferon, Optiflora, B-Complex, ESP, dan Zinc Complex
  • Vitamin B tidak digalakkan ketika mengambil methotrexate dan dadah berkaitan - bincang dengan doktor
  • Antioksidan hendaklah dielakkan ketika rawatan radiasi
Pandangan Professor

Terapi kimo adalah "masa terbaik dan masa paling teruk"
  • Masa terbaik kerana ia menawarkan penyembuhan ajaib
  • Masa paling teruk kerana ia mengenakan kesan teruk pada sel normal dalam tubuh kita. 
Langkah berhemah untuk menyokong sel normal kita sambil meminimumkan gangguan terhadap rawatan terapi kimo memungkinkan:
  • Meminimumkan kesan sampingan dan meningkatkan kualiti kesihatan serta hidup
  • memaksimumkan jumlah terapi kimo yang boleh diberikan

TANDA-TANDA KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki. Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan



Kanser paru-paru adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Kanser paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain. - Wikipedia

TANDA-TANDA AWAL KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial dan ia merupakan jenis kanser yang kerap ditemui sekarang. Kadar kematian yang berlaku akibat kanser ini agak stabil di kalangan lelaki tetapi semakin meningkat di kalangan wanita.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis.


Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Rokok merupakan satu-satunya punca yang sering dikaitkan dengan kanser ini. Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi. Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi.

Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenal pasti ialah:
(Depresi) atau perubahan mood lain
  • Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

Selalu sakit yang berulang-ulang
  • Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab
  • Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)
  • terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

Keletihan luar biasa
  • Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
  • Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

Nafas pendek dan dada berbunyi
  • Tanda ini seperti orang asma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar
  • Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan
  • Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

Sakit dada, belakang, bahu atau perut
  • Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit, batuk atau demam biasa)

Antara tanda-tanda kanser paru-paru adalah seperti:

  • Batuk = 42%
  • Sakit dada = 22%
  • Batuk berdarah = 15%
  • Lelah, hilang berat badan, suara serak = 5%

Sekiranya seseorang disyaki menghidap penyakit kanser paru-paru, beberapa langkah pemeriksaan akan dijalankan. Antaranya ialah:
  • Sejarah kesihatan akan ditanya dengan lengkap
  • Pemeriksaan akan dilakukan : kesihatan umum, dada, bahagian badan lain untuk mengesan perebakan ke anggota badan lain seperi tulang, hati, buah pinggang, otak dan lain-lain.
  • Penyiasatan akan dijalankan :

X-ray dada: untuk lihat kemungkinan ada ketumbuhan atau sakit lain.


Gambar x-ray kanser paru-paru tahap 4

CT Scan: untuk lihat ketumbuhan, memeriksa saiz ketumbuhan dan perebakan yang mungkin terjadi.

 

Bronkoskopi: satu teropong akan disalurkan ke dalam paru-paru untuk melihat ketumbuhan dan mengambil sedikit cebisan tisu bagi analisis patologi.

 
Fine needle aspiration biopsi: Jarum halus dicucuk dari luar dada untuk mengambil sedikit tisu bagi analisis patologi.

 


CADANGAN VITAMIN UNTUK PESAKIT KANSER


Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh digunakan Set Rawatan Kanser oleh pesakit kanser sama ada belum menjalani rawatan, sedang menjalani rawatan, mahupun selepas menjalani rawatan terapi kimo.



Pembelian set ini membolehkan anda mendapat keahlian percuma dan rebat atas belian (bonus dimasukkan dalam akaun pada bulan berikutnya) untuk mendapat produk dengan harga ahli dengan syarat kombinasi produk perlu lebih 200UV (unit value).

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.