Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label KURUS. Show all posts
Showing posts with label KURUS. Show all posts

LECITHIN SHAKLEE

Lecithin Shaklee sangat istimewa kerana ia diekstrak dari kacang soya organik bukan – GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tidak tepu.
Lecithin Shaklee

MANFAAT UTAMA:
  • Menyerap vitamin yang larut lemak: Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D,E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati: Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati,dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol: Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsikan dan memetabolisma lemak, kolestrol,dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelangsingan, menghalang obesiti: Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit: Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi: Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mencegah alergi seperti penyakit kulit- dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang: 90% batu karang terjadi daripada kolestrol; lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekatkejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress: Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran janin yang sihat.
  • Mengahalang tekanan darah tinggi: Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki: Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit: Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.
Lecithin sangat dikenali sebagai supplement untuk menurunkan berat badan. Ini kerana fungsinya yang diketahiu sebagai pengemulsi lemak dan kolestrol di dalam tubuh kita. Mari kita lihat bagaimana cara Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak. 


Bayangkan lecithin ini bertindak ke atas lemak, kolestrol dan minyak yang masuk ke dalam perut kita melalui makanan yang kita makan. Memang terbukti lecithin boleh membantu kita megurangkan berat badan.

KEISTIMEWAAN LECITHIN SHAKLEE

Apakah itu Lecithin?

Lecithin merupakan antara produk terlaris Shaklee. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan sistem badan kita.


Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang.

Lecithin bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus, slim, ramping dan langsing. 

Apa yang istimewa, Lecithin Shaklee ini bebas kolestrol. Bagi yang makan lecitin untuk mengawal berat badan boleh ambilnya selepas heavy meal.. Jangan tak tahu Lecithin Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Lecithin Shaklee ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak.

Kebaikan Lecithin Shaklee
  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
Jom baca apa kata mereka tentang Lecithin Shaklee yang best ini...




BAGAIMANA MINYAK IKAN MEMBANTU ANDA MENJADI KURUS, SIHAT DAN KUAT




Kaitan Omega Dengan Kurus

Adakah anda ingin menurunkan berat badan? Jika ya, melakukan sesuatu yang mudah seperti mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membantu anda kehilangan beberapa kg tambahan setiap bulan.

Tidak seperti makanan tambahan berat badan yang biasanya mengandungi kafein dan perangsang yang lain, ia tidak menjadikan anda berasa gelisah dan saraf atau perkara merbahaya lain.

Selain membantu anda menurunkan berat badan, dengan mengambil minyak ikan setiap hari boleh membantu kesihatan otak, jantung, dan sendi anda.

Dalam artikel ini saya senaraikan dan terangkan 5 cara yang berbeza makanan tambahan minyak ikan boleh membantu anda menurunkan berat badan. 

Minyak Ikan Membolehkan Anda Kurangkan Lemak dan Membina otot.

Beberapa kapsul minyak ikan setiap hari boleh membantu anda kehilangan lemak dan membina otot. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambilnya secukupnya setiap hari. Kajian menunjukkan pengambilan mengambil kira-kira 2 gram Omega 3 asid lemak (EPA dan DHA) setiap hari selama 6 minggu, mereka kehilangan 2 lbs. lemak badan.

Kajian terbabit juga menunjukkan, semasa kajian responden tidak bersenam, menukar diet mereka, atau berbuat apa-apa untuk kehilangan berat badan. Semua ia mengambil masa setelah mengambil beberapa dos tinggi kapsul minyak ikan setiap hari. 

Supplemen Minyak ikan Mengurangkan Selera.

Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, ambil beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu. Dalam satu kajian, wanita yang melakukan semua ini kekal kenyang lebih lama selepas makan mereka dan makan kurang secara keseluruhan.

Dari masa ke masa, ini akan membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar dan menderita dengan rasa lapar seperti sesetengah program diet. Ini adalah disebabkan minyak ikan membantu mengenap penuh bahawa ia mampu untuk mengawal pembebasan hormon serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda. Selain itu, minyak ikan juga membantu untuk menghentikan ketagihan gula.
 

Minyak Ikan menjadikan kombinasi pengambilan minyak ikan dan senaman Anda Lebih Berkesan

Mengambil makanan tambahan minyak ikan boleh membuat diet anda dan program senaman anda lebih berkesan. Dalam satu kajian, subjek yang mengambil minyak ikan kehilangan lebih berat daripada mereka yang mengambil makanan tambahan plasebo. 

Minyak Ikan Membantu Mengurangkan penyimpanan lemak.

Satu kajian menunjukkan bahawa makanan tambahan minyak ikan boleh mengurangkan risiko di mana makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak. Ini kerana ia meningkatkan sesuatu yang dinamakan sensitiviti insulin. Memelihara sel-sel badan anda sensitif terhadap insulin adalah penting untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat. Lebih sensitif sel-sel anda adalah untuk insulin,maka kuranglah kemungkinan lemak akan tersimpan dalam badan anda.
 

Minyak Ikan yang terbaik adalah Omega Guard.


Omega Guard membantu menyingkirkan lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga.

Omega Guard juga memang efektif dalam hal seperti disebutkan di atas untuk program penurunan berat badan. 
 
Jom klik video ini :
 
 

LECITHIN BAGUS UNTUK IBU MENYUSU

Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu?
 
Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  • Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil. 

  
Apa itu Lecithin?
  • Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
  • Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
  • Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
  • Fat Emulsifier – Metabolisma lemak
  • Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MENGEKALKAN AWET MUDA

Beauty Face

Rahsia awet muda yang dinanti-nanti setelah pelbagai produk kecantikan mahupun kesihatan membanjiri pasaran. Inilah tonik anti penuaan terunggul yang berkesan melawan penuaan dari tahap selullar. Ini bermaksud, Vivix berjaya melawan penuaan dari akar umbi dimana ia mula berlaku. Jadi anda akan merasa 25 tahun lebih muda dari umur anda sekarang.

Awet Muda Dengan Vivix


Vivix Shaklee melawan dan melambatkan penuaan sel.

Sel adalah unit utama dalam organisma hidup. Manusia mempunyai trillion sel hidup dan ianya bersatu membentuk tissue. Tissue pula bergabung membentuk organ seperti otak, jantung dan hati. Penuaan yang kita alami sepeti kedutan di muka, kurang penglihatan dan penyakit lain bermula
dari penuaan sel. Sel memiliki ciri-ciri kehidupan dan fungsi fisiologi sendiri.

Maka, sel jua akan berusia dan boleh hilang kemampuannya untuk berfungsi dengan baik. Malahan sel yang berusia jua boleh berfungsi secara tidak normal dan seterusnya memberi impak kepada organ dan sistem tubuh.

Sebagai contoh, jantung sesorang yang berusia 20 tahun berupaya mengepam 10 kali ganda darah yang diperlkukan. Namun selepas usianya 30 tahun, purata 1% daripada kecekapan ini akan hilang setiap tahun. Semakin kita berusia, semakin itu sel tubuh akan juga berusia. Berusia disini bermaksud sel musnah, sel dorman, sel abnormal dan tidak berfungsi baik.

Jadi disinilah peranan Vivix iaitu berfungi dalam kesihatan selular. Sekiranya penuaan sel dapat dilambatkan, organ dan sistem di dalam tubuh masih berfungsi dengan baik walaupun usia sudah meningkat. Dalaman yang sihat akan tergambarkan di wajah yang awet muda dan fisikal yang segak.
Vivix Shaklee dapat menurunkan berat badan
Selepas makan Vivix, anda akan dapati selera anda berkurangan. Ini petanda baik untuk mereka yang kerap sahaja lapar. Ianya meningkatkan metabolisme sel tubuh. Apabila metabolisme meningkat, berat badan akan menurun.


Kehebatan dan keberkesanan vivix turut dikongsi di ruangan kesihatan dan majalah kecantikan seperti di Harian Metro, Rapi, Kosmo dan Aniqah.

Di sini, saya kongsikan petikan dari Harian Metro bertarikh 22 Januari 2010

Bantu Lambat Penuaan Wajah

sitizarinah@hmetro.com.my

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji.

Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. “Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

“Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa
pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix Shaklee mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekaligus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit.

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.



RAHSIA BERJAYA KEMPISKAN PERUT

Langkah Pertama untuk Mengempiskan Perut Buncit.

Untuk mengempiskan perut kepada saiz idaman. Anda wajib melalui proses DETOX. Detox adalah suatu proses menyahtoxin dengan melalui proses membuang kotoran atau sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Walaupun badan kita melakukan menyahtoxin secara semulajadi iatu melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan najis. Namun proses tersebut tidak lancar kerana melibatkan sistem kolon.

Gambar jenis-jenis usus

Kenapa kita Perlu Detox untuk Kempiskan Perut?


Proses untuk mengempiskan perut akan jadi amat sukar kerana anda tidak membuang kotoran dalam usus anda. Tanpa mendetox produk /aktiviti untuk mengempiskan perut tidak berkesan kerana tidak dapat menyerap dengan sempurna. Dan tidak dapat kesan seperti diharapkan. Jika anda mendetox dengan sempurna , penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum. Ini kerana nutrien tertentu iaitu carbo, protin dan fiber memainkan peranan yang besar dalam proses penurunan berat badan. 

Contohnya protin sangat penting bilamana seseorang nak kurus. Protein membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi adalah penting zat protin dapat diserap dengan baik oleh usus. Jika usus penuh toksik, zat protin tidak dapat diserap dan peranan protin tidak berlaku dengan cara yang optimum. Tahukah anda telur (yang kaya dengan protin) dapat membantu anda untuk turun berat dengan pantas.

Keratan Rentas Usus yang telah tersumbat

Apakah Bentuk senaman yang amat berkesan untuk kempiskan perut?

Permulaanya ia sukar, namun masuk sahaja minggu ke-2 anda akan rasa selesa dengan aktiviti ini.
Apakah yang menarik dengan senaman PLANK? Kenapakan senaman plan bagus untuk kaum Hawa? Seriously sangat best dan ramai berjaya.

  • mengempiskan perut dan bahagian abdomen anda
  • membantu proses menguruskan badan dan menegangkan otot-otot di bahagian abdomen
  • perbaiki struktur badan
  • menguatkan badan
  • boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bila-bila sahaja
  • boleh dilakukan dengan pelbagai teknik

Jenis Senaman untuk kempiskan perut
Syarat: Perlu dimulakan selama 5 saat terlebih dahulu pada hari pertama, dan tambah bilangan saat, minit secara konsistant.

Contoh : 5saat, 10 saat, 15 saat dan seterusnya. Boleh dilakukan berulang-ulang pada sesuatu masa.
Apakah vitamin yang dapat memecahkan lemak di kawasan perut anda?

Vitamin untuk mengempiskan perut anda perlu mengamalkan LECITHIN atau jika ada budget boleh digantikan dengan OMEGAGUARD.

Bagaimana nak detox dengan cara semulajadi dan selamat

1.    Meminum teh hijau yang asli
2.    Selain itu, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan tertentu seperti lemon, limau, oren adalah agen detox semulajadi yang selamat untuk diamalkan.
3.    Cara paling jimat adalah dengan berpuasa.
4.    Detox boleh juga dilakukan dengan bantuan product kesihatan seperti Herb lax Shaklee, DTX Complex Shaklee dan Alfalfa Shaklee.

Julab ShakleeRaja Herba

Herb lax Shaklee 

Digunakan untuk merangsang pengecutan oto-otot usus seterusnya membolehkan sisa-sisa yang terperangkap akan keluar dengan lebih pantas tanpa memerangkap toksin di dalam kolon badan kita. 

Kelebihan herblax yang lain iaitu dapat mengatasi sembelit yang amat teruk. Pastikan anda mendetox sekurang-kurang 2X semiggu dengan HERB LAX Shaklee.

Alfalfa Shaklee 

Membantu dalam proses pencernaan dan bersifat anti radang boleh memudahkan nyahtoksik dari badan. 

Alfalfa juga membantu untuk anda turunkan berat badan dengan bertindak seakan span yang menyerap kolestrol berlebihan dalam darah. Alfalfa juga dikenali sebagai agen detox yang membuang unsur mineral yang merbahaya dalam badan, seperti bahan kimia. Kelebihan alfalfa yang lain iaitu dapat mengawal bau badan.


OMEGA GUARD MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN

OMEGA GUARD
Khasiat Omega Guard
Guard Shaklee ini, omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee juga membantu menurunkan berat badan dengan efektif. Sambil kurangkan kolestrol, sihatkan jantung, boleh turunkan berat badan dengan omega 3.

Kita memerlukan sumber omega 3 kerana tubuh kita tidak dapat menghasilakn EPA dan DHA yang terkandung dalam omega 3. Pengambilan supplement Omega Guard setiap hari membantu menyokong keperluan omega 3 harian anda terutamanya untuk menjayakan misi menurunkan berat badan.

Bagaimana Omega 3 Dapat Bantu Menurunkan Berat Badan?

Omega 3 berperanan meningkatkan aliran darah dalam badan ke otot semasa bersenam dan membantu meransang enzim yang membawa lemak yang tersimpan dan kemudian tukarkan menjadi tenaga dan seterusnya turunkan berat badan anda secara tidak langsung.

Kebanyakkan kita tidak mampu mengambil jumlah Omega 3 yang mencukupi berbanding orang eskimo yang sememangnya ikan merupakan makanan ruji mereka. Oleh itu, pengambilan supplement Omega 3 membantu anda mendapatkan jumlah Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh untuk membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh anda.

Kadar obesiti di negara-negara Norway dan jepun yang rakyatnya gemar menikmati ikan adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain kerana diet mereka kaya dengan Omega 3.

Pengambilan konsisten Omega 3 juga membantu meneutralkan masalah hormon leptin anda yang memberi isyarat lapar dan kenyang kepada otak. Tanpa anda sedari, hormon leptin yang tidak berfungsi dengan baik gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.
Masalah hormon leptin yang gagal berfungi dengan baik inilah antara sebab kenapa anda yang sedang berdiet gagal turunkan berat badan.

Memilih Supplement Omega 3 Yang Selamat
  • Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3. Selain itu,
  • Omega Guard Shaklee sangat selamat untuk anak-anak dan keluarga kerana bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan toksik. Tambahan
  • Omega Guard Shaklee tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

CINCH SHAKE MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEANJALAN OTOT

Cinch Shake

Mengurangkan berat badan menjadi semakin sukar walaupun ia nampak mudah. Dan sebab itulah, SHAKLEE yang telah berpengalaman selama lebih 50 tahun dalam bidang nutrisi menjadikannya suatu yang lebih MUDAH & SELAMAT dengan CINCH SHAKE MIX.

Manfaat CINCH SHAKE 
  • Memberikan rase kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yg tak boleh control nafsu makan
  • Menberi tenaga berpanjangan so anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
  • Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
  • Menghilangkan lemak yg berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
Kelebihan CINCH SHAKE berbanding minuman diet yang lain
  • CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).
  • Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, KULIT DAN OTOT ANDA TIDAK AKAN MENGGELEBER
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO 
Apa maksud Leucine?
Leucine adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ini ialah, ia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam dan buat kerja berat. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Untuk Setiap Hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat :
  • 24 gram protein.
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting.
  • 6 gram serat larut.
Protein adalah amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cara pengambilan Cinch Shake Mix Shaklee



Cinch Shaklee

Bagi anda yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal, bancuh 2 sudu dengan segelas air suam. Boleh juga dibancuh dengan fresh milk atau soya ESP. Di ambil untuk menggantikan makanan sama ada pagi, tengahari, ataupun malam. Pastikan anda minum Cinch Shake Mix ini sebelum mengambil makanan berat kerana apabila perut kenyang dengan Cinch Shake Mix secara automatik anda akan mengurangkan makanan berat. Sekaligus membantu dalam proses penurunan berat badan. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, amalkan Lecithin setiap hari yang membantu mencairkan lemak dalam badan.

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Perut Buncit

Mimpi ngeri...? Ya, bagi sesetengah orang perut buncit dan menggeleber selepas bersalin memang sesuatu yang amat ditakuti. Baru bersalin sorang dua badan dah macam orang beranak enam. Eh! tak juga.. kadang-kadang kita jumpa orang lama yang beranak 5-6 tapi badan, mak aii... macam anak dara.

Oh.. mungkin sebab baru bersalin, memang la badan kembang lagi. Tapi kalau dah 6 bulan bersalin perut macam mengandung 6 bulan macam mana? Lepas setahun, berat makin naik pula. Oh tidak! Memang mimpi ngeri. Bagi yang tak sabar dan banyak duit terlebih, boleh lah pergi ke mana-mana Slimming Centre yang menawarkan pakej ribu-ribu ringgit untuk buang lebihan berat tu dengan 'agak' cepat. Tapi jangan lupa.. risiko untuk berat anda naik semula juga 'agak' tinggi. 




Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin
  • SUSU BAYI : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  • BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  • BERTUNGKU/BERTANGAS/BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  • KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  • SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  • BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  • DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. 
Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja - ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah supplemen tersebut?

  • Herbalax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.
  • Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  • Alfalfa Complex : Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
  • Cinch Shake Mix : Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan. 

KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3

OMEGA-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

FUNGSI EPA  
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi
TUGAS DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
APAKAH KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE?

Melindungi Jantung Anda*

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia

SIAPA PERLUKAN OMEGA GUARD SHAKLEE?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
Mereka yang mengalami masalah berat badan

Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga!

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE
 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TEH SHAKLEE MAMPU MEMBANTU KURUSKAN BADAN

Kajian oleh pengkaji di Switzerland mendapati minum empat gelas teh hijau setiap hari mampumembakar lebih 80 jumlah kalori. Teh hijau mengandungi epigallocatechin gallate yang berupaya meningkatkan metabollisme dan menurunkan kadar kalori. Mimun Teh Hijau juga menggurangkan pengumpulan lemak dalam badan.                                                             

Sering tertidur di tempat kerja mahupun kelas? Ya Teh Shaklee mampu membantu anda!!!

Cinch™ Energy Tea Mix  

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Match.

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 

•    Teh Shaklee Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk. 
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Tea Shaklee Sekotak 28 hidangan                 
* Satu hidangan Shaklee Cinch ™ Energy Tea menyediakan hanya 5 kalori.
Kandungan

Shaklee Cinch ™ Energy Teh adalah minuman teh yang dicipta untuk menyediakan rangsangan tenaga semula jadi pada siang hari untuk individu yang aktif dan dapat mengurangkan bilangan kalori mereka untuk memudahkan penurunan berat badan. Ia terdiri daripada gabungan teh : Matcha Green Tea Powder, Ekstrak Teh Hijau , Rooibos Red Tea Extract dan Ekstrak Teh Putih Matcha Green Tea Powder iaitu mengurangkan inci badan amat popular di Jepun. 
 Untuk hasil yang terbaik , produk ini harus digunakan sebahagian daripada Set Cinch Shaklee dengan pengambilan kalori yang dikawal, cara hidup sihat dan cadangan aktiviti fizikal harian.

Arahan Penggunaan

Dewasa, satu paket teh dibancuh ke dalam 6 hingga 8 oz air panas atau sejuk. Satu hingga dua hidangan sehari.
 
Langkah berjaga-jaga

The ShakleeCinch ™ Energy Teh mengandungi kafein ( 70 mg setiap hidangan ). Oleh itu , wanita hamil dan ibu menyusu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor. Tidak disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak. Individu yang sensitif kepada kafein mungkin mahu mengehadkan pengambilan  kepada jumlah yang munasabah , elakkan mengambilnya hampir pada waktu tidur dan jarakkan dengan ubat-ubatan lain dan makan berkafein ketika mengambil produk ini.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE
 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee
1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :

- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



Untuk maklumat dan keterangan lanjut:


PENGEDAR SAH SHAKLEE

 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU


SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248 

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : Healthy Nurjannah


Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.