Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label KULIT CANTIK. Show all posts
Showing posts with label KULIT CANTIK. Show all posts

KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE



Sel kulit fibroplas yang menghasilkan kolagen dalam badan kita. Fibroplas menggantikan fiber kolagen yang rosak dengan yang baru apabila diperlukan.Kesimpulannya semakin usia kita meningkat, keupayaan untuk badan membaiki dan bina semula kolagen makin berkurang.
  • Epidermis ialah permukaan kulit kita.
  • Sel-sel kulit akan mati dalam jangkamasa 28 hari.
  • Sel-sel kulit yang mati akan digantikan oleh bahagian dermis.
  • Senang sahaja nak bersihkan kulit mati kita ni, hanya perlu cuci sebersihnya.
Bahagian epidermis terdiri daripada 3 :
  • Kolagen
  • Elastin
  • Fibroplas
Elastin ini seperti gelang getah.
Sel-sel elastin membantu tisu kulit kita menjadi bentuk asal semula setelah kulit kita diregangkan.

Pada masa yang sama, fibroplas yang menghasilkan kolagen.

Bermula umur 20 tahun, kolagen dalam badan kita semakin berkurang.

Badan kita kehilangan 4,000mg kolagen sehari tau.

Lama-kelamaan, makin berkurang penghasilan kolagen badan kita makin kendur makin kusam. Dan proses ini dinamakan penuaan kulit.

Penuaan kulit ini ada 2 faktor utama iaitu faktor luaran dan dalaman:

Faktor luaran
  • Radiasi UV
  • Pemakanan tak sihat
  • Pencemaran seperti asap, habuk, debu
  • Merokok / Alkohol
Faktor dalaman
  • Sel kita makin tua ( Penuaan Sel )
  • Stress oksidatif
Penuaan sel berlaku secara semulajadi dan tidak dapat dikawal. Namun, faktor luaran yang mempercepatkan penuaan sel.

Stress oksidatif ialah badan kita menjalani proses metabolisme setiap hari.

APA ITU KOLAGEN?

Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi, dan saluran darah.

KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Setiap hari apabila kita amalkan kolagen, badan kita akan jadi lebih muda dan menawan.

Setiap sachet Collagen Powder Shaklee memberikan 4000mg RSS kolagen dari sisik ikan merah



KENAPA SHAKLEE MEMILIH SISIK IKAN MERAH

  • Ikan merah hidup sedalam 5,000 meter dari permukaan air.
  • Sisik ikan merah sangat kuat dan anjal, dan ia dapat menahan tekanan air yang kuat sepanjang masa.
  • Ikan laut dalam biasanya terhindar dari pencemaran toksik.

Jisim serbuk kolagen Shaklee ialah 1,000 dalton, ia dapat menyerap dengan lebih cepat ke dalam sel badan kerana mempunyai jisim yang rendah

Contohnya, kolagen dalam pasaran ada yang jisimnya 300,000 dalton dan ia susah untuk diserap oleh badan.

Ada 7 bahan kandungan aktif yang memberikan kesan maksima kepada pengamal Collagen Powder Shaklee :

Keanjalan
  • Ekstrak kekerang laut
  • Kolagen sisik ikan merah
  • Lactobacillius acidhophilus
Kelembapan
  • Ekstrak biji Camellia Japonica
  • Ekstrak Pfafilia
Antioksidan (melambatkan penuaan)
  • Vitamin C
  • Vitamin B2 dan B6

KESAN PENGAMBILAN COLLAGEN SHAKLEE POWDER


Kajian menunjukkan 71% pengamal kolagen Shaklee mendapat kesan kulit lembap dan tekstur kulit lebih baik dalam masa 8 minggu

Anti penuaan
  • mengecilkan liang pori
  • menghilangkan kedutan
  • menghilangkan garis halus
Untuk mereka yang kulit kering
  • Kolagen memberikan kelembapan
  • Mengurangkan rasa kering dan sakit
  • Mengurangkan kegatalan bahagian muka ketika menggelupas
Cerah dengan cepat
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Cegah jeragat
  • Tona kulit lebih sekata
Keupayaan sendi / ligamen
  • Meningkatkan pergerakan sendi
  • Menyokong kesihatan sendi dan tulang
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.
Mengembalikan keanjalan
  • Kulit lebih anjal
  • Kulit lebih tegang dan lembut.
Kesihatan rambut
  • Jadikan rambut lebih sihat, bersinar
  • Rambut tidak mudah gugur
  • Rambut tidak bercabang
Payudara
  • Payudara lebih gebu
  • Menegangkan payudara dan punggung

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE



Kepentingan Vitamin C Kepada Tubuh Badan Kita.

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Kenapa Sustained Release Vitamin C Shaklee?


  • Vitamin c shaklee ini unik kerana formula Sustained Release dan formula bioflavonoid.
  • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
  • sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  • Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Orang kata bukan saya kata tau. "Vitamin ni untuk orang sihat sahaja. Kalau sakit makanlah ubat. Sebelum sakit jagalah sebaik mungkin kesihatan kita. Kesihatan yang sihat adalah nikmat yang patut kita hargai."

OMEGA GUARD UNTUK KECANTIKAN KULIT DAN RAMBUT

Jika anda mengalami masalah kulit kering dan bersisik, anda mungkin patut menambah sedikit hidangan ikan di dalam menu harian anda. Asid lemak omega 3 khususnya asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk kesihatan kulit dan rambut. EPA membantu mengawal kadar penghasilan minyak oleh kulit anda. Memastikan bekalan asid lemak omega yang mencukupi dalam badan membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit dari kering dan mengelupas.

Pilih Omega 3 paling berkualiti tinggi seperti Omega Guard Shaklee
Lemak asid Omega 3 juga mampu melindungi kulit anda dari kerosakan. Bila anda terdedah kepada radiasi ultraviolet (UV) dari pancaran cahaya matahari, satu bahan berbahaya yang dipanggil radikal bebas akan terhasil, dimana ia boleh merosakkan sel dan mengakibatkan penuaan pramatang serta menjurus kepada kanser. Lemak asid Omega 3 bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan anda dari bahan ini.

Lemak asid Omega 3 bukan sahaja melindungi badan anda dari kerosakan akibat sinaran matahari, ia sebenarnya membantu memperbaiki kulit. Apabila badan anda terdedah kepada sinaran berbahaya UV, EPA boleh membantu menghalang pelepasan enzim yang memusnahkan kolagen, mengelakkan kulit kendur dan berkedut. Beberapa penyelidikan mencadangkan lemak asid Omega 3 juga berperanan untuk menghindar beberapa jenis kanser kulit, bagaimanapun ini masih belum dibuktikan lagi dan sekadar teori.

Disebabkan sifat anti-anflamasinya, Omega 3 juga mampu melegakan masalah kulit seperti rosacea, psoriasis, dan eczema.

Omega 3 juga sangat baik untuk kulit kepala. Kekurangan nutrisi yang satu ini, kulit kepala anda akan mula mengering dan tidak stabil serta rambut anda boleh hilang kilauannya.

SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE SHAKLEE

Set penjagaan kulit Nutriwhite Shaklee ini telah dibangunkan oleh para saintis dan pakar penjagaan kulit dari Jepun dan Amerika Syarikat. Nutriwhite Shaklee merupakan gabungan nutrien daripada 16 buah negara yang berlainan. Selain itu, set penjagaan muka ini telah diformulasikan berasaskan tumbuh-tumbuhan ini juga diperkaya dengan Vitamin C aktif serta sumber daripada Licorice yang diproses dengan teliti  bagi membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah, permukaan lebih licin serta kulit yang lebih segar dan bersinar.

Rangkaian penjagaan muka produk Nutriwhite Shaklee ini dapat membantu mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona kulit tak sekata.

GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER (150ml)

  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda. Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan
  • Tunas Pokok Bic :  menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe Vera : menyegarkan dan menegangkan kulit

GENTLE DEEP FOAMING CLENSER (150ml)


  • Pencuci yang lembut dan menyegarkan. Diformulasikan khas untuk membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut - menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau - melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia - mencerahkan dan meratakan tona kulit

 SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER (150ml)

  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit. Berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit
  • Ekstrak Rosemary - menyegarkan dan menganjalkan kulit
  • Kudzu-  menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow - membekalkan lembapan penting

ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPF 15 (50ml)

 
  • Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani untuk melembap kulit dengan berkesan
  • Mulberi - mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari
  • Mountain Arnica - menghilangkan radang kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif dan kerosakan persekitaran. 

DAILY DEFENCE WHITENING ESSENCE (30ml)



  • Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan. Serta mempunyai tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit
  • Bearberi - mencerahkan dan menegangkan kulit
  • Strawberi Begonia - meratakan tona kulit
  • Kacang Soya - memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
  • Mulberi - mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
  • Vitamin C aktif - memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah

OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM (50gm)

 

  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit. Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya
  • Linden - membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap - mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif - mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit

SPOT WHITENING TREATMENT (10ml)



  • Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
  • Pati Likuoris dan Peony - memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
  • Cats Claw - menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif - memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit

VIVIX SHAKLEE MEMBANTU MENGEKALKAN AWET MUDA

Beauty Face

Rahsia awet muda yang dinanti-nanti setelah pelbagai produk kecantikan mahupun kesihatan membanjiri pasaran. Inilah tonik anti penuaan terunggul yang berkesan melawan penuaan dari tahap selullar. Ini bermaksud, Vivix berjaya melawan penuaan dari akar umbi dimana ia mula berlaku. Jadi anda akan merasa 25 tahun lebih muda dari umur anda sekarang.

Awet Muda Dengan Vivix


Vivix Shaklee melawan dan melambatkan penuaan sel.

Sel adalah unit utama dalam organisma hidup. Manusia mempunyai trillion sel hidup dan ianya bersatu membentuk tissue. Tissue pula bergabung membentuk organ seperti otak, jantung dan hati. Penuaan yang kita alami sepeti kedutan di muka, kurang penglihatan dan penyakit lain bermula
dari penuaan sel. Sel memiliki ciri-ciri kehidupan dan fungsi fisiologi sendiri.

Maka, sel jua akan berusia dan boleh hilang kemampuannya untuk berfungsi dengan baik. Malahan sel yang berusia jua boleh berfungsi secara tidak normal dan seterusnya memberi impak kepada organ dan sistem tubuh.

Sebagai contoh, jantung sesorang yang berusia 20 tahun berupaya mengepam 10 kali ganda darah yang diperlkukan. Namun selepas usianya 30 tahun, purata 1% daripada kecekapan ini akan hilang setiap tahun. Semakin kita berusia, semakin itu sel tubuh akan juga berusia. Berusia disini bermaksud sel musnah, sel dorman, sel abnormal dan tidak berfungsi baik.

Jadi disinilah peranan Vivix iaitu berfungi dalam kesihatan selular. Sekiranya penuaan sel dapat dilambatkan, organ dan sistem di dalam tubuh masih berfungsi dengan baik walaupun usia sudah meningkat. Dalaman yang sihat akan tergambarkan di wajah yang awet muda dan fisikal yang segak.
Vivix Shaklee dapat menurunkan berat badan
Selepas makan Vivix, anda akan dapati selera anda berkurangan. Ini petanda baik untuk mereka yang kerap sahaja lapar. Ianya meningkatkan metabolisme sel tubuh. Apabila metabolisme meningkat, berat badan akan menurun.


Kehebatan dan keberkesanan vivix turut dikongsi di ruangan kesihatan dan majalah kecantikan seperti di Harian Metro, Rapi, Kosmo dan Aniqah.

Di sini, saya kongsikan petikan dari Harian Metro bertarikh 22 Januari 2010

Bantu Lambat Penuaan Wajah

sitizarinah@hmetro.com.my

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji.

Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. “Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

“Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa
pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix Shaklee mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekaligus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit.

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.



KENALI DAN FAHAMI TENTANG ITU KOLAGEN

Apakah Kolagen?




Kolagen adalah protin utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada, kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, 1V dan V.

  • Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

Apakah Fungsi Kolagen?
- menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin - memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang
  • glisin - melembapan kulit.
  • alanin, prolin dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin - memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh. 
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


Apakah Kesan Kekurangan Kolagen Pada Tubuh?

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1-4g/sehari selepas usia 20 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 40-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 






PENGAMBILAN VITAMIN BANTU MENGURANGKAN MASALAH JERAGAT

Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita pasti ingin nampak CANTIK dan ingin memiliki kulit yang GEBU seperti kulit bayi. Faktor usia dan pemakanan akan menyebabkan kulit tua dan tidak sihat padahal usia masih lagi muda. Jeragat juga akan mula timbul apabila hormon tidak stabil atau disebabkan faktor kerja yang terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Tahukah anda pengambilan vitamin boleh membantu mengurangkan masalah Jeragat. Mari lihat bagaimana vitamin dapat membantu




VITAMIN C
Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu

VITAMIN E

  • » Sebagai antioksidan
  • » Melambatkan proses penuaan (awet muda)
  • » Mengurangkan parut, kedutan & meningkatkan keanjalan kulit
  • » Kulit & rambut lebih sihat dan cantik
  • » Mencegah kanser & kemusnahan Vitamin A dan Vitamin C
  • » Merawat masalah keintiman (suami isteri)
  • » Melancarkan peredaran darah

PROTEIN-ESP

Sel terbentuk daripada protein. Mana datangnya sumber protein? Sumber protien kita perolehi dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun begitu protein yang kita perolehi sering termusnah akibat daripada cara masak yang tidak betul. Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka protien yang kita cuba perolehi dah musnah. Protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37 darjah celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri

SET ASAS PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE

Set Asas Nutriwhite





Gentle Deep Foaming Cleanser (150ml)

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50ml)

  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran 
 Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan



Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

CADANGAN SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Beauty Face

Semua orang sukakan kecantikan tidak kira lelaki atau wanita. Memiliki kulit yang cantik dan bersih dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Namun harus diingat, kita harus memilih supplement yang selamat untuk membantu diri menjadi cantik dengan bahan yang betul dan selamat. Kebanjiran produk kecantikan di pasaran kini agak diragui dari segi keselamatan dan kesan jangka panjang, lebih-lebih lagi produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dengan tidak mengambil serius tentang kelulusan HALAL dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

CADANGAN VITAMIN KECANTIKAN KULIT
Set Kecantikan ini juga dikenali sebagai Set D di kalangan pengguna-penggunanya. Ia terdiri daripada:

  • B-Complex
  • Vitamin E Complex
  • Sustained Release Vita C Plus
  • Energizing Soy Protein (ESP)

Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Kecantikan Shaklee:

B-Complex
Vitamin B
Bersifat anti stress dan membantu melindungi kulit dari pancaran matahari. Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex berfungsi sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak. B-Complex juga membantu melancarkan perjalanan darah untuk kesan kulit lebih muda dan glowing/berseri.

Vitamin E Complex

Vitamin E Complex
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit muka dan seluruh tubuh dari dalam. Vitamin E juga dapat menghilangkan parut dan jeragat dari dalam struktur kulit, bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Sustained Release Vita C Plus
Vitamin C
Vitamin C dapat membantu proses pembaikan tisu (bekas² jerawat & parut) dan mencerahkan kulit. Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit secara semulajadi, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit. Vitamin C amat terkenal dan sebati sebagai regim kecantikan sejak dahulu lagi. Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menghalang pembentukan pigmentasi yang merupakan penyebab utama kepada jeragat pada kulit.

Energizing Soy Protein (ESP)
Energizing Soya Protein
Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semual sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kulit yang cerah dan kepejalan otot, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kesan parut. Pengambilan ESP yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee
1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :

- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



Untuk maklumat dan keterangan lanjut:


PENGEDAR SAH SHAKLEE

 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU


SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248 

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : Healthy Nurjannah


Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.