Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts

MENGATASI MASALAH PENING KEPALA TANPA MENGGUNAKAN PANADOL

Paracetamol adalah sejenis dadah yang termasuk dalam kategori “aniline analgesics” yang dijadikan ubat penahan sakit seperti sakit kepala, deman, selsema, batuk dan sebagainya. Ada terdapat berbagai jenama Paracetamol yang terkenal di Malaysia. Menurut pakar, pengambilan paracetamol secara berlebihan dan kerap adalah sangat membahayakan kesihatan.

Keracunan Paracetamol boleh mengakibatkan kerosakan fungsi organ di dalam tubuh manusia seperti buah pinggang, kegagalan hati, keracunan dan banyak lagi masalah yang berkaitan.

Para Pengkaji di Universiti Edinburg, United Kingdom telah menyaksikan 161 kes “pengambilan berlebihan secara berkala” di hospital dalam tempoh masa 16 tahun. Mereka mendapati bahawa pengambilan ubat paracetamol yang berlebihan boleh merosakkan hati dan dan mengakibatkan lebih banyak komplikasi.

Di dalam kes 161 yang telah mengambil ubat secara berkala dan berlebihan didapati telah mengalami masalah hati dan jantung dan memerlukan dialisis buah pinggan atau memerlukan bantuan pernafasan. Mereka juga lebih cenderung kepada kematian akibat berbagai komplikasi kesihatan.

“Mesejnya adalah sangat jelas: sekiranya anda mengambil paracetamol secara berlebihan dan tidak terkawal, anda tidak akan dapat mengawal kesakitan tetapi ianya hanya akan menambah kerosakan terhadap tubuh badan anda.”

Terdapat juga banyak kes-kes yang berlaku di seluruh dunia yang dikaitkan dengan ketagihan paracetamol sehingga menyebabkan kematian di usia muda. Cegahlah sebelum parah!

Petua Mengatasi Sakit Kepala

Petua #1: Sakit kepala adalah disebabkan keadaan tidak seimbang elektron dan ion di dalam sel otak. Rawatan alternatif untuk menghilangkan kesakitan adalah dengan meminum minuman isotonic. Minum campuran air Isotonic dan air biasa dengan kadar 1:1 atau 1:2 ketika anda mengalami masalah sakit kepala. 

Petua #02: Petua lain bagi membantu mengurangi sakit kepala ialah dengan merendamkan kedua belah kaki anda di dalam besen yang berisi dengan air suam. InsyaAllah ianya akan membantu mengurangkan tekanan darah di kepala anda.

Petua #03: Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

Petua #04: Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk. Tekapkan tuala secara lembut di bahagian kepala dan belakang leher. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

Petua #05: Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli dari mana-mana pasaraya. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim.

Petua #06: Elakkan dari tidur selepas solat Asar. Sekiranya mengalama sakit kepala pada waktu ini, lakukan Petua #02. Lakukannya selama beberapa ketika sambil menikmati minuman petang. Kemudian mandi seperti biasa. InsyaAllah selepas waktu Maghrib, kesakitan akan beransur hilang sepenuhnya.

Petua #07: Kurangkan mengambil minuman yang mengandungi caffeine (i.e. Kopi, teh, minuman ringan, minuman bertenaga etc.). Pengambilan caffeine yang berlebihan yang melebihi 250mg sehari boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai“caffeinism“. Ianya boleh menyebabkan punca berlakunya keadaan fizikal dan mental yang kurang selesa termasuk gemuruh, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sesak nafas.

Petua #08: Amalkan membaca Surah Al-Waqiah: Ayat 19.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ

Petua #09: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama air. Letakkan di atas kepala selama 30 minit.

Petua #10: Tapis perahan asam bersama dengan santan. Lumurkan di atas kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala kering. Setelah selesai, bersihkan dengan air dan syampu.

Petua #11: Picit dan urut-urut kepala anda dengan lembut. Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang lain.

Petua #12: Bernafas dengan lebih efisien sambil menutup mata. Kajian menunjukkan bahawa sakit kepala mungkin berlaku disebabkan oleh kekurangan oksigen. Jadi, relaks. Tarik nafas dalam-dalam sambil tutup mata anda.

Petua #13: Hiriskan bawang putih nipis-nipis. Kemuadian letakkan di tepi dahi sehingga sakit kepala hilang.

Petua #14: Makan makanan pedas juga boleh membantu menyembuhkan sakit kepala yang anda alami.

Petua #15: Lepaskan ikatan rambut ketika pening sama ada anda mengikat rambut anda ataupun menyanggul rambut anda. Ikatan rambut yang terlalu ketat boleh mengakibatkan kulit kepala menegang dan boleh mengganggu peredaran darah sehingga menyebabkan pening kepala.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.