Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label GASTRIK. Show all posts
Showing posts with label GASTRIK. Show all posts

BAGAIMANA ESP MEMBANTU KURANGKAN GASTRIK?

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.



Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Maka dengan itu..eloklah dicegah sebelum ia menjadi parah.

Bagaimana ESP boleh membantu?

Energising Soy Protein(ESP) adalah protein berasaskan soya yang mana mampu memperbaiki sel-sel baru di dinding perut. Ia juga untuk menstabilkan hormon badan dan meneutralkan keadaan asid dalam perut.
Kandungan gas dalam perut meningkat apabila tiada makanan dalam perut untuk diproses. Proetin bersifat lebih kompleks berbanding karbohidrat dan kekal lebih lama di dalam perut. Pengambilan 3 kali sehari, sesudu setiap kali mampu merendahkan risiko gastrik. Kerana itu beribu penghidap gastrik yang mengamalkan ESP dah bebas dari gastrik.

Jom baca apa kata mereka yang menjadikan ESP sebagai penawar gastrik....

TESTIMONI GASTRIK ESP

TESTIMONI GASTRIK ESP

TESTIMONI GASTRIK ESP

TESTIMONI GASTRIK ESP


PEMAHAMAN TENTANG GASTRIK



Apa Gastrik itu gastrik?
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Gastrik

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Perut

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah). Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
  • Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
Gastrik

  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
  1. Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan.
  2. Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.