Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label GARLIC. Show all posts
Showing posts with label GARLIC. Show all posts

SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT PESAKIT TIBI




Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar batuk kering? Itu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal batuk kering daripada tibi. Tapi apabila sebut batuk kering, maka ketakutan kita terhadap sakit itu kurang. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan hilang sepertimana selesema jugak.

Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab kuman-kuman tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan.

Kuman-kuman tibi jadi aktif apabila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka daripada membiak di dalam badan. Setengah orang yang dijangkiti akan dapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan sempat melawan kuman-kuman tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dulunya diam dalam badan terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan serang kita bila sistem imun kita lemah.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan umumnya 1/3 daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Maksudnya 1 daripada setiap 3 orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja kita sedia mempunyai kuman penyakit ni dalam badan. 


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut kalau tidak dirawat. Tibi ni berpunca daripada kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Dianggarkan 90% daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Pun begitu, melalui peredaran darah, kuman ini masih boleh merosakkan bahagian tubuh lain macam buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang, otak dan lain-lain. 



BAGAIMANA PENYAKIT TIBI MEREBAK?


Bila pesakit pulmoni aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-terapung itu akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yg berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya.

GEJALA DAN SIMPTOM PENYAKIT TIBI

  • Batuk berkahak melebihi 2 minggu atau lebih
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya bila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

  • Bayi2 baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak kita
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN PENYAKIT TIBI

  • Penduduk miskin yg tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  • Pembawa HIV
  • Mereka yg menghidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yg mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama
  • Warga tua 
  • Perokok tegar

CARA MENDIAGNOSIS PENYAKIT TIBI

  • Kalau mengalami batuk berpanjangan, kita hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma
 
  • Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru kita 


KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI

Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
  • Rifampicin (RIF)
  • Isoniazid (INH)
  • Pyrazinamide (PZA)
  • Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.

TIPS SEMASA RAWATAN UNTUK PESAKIT TIBI

  • Sekiranya kita pesakit tibi yg sedang menjalani rawatan, kita hendaklah mendapatkan rawatan berterusan serta mematuhinya dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
  • Rehat secukupnya
  • Makan makanan seimbang
  • Pastikan badan anda selalu kuat dan sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
  • Jangan biarkan diri dikuasai oleh roko kerana ianya hanya memburukkan keadaan
  • Banyakkan bersenam
  • Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
  • Biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
  • Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
  • Ambil supplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

ALTERNATIF SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK BANTU PESAKIT TIBI

Ada beberapa vitamin yang boleh di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;


  • Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
  • Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
  • Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
  • Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
  • Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.
  • Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.
  • Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asma atau infeksi paru-paru.
  • Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan.
  • Ia mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan.
  • Menggalakkan fungsi imun dan fungsi pemulihan
  •  Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel
  • Penting untuk pemulihan tisu paru-paru
Jika anda memerlukan nutrisi suplemen sebagai cara untuk mengatasi penyakit Tibi , anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp 012-6412248 (effa) untuk konsultasi.

Duit memang besar nilainya apabila kita sihat, tetapi tidak bernilai bila kita sakit!!

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.

SHAKLEE MEMBANTU MENGHILANGKAN MASALAH BAU BADAN


Masalah bau badan mungkin dipandang remeh oleh sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini boleh menjadi rumit jika tidak dibendung segera. Tak kira sama ada lelaki atau wanita, pengurusan kebersihan diri adalah aspek terpenting yang perlu ditekankan.

Jangan ambil mudah, ia berisiko menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri dan malu untuk bersosial. Paling kritikal, impak yang sangat menakutkan dalam kehidupan peribadi iaitu sukar mencari jodoh atau bagi yang sudah berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan sesama suami isteri. Pasti kita tak mahu ini berlaku bukan?

Kenalpasti Dan Fahami Punca Masalah Bau Badan

Hakikatnya semua orang mempunyai bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

1. Berpunca dari Bakteria




Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sinilah lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Berpunca dari Toksin di dalam Badan



Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh, sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

3. Pengambilan Kafein dan Pemakanan Makanan Berempah Yang Berlebihan



Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.

4. Faktor Kesihatan & Genetik



Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

7 Tips Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan

  1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
  2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
  3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
  4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
  5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
  6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
  7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Pengambilan Supplemen Untuk Kawal Bau Badan Secara Semulajadi

Kita juga boleh mengambil suplemen Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.

Alfalfa Shaklee

Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Shaklee

Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.


Herba-Lax Shaklee

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.


DEMAM KEPIALU : CADANGAN SET SHAKLEE

Demam Kepialu atau Tifoid 

Apakah itu demam kepialu? 

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk ).

Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementara mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.

Makanan yang perlu dielakkan

Ketika serangan bakteria ini, kita hendaklah mengelakkan mengambil makanan yang tidak masak, mentah seperti :
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Berdasarkan senarai diatas, memang semua makan pilihan rakyat Malaysia. Jadi untuk mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, disarankan agar makan sahaja dirumah atau cari kedai makan yang bersih terutamanya dibahagian dapur.

Tanda-tanda serangan Demam Kepialu

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan. Di antara gejala yang ada pada diri pesakit adalah:
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimana ia merebak?

Penyakit ini mudah merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis) manusia yang mengandungi bakteri salmonella typhi. Ia juga disebarkan melalui makanan dan minumam yang disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier).
Kita perlu berhati-hati dalam memilih kedai makan, elakkan dari makan dikedai yang kotor, bersepah dan disediakan oleh pendatang asing.

Komplikasi Penyakit

  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?


Diantara langkah-langkah yang terbaik untuk mencegah demam kepialu adalah dengan sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air bersih selepas keluar dari tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Pastikan anda hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya. Elakkan dari memakan makanan mentah, buahan dari penjaja, minum air masak yang telah dibotolkan dan paling penting dan pastikan persekitaran senantiasa bersih.

Cadangan pengambilan Shaklee bagi mencegah Demam Kepialu


Diantara langkah terbaik adalah kita senantiasa menguatkan antibodi dan badan kita dengan mengambil vitamin-vitamin yang bersifat antioksida seperti Vitamin E, Vitamin C dan Garlic.

Bagi mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, saya menyarankan agar anda dan keluarga perlu mengambil :
  • Vitamin E & Vitamin C - menguatkan antibodi dalam jangkamasa panjang 
  • Nutriferon - dihasilkan khusus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. 
  • Garlic - agen detox darah

Anda tak perlu risau kerana semua produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Tiada bahan kimia atau pewarna/perasa tiruan didalamnya. Semua produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi. 

Jadi, sebagai ibu-bapa yang prihatin, kita perlu bertindak sebelum parah. Sebagaimana kita memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya dimasa depan, begitu juga dengan kita menjaga kesihatan mereka dengan memberikan nutrisi yang secukupnya agar mereka senantiasa sihat. InsyaAllah.

SET KEPUTIHAN SHAKLEE


Masalah keputihan adalah lelehan lendir yang keluar dari alat sulit perempuan. Kebiasaannya keputihan berwarna putih. Adakalanya ia juga berwarna krim atau kelabu. Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Wanita haruslah mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan antara keputihan normal dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan segera.

Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis:
  1. Keputihan fisiologis. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). 
  2. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.



Keputihan kronik (Patologik) memerlukan rawatan segera. Patologik boleh menyebabkan kesan sampingan seperti radang dan bengkak jika tidak debendung dengan segera. Kini mereka yang memilih untuk merawat keputihan secara semulajadi, tanpa kesan sampingan, lebih selamat, malah turut membantu badan meningkatkan sistem imun secara langsung, gunalah set keputihan shaklee. 
 

KEPENTINGAN DAN CARA BUANG TOKSIN DALAM BADAN (DETOX)

Detox Hati


Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :

  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia
Tanda-tanda anda perlu DETOX
  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia
Cara & Langkah-langkah DETOX

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :

  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit
Bila waktu terbaik detox?
Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien
, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukannya selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

MENGATASI DENGKURAN WAKTU TIDUR


Ada pelbagai punca berdengkur, samada otot lemah, hidung bengkok, polip dan jangkitan sinus. Apapun punca dengkur ia merupakan sesuatu yang agak memalukan bagi sesetengah di kalangan kita. Set shaklee boleh mengurangkan malah ada yang pulih bergantung kepada punca dengkuran tersebut. Jika punca daripada sinus baiknya adalah Sustained Vita-C, Garlic dan Alfalfa
Namun jika berpunca daripada otot, Vivix, Bcomplex dan Ostematrix antara yang terbaik untuk mengatasi dengkuran


Punca orang berdengkur salah satunya adalah mengalami lemah otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak kuat dan tegang, lidah akan tetolak kebelakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tersebut tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur penafasan atas. Kesukaran bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untu bernafas. ini menyebabkan ruang vakumyang berlebihan di dalam tekak, dan tisu tekak lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

PETUA MENJAGA KESIHATAN JANTUNG



Jantung merupakan organ terpenting dalam kehidupan manusia. Kita hanya ada satu jantung sepanjang hidup kita. Tanpa jantung, bermakna kita sudah tidak bernyawa. Oleh itu sayangilah jantung anda.



5 Petua untuk jantung yang sihat.
1. Mengawal berat badanBerat badan yang berlebihan menyebabkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan banyak lagi penyakit kronik lebih tinggi daripada orang yang mempunyai berat badan yang ideal. Apabila bercakap tentang pengawalan berat badan, tentunya akan bersangkut paut pula dengan pemakanan dan cara hidup.




2. Menjaga pemakanan
Pemakanan yang tidak terkawal menyebabkan kegemukan. Ibu bapa terutamanya, seharusnya mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi untuk memakan makanan yang seimbang dan kuantiti yang mencukupi.

Pemakanan yang banyak karbohidrat seharusnya dikawal untuk mengelakkan berlebihan dan akan bertukar kepada lemak jika tidak digunakan. Pastinya makanan yang berlemak, seperti mentega, keju, makanan bersantan hendaklah dikurangkan.

Cara memasak makanan juga hendaklah dikawal. Elakkan makanan yang bergoreng. Sebaliknya tumpukan kepada makanan yang dikukus atau dibakar untuk mengawal pengambilan minyak yang berlebihan.


3. Berhenti merokokOrang-orang yang menghisap rokok mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Oleh itu, jika anda tidak menghisap rokok, jangan sesekali mencuba atau menjebakkan diri anda dengan rokok.



4. Bersenam
Bersenam dapat membantu jantung mengedarkan darah dengan lebih baik. Antara senaman yang sangat baik untuk kesihatan jantung ialah berjoging, berjalan laju, mengayuh basikal. 


5. Hidup dengan ceria dan gembiraTidak dapat dinafikan kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun, bertenang dan redhalah. Sesungguhnya semua yang terjadi telah ditentukan. Oleh itu, bergembira dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Curahkan kasih sayang, banyakkan bersenam, terima perkara yang tidak baik sebagai sebahagian daripada kehidupan dan teruskan hidup dengan bahagia.

Namun, jika anda inginkan extra perlindungan untuk jantung yang kuat dan sihat, anda juga digalakkan untuk mengambil supplemen.

Shaklee mempunyai supplemen-supplemen yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Supplemen-supplemen tersebut ialah:

  • Alfalfa Complex 
  • Omega Guard 
  • Garlic Complex 
  • Vita E Complex 
  • Lecithin 
  • ESP 
  • COQHealth



Kebaikan Set Jantung Sihat:

  • Mengelakkan kolesterol daripada melekat di salur darah.
  • Mengelakkan darah daripada menjadi pekat.
  • Memelihara salur darah daripada inflamasi.
  • Mencairkan lemak dan menyingkirkan dari badan.
  • Mengelakkan salur darah daripada tersumbat
  • Meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh.
  • Menggalakan pembaikan sel-sel.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.