Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label DAFTAR AHLI. Show all posts
Showing posts with label DAFTAR AHLI. Show all posts

KELEBIHAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE



Kali ni nak share tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee, dulu masa memula join ahli ni just fikir untuk dapatkan vitamin dan barang-barang shaklee ni dengan harga ahli sahaja, tapi bila dah join ni banyak pulak benefit yang dapat. Masa memula jadi ahli dulu memang ingatkan dapat bonus tunai je lah, tu pun 2 angka sahaja, sekarang rasanya dah makin teruja lak bila bonus dah jejak 4 angka dan tetiba dah dapat naik 1st rank dalam bisnes ni. Cukup mudah rupanya. Apa yang saya cuba buat hanyalah meniru apa yang upline saya ajar. Itulah betapa pentingnya ade upline dan team yang bagus tau!! Ya, perlu pilih team..

 
Baiklah, ape kelebihan bila kita mula mendaftar sebagai ahli shaklee ni ?

1. Harga Ahli

Anda pasti dapat beli produk Shaklee dengan HARGA AHLI. Itu kelebihan yang paling ramai orang nak. Sebab apa? Harga ahli Shaklee dan harga jualan berbeza dalam 20% hingga 25%.

Contoh satu produk X dalam Shaklee harga dia RM150 dalam pasaran, tapi harga ahli hanya RM121.

(RM150 - RM121)/RM150 = 19.33%

Perbezaan hampir 20% harga pasaran produk X dalam Shaklee! Anda JIMAT RM29. Itu baru beli produk X seunit.

Contoh 2, Produk Y dalam shaklee harga dia RM61, kat pasaran. tapi harga ahli RM49 SAHAJA.

(RM61 -RM49 =RM12)/RM61= 19.67%

2. Kumpul Point

Anda mesti pernah ada kad ahli atau kad untuk kumpul point kalau shopping kat mana-mana hyper atau supermarket kan? Contohnya kad Bonuslink....

Bila dah cukup satu tahap yang ditentukan, kita boleh redeem hadiah kan? Ada hadiah yang best dan tak best....kalau dapat yang tak best macamana? Rugi je kumpul point...penat wooo... hehehe..

Shaklee pun ada jugak sistem kumpul point ni...point tu kita panggil UV (Unit Volume). Tapi dalam Shaklee, sistem kumpul point dia lagi best! Apa yange bestnya?

Shaklee bagi cash back dari UV yang dikumpul. Apa itu cash back? Shaklee akan masukkan semula duit terkumpul dari jumlah UV yang kita dapat ke dalam akaun bank kita. Makin banyak UV, makin banyak dapat cash...so terpulanglah pada kita nak guna duit tu untuk apa. Best kan?

kiraan UV yang menentukan peratus cash back yang bakal anda dapat

 
Itulah rahsia jana pendapatan dalam Shaklee. Itu baru cerita sikit, ada baaaanyak lagi RAHSIA jana pendapatan dari Shaklee. Nak tahu apa dia....kena join Shaklee dulu... :)

3. Tak Perlu Modal Besar

Anda hanya perlukan RM75 sahaja yuran untuk jadi ahli Shaklee SEUMUR HIDUP. RM75 bukannya yuran semata-mata, tapi ia adalah kos untuk anda dapatkan bisnes kit, beg keahlian yang penuh dengan RAHSIA jana pendapatan dengan Shaklee, panduan produk Shaklee, senarai harga, majalah Shaklee Today yang penuh kisah motivasi orang berjaya dalam Shaklee dan kos penghantaran bisnes kit ni ke rumah anda! Kalau anda tak tahu nak buat macam mana, saya boleh uruskan untuk anda from A to Z!


Biz Kit Shaklee

4. Tak Perlu Maintain Point

Anda tak perlu maintain point atau buat pembelian tertentu setiap bulan sebagai syarat keahlian anda. Jika anda tak ada buat pembelian sekalipun dalam bulan tersebut, keahlian anda tidak akan terjejas. CUMA..anda tak dapat cashback je lah hehehe

5. Promosi Produk Secara Bulanan

Shaklee akan OFFER Promosi Produk secara bulanan ISTIMEWA untuk Ahli Shaklee sahaja. Setiap bulan, Shaklee akan pilih satu daripada produk-produknya untuk mendapat promosi pembelian istimewa dan harganya lebih rendah dari harga ahli. Promosi  Buy 6 free 1, Buy 2 less 5% dan kadang-kadang bukan 1 je produk tapi 2,3 dan 4 produk

KESAN JANGKAMASA PANJANG PRODUK SHAKLEE

Saya adalah pengguna tegar produk Shaklee sejak 3 tahun yang lalu hingga sekarang. Banyak kesan jangkamasa panjang yang telah saya rasakan.
 
Saya bermula mengambil produk shaklee kerana masalah resdung yang agak kronik serta kulit muka berjerawat dan berparut. 
 
Alhamdulillah perubahan positif semakin saya nampak dan rasai selepas pengambilan produk shaklee ini. Bukan sahaja masalah resdung saya hilang malah kulit menjadi semakin cerah, parut jerawat semakin pudar dan jerawat juga semakin mengecut.

Selain itu, antara perubahan positif yang saya rasai adalah migrain saya tiada lagi, mendapat berat badan yang ideal, badan lebih cergas, power cermin mata semakin berkurangan.

Jadi saya tidak hairan dengan kajian yang ingin saya ceritakan kepada anda dibawah. Kajian ini adalah berkenaan sejauh manakah pengambilan produk Shaklee memberikan kesan kepada penggunanya. Dan kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, bermakna ia dilakukan bukan oleh Shaklee.

'LANDMARK STUDY' DAN KEPENTINGANNYA

'Landmark study' adalah kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti risiko dan manfaat ke atas seseorang yang menggunakan suplimen secara menyeluruh dalam jangka masa yang panjang.

'Landmark Study' penting kerana dalam keterbatasan kajian saintifik, tidak semuanya boleh dibuktikan dengan segera. Suplimen bukannya seperti ubat yang terhasil dari dadah yang diproses di makmal, bukan juga “peluru ajaib” yang boleh tunjukkan kesan segera dan terus dalam masa beberapa minit atau jam sahaja kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja dalam mengatasi satu-satu masalah kesihatan.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangka masa yang pendek, dan biasanya penyakit mengambil masa selama 10 ke 30 tahun untuk bermula dan menunjukkan kesan kepada tubuh kita. Jadi, “Landmark Study” ini sangat sesuailah kerana kajian dibuat untuk jangka masa yang panjang iaitu lebih dari 20 tahun.

Kenapa mesti ada kajian mengenai “Landmark Study” ini? Kerana kita mesti tahu samada suplimen ini berbahaya atau bermanfaat kepada kesihatan kita.

Kos yang tinggi diperlukan untuk melakukan landmark Study ini. Kerana itulah, tidak semua syarikat suplimen melakukan “Landmark Study” ini ke atas pengguna suplimen mereka.

SIAPA YANG MELAKSANAKAN 'LANDMARK STUDY'?

'Landmark Study' ini telah dijalankan oleh salah seorang daripada saintis yang top di dunia dalam bidang nutrisi di UC Berkeley, iaitu Dr Gladys Block. Dr. Block miliki beratus-ratus kajian dalam bidang ini. Seluruh dunia menggunakan borang kajiannya dalam membuat kajian dalam bidang nutrisi. Dr. Block telah meminta dari Shaklee untuk beliau menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang. Mengapa beliau memilih Shaklee?
  • Reputasi Shaklee yang terkenal dan memang dikenali dengan integriti dan kualitinya
  • Shaklee mempunyai kumpulan pengguna yang sesuai kerana mereka adalah pengguna Shaklee yang tegar, yang menggunakan produk Shaklee dalam jangka masa yang panjang.
Apabila Dr Block mengutarakan permintaannya terhadap Shaklee, CEO Shaklee Corporation mengalu-alukan “Landmark Study” dilakukan ke atas Shaklee. Kenapa? Kerana Mr Roger sangat yakin bahawa suplimen Shaklee sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri dan diyakini selamat dan tidak memudaratkan sesiapa pun dalam jangka pendek mahupun jangka masa panjang. Mr Roger juga tahu bukti yang lebih konkrit akan diperolehi mengenai kesan pengambilan suplimen Shaklee ini apabila 'Landmark Study' dilakukan ke atas pengguna Shaklee.

Tentang 'Landmark Study' ini, tidak banyak syarikat yang memberi keizinan kepada pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat seandainya keputusan atau “result” dari kajian yang dijalankan itu menunjukkan produk mereka tidak berkesan, mahupon memudaratkan.

Ini jauh berbeza dengan Shaklee yang begitu yakin dengan keberkesanan produknya kerana pelbagai kajian saintifik dan ujian klinikal dijalankan terlebih dahulu sebelum menghasilkan satu-satu produk.. Oleh sebab itu, kami sebagai pengedar, bukan saja-saja suka hati mengatakan produk ini berkesan dan selamat tetapi ianya telah dibuktikan berkesan dan selamat!

BAGAIMANA 'LANDMARK STUDY' DILAKUKAN?

3 kumpulan diasingkan mengikut kategori:
  1. Kumpulan Shaklee – Telah mengamalkan pelbagai suplimen Shaklee selama 20 tahun ke atas.
  2. Pengguna multivitamin produk lain (MV)
  3. Pengguna yang tidak menggunakan apa-apa suplimen

KEPUTUSAN 'LANDMARK STUDY'

Nutrisi Dalam Darah

Nutrisi di dalam suplimen Shaklee adalah sangat “bioavailable” iaitu nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplimen.

Mengurangkan risiko penyakit

Pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Pengguna suplimen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides
Hasil kajian membuktikan, suplimen Shaklee adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna.
Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.

KESIMPULAN TENTANG SHAKLEE 'LANDMARK STUDY'

Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang – Tiada siapa yang pernah melakukan kajian seperti ini melainkan Shaklee:
  • Pengguna produk Shaklee mempunyai level nutrisi dalam darah yang lebih baik–Terbukti produk Shaklee adalah bioavailable di mana ia mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  • Pengguna Shaklee mempunyai biomarkers of disease risk yang lebih baik –Terbukti menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko dari penyakit.
  • Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah–Terbukti menggunakan Shaklee anda boleh meningkatkan taraf kesihatan anda.
  • Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik –Terbukti anda mampu hidup lebih sihat.
  • Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplimen Shaklee –Terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangka masa panjang!

Sekiranya anda mencari hidup yang lebih sihat dan berpanjangan atau anda mencari lebih tenaga dan muda Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih muda, sihat, dan bertenaga! Pilihan di tangan anda, saya telah memilih yang terbaik dan saya yakin anda pasti memilih yang terbaik!

KENAPA SHAKLEE MENJADI PILIHAN SAYA SEKELUARGA ?


5 Fakta Penting Kenapa Shaklee Jadi Pilihan Sebagai Suplemen 

1. Banyak produk suplemen tidak menepati standard seperti yang tertulis pada label

Jika kita lihat laporan di New York Times pada bulan Mei 2015, FDA telah membuat ujikaji ke atas beberapa jenama suplement yang tersohor dan mendapati bahawa sekurang-kurangnya 4 daripada 5 produk yang dijual tidak mengandungi apa yang tertulis di label.

Ia juga mengandungi herba yang merbahaya dan bahan fillers murahan yang berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan dan alahan terhadap pengguna. Syarikat-syarikat tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkuatkuasa serta-merta.

Kita memang perlu ambil berat sebenarnya dengan suplement yang kita ambil. Jangan main hentam sahaja. Benda hendak masuk dalam badan kita, eloklah kita semak betul-betul sebelum beli.

GNC, Target, Walgreens and Walmart adalah antara jenama yang dikenalpasti berpotensi memberikan kesan negatif terhadap kesihatan pengguna. Anda boleh baca penerangan selanjutkan dalam posting suplemen tidak standard. Pastikan anda baca tau.

Lihat –> Betapa industri dan syarikat yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kita sebagai pengguna!

2. Terdapat suplemen yang mengandungi bahan berbahaya

Ini lagi berbahaya, sebab ia melibatkan nyawa dan kesihatan anda. Ada suplemen yang boleh kurus hanya dengan bahan phytonutrients, tanpa jaga makan dan senaman? How can it make sense? Rupanya bila disiasat, produk itu mengandungi sibutramine. Sibutramine pula tidak disebutkan di dalam senarai ramuannya. Selain berbahaya, ia juga menipu kan?

Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar nadi, mengganggu fungsi jantung dan saraf, dan seterusnya boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, strok dan kematian.

Sebelum ini telah dapat kelulusan, tetapi apabila ada yang telah menemui maut disebabkan produk itu, barulah produk itu ditarik balik.

Nasihat tulus ikhlas dari saya – Jangan makan ikut trend. Makan ikut apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Pilih yang berkualiti tinggi. Luangkan masa untuk melihat dan meninjau sedikit apa yang kita ambil dan kita laburkan untuk kesihatan.

Kalau anda bernasib baik, anda selamat. Tapi kalau anda tidak bernasib baik, kulit jadi melecur, atau boleh menemui ajal?

3. Kebanyakan suplemen tiada ujian klinikal

Salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo). Senang cerita, ujian klinikal ini dijalankan ke atas manusia pengguna suplemen vs manusia bukan pengguna. Faham kan.

Kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian. Kebanyakan syarikat pengeluar suplemen bagaimanapun hanya fokus pada mempromosikan produk. Sebab itu kebanyakannya memperuntukkan banyak belanja untuk duta dikalangan artis berbanding membuat ujian klinikal.

Perasan tak siapa yang menaja program AF atau Juara Lagu? Produk mana yang selalu masuk siaran TV atau selalu menggunakan artis sebagai dutanya? Promosi sebegini memang membabitkan jutaan RM tau.

Suplement pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses produk, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Produk yang tiada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.

Tetapi, ini masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, bila ada laporan kesan sampingan baru produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan suplement sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun juga ada yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta. 

Antara Supplemen Yang Beracun

Shaklee mengambil langkah yang menyebabkan saya boleh terima kualitinya sebagai suplement yang berkualti tinggi (medical supergrade). Saya bukan taksub pada jenama Shaklee tetapi saya semakin kagum dengan kualiti yang ada.

They walk their talk : Always Safe, Always Work, Always Green. Hanya yang berani sahaja akan menggunakan tagline ni kerana jika ia tidak selamat bila-bila masa sahaja ada kemungkinan boleh di saman.

Selain itu Shaklee juga telah diuji bagi ujian kesan jangkamasa panjang yang mana menunjukkannya selamat dan berkesan untuk diamalkan walaupun dalam jangkamasa lama. 

Kajian Kesan Jangkamasa Panjang Shaklee membuktikan kesihatan penggunanya meningkat dan selamat untuk diamalkan

4. Doktor Belajar Perubatan, Bukan Nutrisi

Bidang perubatan dan nutrisi adalah 2 bidang yang berbeza. Dalam bidang perubatan, ada juga subjek nutrisi tetapi tidak banyak pun, sekitar 5% sahaja. Ini apa yang diberitahu oleh kawan doktor saya. Doktor dilatih untuk “sick care” sementara nutrition berminat kepada “health care”.

Ada seorang doktor ini dalam Bicara Siti menyebutkan suplemen tidak diperlukan dan cukup hanya dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang. Ini biasalah jawapan standard doktor kan. Tetapi secara peribadi, apabila ditanya apakah suplemen yang beliau ambil, “Morning I take Omega dan CoQ10 for my heart, beta carotene for my eyes, vitamin c dan vitamin E for my skin, Glucosamine for my joint… panjang lagi list beliau. Kalaulah kita boleh quote balik apa yang disebutnya dalam Bicara Siti itu kan. 

Doktor dan Nutritionist siapa yang lebih menyumbang kepada kesihatan anda?

Ada sebuah buku menarik untuk dibaca “What your doctor doesn’t know about nutritional medicine maybe killing you.” 

Ada sesetengah customer saya bila saya sarankan suplemen Shaklee cepat saja menjawab “nanti saya tanya doktor saya dulu.” Jadi fakta ini adalah untuk anda. Tidak semua doktor tahu benar tentang nutrisi, sebab perubatan dan nutrisi adalah bidang berbeza.

Jadi naluri anda untuk mendapatkan mana-mana suplemen tidak sepatutnya anda sandarkan kepada doktor anda, sebaliknya anda sendiri harus bertanggungjawab ke atas keputusan yang anda buat. Anda boleh bertanya kepada doktor sekadar buat sedap hati, tetapi akhirnya anda sendiri yang menerima kesannya.

Saya bukan hendak sebut doktor tidak penting, saya masih lagi berjumpa doktor bila berlaku keperluan.

5. Suplemen Yang Baik Berkesan Dengan Sendirinya

Bagi orang yang tidak percayakan Shaklee atau suplemen yang baik sebegini, biasanya biarkan mereka cuba sendiri. Suplemen yang baik dan berkesan, akan bercakap dengan sendirinya. Bila sudah digunakan, mereka sendiri akan perasan perubahan yang mereka alami.

Shaklee tiada dadah. Selain ujian klinikal membuktikannya, para atlet Olimpik US juga adalah ujikaji yang telah membuktikannya. Bagi atlet, hendak menjalani ujian doping kalau guna ubat memang tentunya tidak lepas. Tetapi walaupun ambil Shaklee, tiada kesan pun. Ini membuktikan Shaklee tiada dadah dan selamat, serta berkesan digunakan oleh orang-orang seperti ini.

Rangkaian produk sukan membantu ramai atlit untuk memenangi 125 medals di Olimpik dan Shaklee juga adalah membekal nutrisi kepada World explorer, 7 world’s record of Time-Life’s Greatest Adventures of All Time!
Atlet Olimpik US menggunakan Shaklee

Ini termasuklah penajaan Shaklee kepada pasukan Thomas Cup negara pada 1991 dahulu, yang akhirnya membawa kepada kejayaan merangkul Thomas Cup pada tahun 1992.

Its In the news! Team Thomas Cup menggunakan Shaklee dan tahun berikutnya memenangi piala Thomas Cup
Begitu juga angkasawan, bagi angkasawan pemakanan mereka sangat dititik beratkan. Mana ada hendak bawa satay, burger atau pizza ke angkasalepas. Semenjak tahun 1993, Shaklee adalah satu-satunya syarikat pemakanan yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan pemakanan tambahan untuk NASA space shuttle astronauts dengan minuman rehidrasi istimewa untuk mereka iaitu called Astro-Ade.

Maknanya apa tu? Ini bermakna Shaklee adalah terbaik untuk diamalkan mereka yang sangat rigid dan sensitif ini. Kalau mereka pun menggunakan Shaklee, takkan kita hendak gunakan produk lain yang cincai sahaja? 

Astronaut juga menggunakan Shaklee

Kenapa pilih produk US?

Saya bukanlah anti produk tempatan, tetapi bagi kategori pemakanan tambahan, kita masih jauh ketinggalan. Tidak banyak syarikat malah syarikat farmaseutikal yang berminat untuk vitamin kerana ia tidak boleh dipatentkan dan tidak dapat memberikan keuntungan yang optima. Kita juga tiada dana besar atau makmal canggih untuk membuat kesemua ujian klinikal yang diperlukan.

Saya hanya berkongsi sesuatu yang berkualiti yang kami sendiri telah mendapat manfaat darinya.Terpulang pada anda untuk memilih. Tiada paksaan. Jangan makan jika anda tidak percaya. Hanya yang berkualiti tinggi biasanya akan tahan lebih lama. Betul Betul?

Pilih yang terbaik. Pilih yang anda percaya kredibiliti mereka. Ini melibatkan masa depan jangka masa panjang. Tak guna putih melepak hari ini tetapi menderita kanser kulit pada masa akan datang. Kita mahu tua, sihat, kuat dan seronok untuk beribadat.

Kesihatan adalah kekayaan. Jangan percaya saya, sebaliknya anda harus mencuba untuk merasakan keistimewaannya.

SHAKLEE ADALAH PRODUK YANG SENTIASA SELAMAT


Salah satu slogan atau ikrar Shaklee adalah Sentiasa Selamat.

Banyak produk sekarang telah melalui proses yang panjang dan telah memasukkan bahan-bahan tertentu demi mengekalkan kesegaran atau membekalkan bahan yang banyak untuk menampung permintaan. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia memang obses kepada kecantikan. Mahu kurus dan cantik macam si polan, mahu jelita macam artis. Keadaan ini menyebabkan penjual mengambil kesempatan, lihatlah banyakkan produk kesihatan / kecantikan yang diambil daripada negara tertentu dan dijenamakan semula tanpa melihat kepada isi kandungan dan keselamatan produk tersebut.

Ya memang bahan-bahan itu berkesan untuk tujuan tertentu. Contohnya sibutramine yang banyak dimasukkan ke dalam makanan kesihatan atau set diet. Sibutramine kalau ikutkan memang baik untuk pengurusan berat badan, tetapi ia diberikan haruslah dalam pemantauan doktor bertauliah. Ini kerana ia boleh menyebabkan jantung berdegup terlalu pantas. Bahan ini pula dimasukkan ke dalam makanan tambahan untuk kurus, dan tanpa pengawasan doktor! Apakah ini selamat?

Shaklee pula bermula dengan penemuan Vitalizer oleh Dr Shaklee hampir 100 tahun lalu terus setia dan komited dengan ikrarnya, iaitu sentiasa selamat. Menyediakan produk yang selamat kepada pengguna. Ini kerana Shaklee berminat dengan kesihatan.

Apakah yang terkandung di dalam ikrar Sentiasa Selamat Shaklee?

  •  Ia melakukan 100,000 ujian kualiti ke atas produk-produknya setiap tahun.
  •  Sebanyak 23,000 ujian ketulenan dan keselamatan terhadap produk keluarannya.
  •  80,000 ujian potensi dan kualiti dijalankan
  •  Tidak mengandungi bahan tiruan.
  •  Tanpa bahan kimia berbahaya.

Shaklee Sentiasa Selamat

Sebelum sesuatu produk disahkan untuk pasaran, Shaklee akan menjalankan sebanyak 350 ujian bagi setiap BAHAN (bukan produk):
  • Sebanyak 193 ujian racun perosak
  • 73 ujian racun tumbuhan
  • 56 ujian racun kulat
  • 57 ujian pelarut kimia

350 Ujian Bagi Setiap Bahan
Kerana prinsip inilah Shaklee masih bertahan sehingga kini. Ia hanya menggunakan bahan-bahan terbaik untuk produknya. Walaupun terpaksa menanti lama untuk mendapatkan sesuatu bahan, Shaklee tetap dengan pendiriannya.

Sebab itulah juga produk Shaklee insyaAllah sehingga saat ini masih selamat dan insyAllah akan sentiasa selamat.

SHAKLEE VITAMIN TERBAIK DUNIA

Shaklee mula ditubuhkan pada tahun 1960 berkonsepkan makanan tambahan organik dan semulajadi

Vitamin pertama yang diperkenalkan adalah Vitalized Minerals yang juga merupakan multivitamin dalam bentuk cecair. Ia juga merupakan multivitamin yang pertama dihasilkan di dunia.

Selepas melalui pelbagai penyelidikan dan pembangunan yang ketat dan terkawal, vitamin ini menjadi supplemen yang paling tua di dunia dan kini mencecah 100 tahun. Shaklee selepas itu memperkenalkan barangan penggunaan isi rumah yang berteraskan teknologi hijau demi menjaga alam sekitar dan bebas karbon.

Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi, bangunan Shaklee sedunia yang terletak di Pleasanton, California merupakan bangunan berkonsepkan hijau dan mesra alam. Inilah mercu tanda kebangaan Shaklee yang terus kukuh hingga kini dan hampir 60 tahun. Inilah syarikat yang sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM.


TIPS BERJAYA DALAM SHAKLEE



Dalam Shaklee ni we answer to nobody sebab kita adalah bos kepada diri kita sendiri. Bila nak buat kerja, bila nak relax, bila nak cuti, bila nak gi shopping, pukul berapa nak settle kerja semua tiada paksaan. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk tentukan…


Haaa best kan? Tapi tu jugalah sebab kenapa ramai yang join Shaklee konon nak buat bisnes tapi terkubur tengah jalan..

Agak-agak kenapa ya? Sebab ramai orang tak boleh jadi bos kepada diri sendiri ni tau.. rata-rata orang suka jadi perkerja yang diberi arahan, disediakan semua benda dan tinggal siapkan kerja. Orang-orang macam ni lah yang join Shaklee akan terkubur tengah jalan. Alaaa macam kita kerja office, kan dah ada step-by-step apa perlu dibuat dan kita cume tinggal siapkan je..

Tapi dalam Shaklee tak macam tu. Sebab bisnes Shaklee adalah bisnes kita sendiri. Jadi semuanya kita kena tentukan sendiri. Memang dalam Shaklee kita ada Upline. Tugas Upline ni sebenarnya sebagai ‘Guardian Angel’ kita je untuk membantu kita memulakan langkah Shaklee kita. Tapi ramai orang salah anggap tugas Upline ni untuk sediakan semua benda sampaikan nak promote pun suruh upline tolong. Mana boleh macam tu kan.. Tapi hakikatnya ramai orang macam tu lah.. Sebab tu ramai yang susah nak berjaya. Bak kata orang suka di ‘spoon feed’. Disuap macam baby yang tak reti berdikari.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM SHAKLEE.

1. Rajin belajar info produk.

Ya lah kalau kita nak jual produk Shaklee dekat orang wajiblah tahu fungsi produk. Tak kan info produk pun nak kena orang suap bagi kan? Semuanya di hujung jari. Google sahaja.. Bacalah dari beberapa sumber berbeza. Lagi banyak membaca lagi yakin lah kita dengan ilmu yang ada.

2. Jangan malu untuk menjadi aggressive.

Jadi aggressive ni bukannya paksa orang beli dengan kita tapi berani menggunakan ayat-ayat ‘aggressive’ untuk memikat hati potential customer.

3. Jangan malas membaca dan mencari jawapan.

Malas ni memang penyakit kebanyakan ahli yang kononnya nak buat bisnes Shaklee. Rata-rata memang malas mencari. Memandangkan kita ada Support Group dan Upline, ramai orang suka bertanya terus. Nak kan jawapan terus. Memang tak ramai yang akan usaha mencari dulu jawapan sebelum bertanya. Sedangkan kalau Google sahaja pun pasti akan jumpa jawapan. Alasan paling mudah tak sempat. Tapi ini kan bisnes anda, jadi kenalah iktiar untuk sempat. Tapi apakan daya.. rata-rata orang suka disuap. Jadi paling mudah tanya je lah upline kan dan bila upline tak nak bagi jawapan direct mula lah merajuk upline tak nak tolong. Tapi malas mencari ilmu inilah punca utama ramai yang gagal dalam Shaklee. Semuanya nak disuap.

4. Dekati Mentor atau Upline.

Yang ni ramai orang tak buat. Kenapa? Tak tahu lah. Sedangkan kalau betul-betul nak belajar tak kan Mentor atau Upline tak bagi datang dekat. Lagi lah suka tau. Saya dulu masa bertatih dalam Shaklee, kadang-kadang sampai 2-3 pagi bertapa di rumah Upline saya untuk belajar. Jadi memang hairan kalau orang yang nak berjaya dalam Shaklee tapi tak nak dekati Mentor atau Upline mereka sedangkan dari awal register ahli sebab yakin Mentor atau Upline tu boleh bimbing mereka.

5. Adakan target dan matlamat Shaklee.

Yang ni pun ramai sangat orang tak buat. Sangat penting untuk kenal pasti apa matlamat dan target kita dalam berShaklee ni. Barulah kita tahu kenapa kita nak berusaha. Contoh paling senang, kenapa orang sanggup bangun awal pergi kerja tiap-tiap hari walaupun malas? Sebab tahu hujung bulan gaji masuk. Sama lah jugak dengan Shaklee. Tengah bulan komisyen masuk. Siapa usaha lebih bonusnya pun pasti lebih.

KEPENTINGAN PENGAMBILAN VITAMIN SEBAGAI SUPPLEMENT

Menurut kajian kesihatan, pengambilan makanan seimbang adalah sangat penting. Pemakanan yang mengandungi zat dan mineral yang mencukupi menjamin kualiti dan tahap kesihatan yang optimum. Persoalannya.. pemakanan harian kita macam mana ye? kita ikut tak piramid makanan yang disyorkan ? :) tepuk dada tanya selera...

Bukan mudah untuk kita pastikan pemakanan kita menepati piramid tersebut, tambah lagi sekarang ini ada pelbagai restoren menarik dan makanan segera. Bukan setakat makan tak ikut piramid, pengambilan zat dan mineral juga tidak seimbang. Bagaimana nak tau? Mudah saja. Apabila pemakanan harian kita tidak sihat, kandungan zat dan mineral dalam badan juga terganggu, tidak mencukupi dan tahap kesihatan merosot.

VITAMIN : bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit.

SUPPLEMENT : tambahan, bahagian tambahan, pelengkap.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplement vitamin tidak perlu diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda.

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Setiap hari tubuh akan kehilangan nutrient penting dek kerana tugasan harian yang anda lakukan. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
 
Secara umumnya:

daripada terlalu kurus (anorexia) hingga ke obesiti

  • kegagalan organ untuk berfungsi dengan sempurna
  • keraguan/gangguan fungsi otak
  • kemurungan
  • keletihan
  • kanser
  • masalah kewanitaan
  • masalah jantung dan sendi
PANDUAN MENGAMBIL VITAMIN SEBAGAI SUPPLEMENT

Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai nombor pendaftaran. Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak menjalani proses pengawalan yang sepatutnya sekaligus tidak layak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Adalah penting untuk anda mengetahui perbezaan antara vitamin semulajadi/organik dengan vitamin sintetik. Ramai yang masih tidak sedar dan mengetahui bahawa vitamin yang mereka ambil daripada jenis yang mana.. kebanyakannya adalah sintetik dan sememangnya dijual dengan harga yang rendah (tak bagus ni).

SEMULAJADI

  • Di hasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrient adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi
  • kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding sintentik
  • perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (Rujuk : A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
SINTETIK
  • nutrien yang di hasilkan dalam persekitaran makmal
  • bersumberkan tar arang batu
  • paling murah. Komponennya bahan kimia
  • kebanyakkan makanan tambahan adalah dalam jenis ini
  • syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini
  • walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
  • dari label - di labelkan dengan huruf "l" berbanding huruf "d" bagi semulajadi (Rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller).
BAGAIMANA MENGENAL SEMULAJADI ATAU SINTETIK?
  • melalui pembacaan label - huruf "l" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi
  • melalui kehadiran pad "gel silika" dalam bekas sintetik..alaaaaaa pad yang ada tulis "do not eat" tu...selalu ada dalam handbag, kasut...gel silika kan untuk menyerap kelembapan....so vitamin yang semulajadi memang tak perlukan gel silika ni
  • dan sudah semestinya anda boleh beli Shaklee dangan yakin (Rujuk : Shaklee Food Supplement - A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)
Vitamin daripada produk Shaklee merupakan vitamin semulajadi yang sentiasa berkesan, selamat dan mesra alam :) tak percaya? beli vitamin semulajadi Shaklee and tengok kat dalamnya ada tak gel silika tu. Comfirm tak ada.

KENAPA PILIH SHAKLEE BERBANDING SUPPLEMEN LAIN

DIPERCAYAI (TRUSTED & RELIABLE)

Supplement Shaklee telah wujud selama lebih 50 tahun. Bermula dari di Amerika Syarikat, sehinggalah ia tersebar luas hampir ke seluruh pelusuk dunia termasuklah Malaysia. Shaklee telah menjual siri produk yang sama (dan diperbaiki formulanya dari semasa ke semasa) sejak dahulu lagi. Sebagai contoh Vitalea, Vitamin C Sustained-Release, Alfalfa Complex dan sebagainya.

SENTIASA SELAMAT, HALAL & BERKESAN

Setiap produk Shaklee yg dijual di pasaran Malaysia telah diperakui HALAL oleh Islamic Services of America (ISA) (badan yg diiktiraf oleh JAKIM). Kesemua produk Shaklee diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Vitamin semulajadi adalah paling selamat untuk diguna dan diamalkan; tidak seperti vitamin sintetik yg boleh mendatangkan kesan sampingan buruk kepada pengamalnya.

PRODUK BERKUALITI DENGAN HARGA BERPATUTAN

Mengapa produk-produk Shaklee hanya dijual melalui Pengedar Bebas yg berdaftar dan bukannya di kaunter atau toko-toko jamu yg bertaburan di luar sana? Ini kerana Shaklee amat menjaga kualiti barangannya dan tidak mahu produknya dijual dengan harga berlebihan seperti mana produk komersil lain yg terpaksa dijual pada harga berkali ganda akibat eksploitasi pemborong ataupun orang tengah.

SERVIS & KONSULTASI EKSKLUSIF

Penjualan melalui Pengedar Bebas membolehkan pelanggan/pembeli mendapatkan konsultasi eksklusif daripada Pengedar Bebas yg menjual produk Shaklee kepadanya. Dengan cara urusniaga secara one-to-one ini membolehkan anda mendapatkan cadangan supplement yg paling bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda. Seterusnya, sekiranya terdapat apa sahaja persoalan mahupun 'healing crisis' berlaku ke atas anda selepas pembelian, anda boleh sentiasa merujuk kepada Pengedar Bebas anda pada bila-bila masa sahaja.

PELUANG 'CASH-BACK BONUS'PENDAPATAN LUMAYAN

Nombor keahlian anda boleh turut digunakan oleh pasangan ataupun ahli keluarga terdekat ini. Dengan cara ini, anda bakal menerima 'cash-back bonus' hasil mata/uv yg terkumpul dari pembelian produk-produk yg anda dan keluarga anda gunakan (sekiranya mata/uv terkumpul melebihi 150uv).

Saya adalah Pengedar Bebas Shaklee yg amat komited dalam menjual dan memberikan konsultasi percuma kepada setiap pelanggan saya. Ciri-ciri ini adalah amat penting untuk anda memilih Pengedar manakah yg perlu anda percayai untuk membuat sebarang pembelian. Ini supaya anda tidak 'terkontang-kanting' sendirian tanpa panduan yang betul dalam pengambilan mana-mana produk Shaklee. Jangan bazirkan wang anda untuk membeli; sedangkan anda tidak mendapat hak anda yg sepatutnya. Sedangkan Pengedar yg tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya menerima cash bonus mereka!

Untuk keterangan & maklumat lanjut berkaitan produk, boleh hubungi saya :

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

.

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee
1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :

- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



Untuk maklumat dan keterangan lanjut:


PENGEDAR SAH SHAKLEE

 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU


SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248 

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : Healthy Nurjannah


Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

SHAKLEE DAN MLM

Multi-Level Marketing (MLM)
 
Tidak dinafikan, begitu berlambak suplemen di pasaran. Ada yang dijual di shopping complex, di farmasi, di booth-booth kecil dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang dijual secara jualan langsung. Shaklee merupakan peneraju kepada jualan langsung iaitu Multi-Level Marketing (MLM). Pernah dengar mengenai MLM bukan?
Sejak akhir-akhir ini, konsep MLM semakin mendapat perhatian oleh peniaga di Malaysia. Banyak kes MLM yang bersifat ‘menjerat’ berlaku di sana sini, ada yang berjaya diberkas, ada yang tiba-tiba senyap. Kenapa perkara sebegini berlaku? Tentulah kerana pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup memanipulasi konsep MLM demi keuntungan sendiri. Memang menakutkan! Oleh itu, penting untuk kita mengenalpasti MLM yang bagaimana boleh membantu kita berjaya dan bukannya mengheret kita ke lembah kepapaan.
Jika anda berminat untuk menceburi bisnes MLM atau tiba-tiba ‘ditangkap’ oleh peniaga MLM, silalah buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Antara perkara asas yang perlu anda selidiki ialah:
  • Apa produk yang dijual? Kaji produk tersebut. Love the products!! Kalau anda tak sukakan produk itu, bagaimana anda mahu menjual? Kalau takde produk, jangan fikir lama-lama, immediately say bye-bye.
  • Kaji latar belakang syarikat. Berdaftar atau tidak? Sudah berapa lama dalam pasaran? Kalau baru berumur setahun dua, anda boleh meraguinya kerana syarikat sebegini bila-bila masa saja boleh gulung tikar, anda juga yang terkapai-kapai keseorangan.
  • Berapa modal yang diperlukan? Pastikan anda mampu dan tidak perlu berhutang!!
  • Ketahui bagaimana strategi bisnes? Adakah bimbingan berterusan disediakan? Kalau tidak, anda harus menanggung risiko yang lebih tinggi untuk berdiri sendiri. Adakah kita diwajibkan mencari downline untuk membolehkan kita berniaga? Kalau ya, itu juga suatu perkara yang perlu anda ragui. Secara logiknya, produk sepatutnya masih boleh dijual tanpa downline, kan?
Apakah elemen paling penting untuk berjaya dalam MLM?
 
Niat dan motivasi!! Pada saya, dua elemen ini sudah memadai.
Dalam Islam, NIAT adalah segala-galanya! Tanpa niat, anda tiada arah tuju. Niat umpama kompas! Untuk berjaya, berniatlah untuk yang baik-baik saja, Allah akan bantu.
Bagaimana pula dengan MOTIVASI?
 
Semangat yang kental boleh diperolehi daripada keluarga dan kawan-kawan yang positif, daripada bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan daripada senior-senior di kalangan kumpulan MLM anda. Like I said, kursus dan bimbingan berterusan itu penting bagi memperbaharui semangat kendiri dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk baru. Kalau anda dibiarkan sendirian, itu adalah petanda kumpulan MLM anda tidak sehebat mana.
Secara jujurnya, selain Shaklee, saya juga merupakan ahli kepada beberapa produk MLM lain. Saya pernah menghadiri kursus-kursus yang mereka anjurkan dan begitu berani saya katakan, kualiti bimbingan mereka tidak sehebat kumpulan Shaklee saya! Kalau setakat tayang kereta besar, rumah besar, melancong luar negara, saya tak heran ok! Kerana saya dah tau MLM sememangnya menjanjikan kekayaan materialistik jika dibuat dengan gigih. Berbeza dengan kumpulan Shaklee saya, selain materialistik, mereka juga SANGAT menekankan aspek kerohanian. Bagaimana nak mendapat rezki yang berkat? Kalau dah dapat bonus, keluarkan zakat terlebih dahulu, bersedekah amal jari’ah! Kerana itu lah yang akan membantu kita di alam yang kekal, bukan kereta besar, bukan rumah besar dan bukan tiket-tiket pelancongan!
Hebat bukan? Sebab itu, saya tiada alasan untuk menolak Shaklee. Saya tiada alasan untuk tidak kekal memilih Shaklee. Shaklee pilihan saya dan sepatutnya pilihan anda juga.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.