Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label CINCH SHAKE. Show all posts
Showing posts with label CINCH SHAKE. Show all posts

SUPPLEMEN SEMASA RAWATAN KIMOTERAPI UNTUK PESAKIT KANSER


Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat kerana ianya panduan pesakit kanser menjalani rawatan memulihkan kanser. Panduan ini bukan rawatan alternatif kepada rawatan konvesional tetapi adalah pelengkap. Rawatan konvesional adalah sangat penting, tetapi kesan rawatan itu sangat teruk dan ramai meninggal kerana kesannya. Oleh itu disinilah Shaklee membantu pesakit kanser untuk segera pulih dari rawatan kerana tubuh perlukan nutrisi berkualiti untuk pulih.


Dr. Steve Chaney
Kita berada dalam zaman yang maju di mana dunia perubatan telah bertambah maju dan pengetahuan manusia mengenai kanser dan cara memulihkannya juga telah bertambah baik.

Panduan ini diberikan oleh seorang profesor perubatan yang khusus dalam bidang kanser. Berikut adalah panduan dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Bahasa Melayu ada di bawah selepas nota dalam Bahasa inggeris. Sumber - http://www.healthsachoice.com/cancer/nutritional-guidelines-during-cancer-treatments-facts-and-myths/

Garis Panduan Pemakanan Semasa Rawatan Kanser-Fakta dan Mitos

Saya ingin berkongsi nota dari Dr. Steve Chaney yang aktif dalam kajian penyakit kanser di Universiti of North Carolina. Sila baca biografi beliau di bawah. Terdapat banyak kekeliruan mengenai apa yang pesakit kanser perlu lakukan ketika melalui tempoh rawatan kanser. Sesetengah maklumat yang tidak tepat itu sendiri diberikan oleh doktor yang merawat mereka.

Perlu diingatkan kebanyakan doktor mempunyai pengetahuan nutrisi yang sedikit sahaja (kurang 5% dari keseluruhan kursus) dan dalam banyak kes tidak menggalakkan pesakit mengambil supplement tambahan sedangkan ia sangat membantu pesakit dari banyak sudut untuk berjaya melalui rawatan kanser. Jika sesorang perlu menjalani rawatan kanser, adalah penting untuk memaklumkan doktor mengenai apa-apa supplement yang mereka ambil.   

Nota dari syarahan Steve Chaney PhD dan Barbara Lagoni Mengenai Nutrisi Sokongan Semasa Rawatan Kanser

Ini adalah pendapat mereka berdasarkan kajian dan pengalaman dan tidak bermaksud untuk diagnos, mengubat, menyembuhkan, atau mengelak apa-apa penyakit. Kedua mereka usahawan Shaklee yang aktif untuk lebih 25tahun.

Steve Chaney PhD Dr. Chaney memegang Izajah Sains dalam bidang Biokimia dari Duke University dan Ph.D. dalam bidang Biokimia dari UCLA (University of California Los Angeles)

Kini beliau seorang professor di Jabatan Biokimia, Biofizik, dan Jabatan Nutrisi di University of North Carolina dimana beliau mengajar pelajar tahun pertama bidang perubatan dan mengetuai program kajian kanser selama lebih 30 tahun!

Lebih 95 tajuk hasil penulisan Dr. Chaney pernah diterbitkan dalam jurnal saintifik, dan 12 ulasan beserta 2 bab mengenai nutrisi dalam buku peneraju dalam bidang biokimia yang digunakan oleh pelajar bidang perubatan hari ini. Beliau turut dinamakan beberapa kali "Teacher of the year" oleh pelajar perubatan tahun pertama dan kini memegang "Medical Alumni Distinguished Teaching Professorship".

Barb Lagoni merupakan pakar nutrisi yang mempunyai Ijazah dari Cornell dan menyampaikan syarahan di seluruh US mengenai Kesihatan dan Nutrisi.

Sokongan Nutrisi Untuk Kanser

Mitos Mengenai Kanser & Makanan Tambahan  

 Mitos #1 "Vitamin menggalakkan sel kanser
  • Menahan daripada memberikan nutrisi tambahan sama seperti membunuh pesakit untuk menyelamatkannya dari kanser.
  • Satu-satunya cara adalah dengan merencatkan sel kanser dengan menahan glukosa (karbohidrat) dan memastikan tubuh sentiasa alkali.
  • Sel normal menggunakan karbohidrat, protein, dan lemak untuk tenaga.
  • Sel kanser HANYA menggunakan glukosa (karbohidrat) dan memerlukan keadaan berasid untuk memetabolismakan glukosa tersebut.

STRATEGI MELAWAN KANSER YANG TEPAT

  • Memastikan paras gula dalam darah rendah
  • Memastikan darah bersifat alkali (Alfalfa Shaklee dan sayur-sayuran)
  • Gula, daging, dan produk tenusu membuatkan darah bersifat asid
Mitos #2 "Vitamin mengganggu ubat kimo"
  • Tiada kajian klinikal yang berkualiti pernah membuktikan nutrisi tambahan mengganggu proses terapi kimo.
  • Sebagai langkah berjaga-jaga, hentikan pengambilan supplement antioksida 2 hari sebelum kimo dan 2 hari selepas kimo. (Hanya antioksidan, supplement lain boleh diteruskan pengambilan)
  • Ubat kimo dicipta untuk keluar meninggalkan badan secepat mungkin setelah memusnahkan sel.
  • Tempoh sementara antara rawatan kimo diperlukan untuk sel normal pulih.

Kesan Sampingan Terapi Kimo

  • Terapi kimo akan memusnahkan sel tubuh yang berkembang tanpa memilih.
  • Memberi kesan terhadap rambut, permukaan saluran penghadaman, dan sum-sum tulang.
  • Menyebabkan penyakit kulit dan kudis di dalam mulut
  • Kesan sampingan terhadap sistem penghadaman adalah loya, muntah, dan kehilangan air.
  • Kimo menyebabkan kerosakan otak-"otak kimo"
  • Sesetengah ubat memberi kesan buruk terhadap darah, merosakkan platelet, neurotrofil, dan limfosit. Kesemuanya penting untuk sistem imun.
Produk Untuk Menangani Isu Pencernaan

  • Untuk loya - Stomach Soothing Complex (Peppermint Ginger Plus - Malaysia)
  • Terhidrasi - Performance Drink
  • Optiflora (USA) untuk mengembalikan probiotik yang penting
  • EZ Gest (USA) membekalkan kesemua enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan lemak, protein, karbohidrat, dan lain-lain jika diperlukan.
Kebimbangan Terbesar..Kerosakan Sum-Sum Tulang
  • Sum-sum tulang adalah simpanan sel stem untuk untuk kesemua sel darah (sel stem adalah sel yang boleh menjadi kesemua jenis sel)
  • Platelet (untuk pembekuan / henti luka), neutrofil & limfosit (sel-sel putih)
  • Sel darah mempunyai jangka hayat dari beberapa minggu kepada beberapa bulan, jadi ia perlu sentiasa diganti.
  • Penukaran sel stem kepada sel darah memerlukan pembahagian sel, oleh itu, ubat kimo yang pelbagai berpotensi merosakkan sel stem.
  • Ini punca mengapa jumlah darah sering menurun bila menggunakan ubat kimo.
  • Adalah sangat kritikal untuk memberi nutrisi yang diperlukan sum-sum tulang untuk menggantikan sel darah putih dan platelet darah.
  • Protein (ESP) - Kritikal untuk memastikan paras kalori dan protein mencukupi
  • Vitaliser (USA) - Membekalkan sum-sum tulang yang sihat dengan Vita-C, Vita-E, Zinc, B-Complex, Caratomax, dan Vita-lea
  • Nutriferon - merangsang pengeluaran interferon - yang mana menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan lebih banyak sel imun. (ini sangat kritikal)
Bagaimana Dengan Sel Darah Merah
  • Sel darah merah kurang terkesan berbanding sel darah putih dan platelet, tetapi anemia juga adalah satu masalah
  • B-Complex - sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • Zat Besi dan Vita-C - kadangkala diperlukan
  • Tetapi situasi yang paling mengancam nyawa berlaku bila sistem imun menjadi lemah disebabkan kehilangan sel darah putih.
  • Pesakit boleh kalah kepada jangkitan daripada kulat, bakteria, yis, dan lain-lain.
  • Ataupun mengalami pendarahan dalaman atau stroke kesan daripada kehilangan platlet.
  • Sistem imun sangat kritikal dalam melawan sel kanser.
Pengambilan Lemak Jahat Boleh Menjadi Punca Kanser
  • Kurangkan lemak tidak baik - banyakkan lemak baik.
  • Eicosenoid adalah bahan seakan hormon yang mengawal tumbesaran sel.
  • Eicosenoid tidak baik datang dari lemak tidak baik iaitu lemak omega-6, lemak tepu dan lemak trans - lemak ini dijumpai dalam makan bergoreng, makanan seperti kerepek, snek rangup. keropok, makanan dipanggang yang diperbuat dengan minyak sayuran seperti minyak saf, minyak jagung, minyak bunga matahari dll, makanan berproses (makanan dengan bahan pengawet), kuah salad, lembu / kambing / ayam yang diberi jagung untuk menggemukkan mereka.
  • Eicosenoid baik datang dari lemak baik omega-3 dari sumber ikan laut dalam - Omega Guard
  • Lemak Asid Omega-3 : Omega Guard
  • Lemak asid omega-3 tambahan - untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser.
  • Lemak asid omega-3 : menghasilkan eicosenoid "baik" yang merencat perkembangan kanser
  • Lemak asid omega-6 : menghasilkan eicosenoid "tak baik" yang meransang perkembangan kanser
  • Lemak tepu dan lemak trans juga mungkin merangsang perkembangan sel kanser
Kawal Gula Dan Karbohidrat
  • Sel kanser hanya bergantung kepada glukosa untuk berkembang
  • Sel kanser berkembang aktif dalam keadaan berasid
  • Oleh itu pastikan gula dalam darah sentiasa rendah. ( Tak boleh gula pasir, makanan ringan berkanji )
  • Makan protein tanpa lemak / kulit dan sayur-sayuran
  • Alkalikan badan dengan Alfalfa dan sayur-sayuran
Detoks Darah Dan Hati
  • Ubat terapi kimo adalah beracun
  • Ia direka untuk menyerang sararannya dan kemudian meninggalkan badan dalam tempoh beberapa hari.
  • Bantu detox / cuci hati dengan DTX Complex
 Tujuan Terapi Kimo

  • Keberkesanan terapi kimo berkadar terus dengan jumlah rawatan yang boleh diberikan untuk membasmi sel kanser.
  • Jika pesakit menjadi terlalu lemah, jika jumlah sel darah putih terlalu rendah, rawatan mesti dihentikan.
  • Matlamatnya adalah untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan kuat sebolehnya semasa rawatan supaya jumlah terapi kimo yang maksimum boleh dilakukan.
  • Kerana itu amat penting untuk menguatkan sel normal diantara rawatan terapi kimo.
Apa Sel Normal Perlukan Untuk Pulih Selepas Rawatan Terapi Kimo

  • Nutrisi yang diperlukan sel normal - Vita-Lea
  • Baikpulih sel normal yang rosak - Vivix dan Protein ESP
  • Cinch / Energizing Soy / Meal Shakes - Tidak kisah yang mana anda guna atau suka, adalah sangat penting untuk memastikan paras protein dan kalori sentiasa tinggi.
  • Nutrisi untuk imunisasi - Nutriferon, Vitalea, Carotomax (Previtamin A, mengawal pengembangan sel)
  • Nutrisi Tambahan
  • Defend and Resist Echinacea (USA sahaja)
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun.
Terapi Radiasi
  • Biasanya diberi setiap hari
  • Elakkan supplement antioksidan supaya ia tidak melindungi sel kanser dari terapi radiasi (Vitamin C, E, Carotomax - caretanoid, flavonoid, Vivix, Cinch (Shake dan Tea), Meal Shakes, Vita-lea, kerana terdapat antioksidan )
  • Tetapi ambil supplement yang bukan antioksidan seperti Nutriferon, B-Complex, ESP, Zinc, Optiflora (USA)
Untuk Disemak - Pelajaran "Bawa ke Rumah"
  • Tiada kajian klinikal menunjukkan samada supplement mengganggu terapi kimo
  • Kerana ketidakpastian tersebut maka langkah berjaga-jaga adalah tindakan bijak ketika ubat kimo sedang berada dalam tubuh badan. Jadi kita menghentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas terapi kimo, kerana ubat kimo akan meninggalkan badan dalam tempoh 24-48 jam.
  • Kemudian supplement tersebut boleh diambil semula terutama Vivix untuk membantu sel normal pulih semula diantaraa kitaran rawatan kimo agar lebih banyak terapi kimo boleh diberikan. 
Kajian Klinikal Membuktikan Supplement Boleh Meningkatkan Kualiti Kesihatan Semasa Terapi Kimo 

Untuk Disemak - Ketika Terapi Kimo

  • Hentikan supplement antioksidan 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas kimo.
  • Antioksidan seperti Vitamin C, E, Carotomax, Flavomax, Vitalea, Cinch, Meal Shakes, Vivix.
  • Teruskan pengambilan Nutriferon, Optiflora, B-Complex, ESP, dan Zinc Complex
  • Vitamin B tidak digalakkan ketika mengambil methotrexate dan dadah berkaitan - bincang dengan doktor
  • Antioksidan hendaklah dielakkan ketika rawatan radiasi
Pandangan Professor

Terapi kimo adalah "masa terbaik dan masa paling teruk"
  • Masa terbaik kerana ia menawarkan penyembuhan ajaib
  • Masa paling teruk kerana ia mengenakan kesan teruk pada sel normal dalam tubuh kita. 
Langkah berhemah untuk menyokong sel normal kita sambil meminimumkan gangguan terhadap rawatan terapi kimo memungkinkan:
  • Meminimumkan kesan sampingan dan meningkatkan kualiti kesihatan serta hidup
  • memaksimumkan jumlah terapi kimo yang boleh diberikan

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2015


Ni dia promo Shaklee bulan ni. Banyakkan?
.
Berita baik sempena April ni, Shaklee membuat promosi untuk 6 jenis produk keluarannya.
.
PROMOSI SHAKLEE UNTUK BULAN APRIL 2015


1. Vitalea for kids - multivitamin untuk si manja anda.
.
2. Cinch Shake Coffee Latte
3. Cinch Shake chocolate

- kedua-dua cinch shake ni sesuai diambil bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ianya berfungsi dalam membakar lemak dan membentuk otot-otot badan anda supaya lebih firm.
.
4. Lecithin - berfungsi membakar lemak tepu yang ada dalam badan anda dan juga berfungsi sebagai penguat memori.
.
5. Gla complex - membantu dalam memperbetul kitaran haid dan hormon. Juga dikenali sebagai vitamin untuk kesuburan.
.
6. DTX Complex - vitamin khas untuk detox kekotoran yang ada dalam badan anda dan juga baik untuk hati.
.
Woww!! Ada 6 item semuanya promosi Shaklee kali ni. First time Shaklee mengadakan promosi sebanyak ni tau!
.
Jadi, jangan lepaskan peluang ni!
.
Semoga anda semua sihat dan berjaya!

CINCH SHAKE MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEANJALAN OTOT

Cinch Shake

Mengurangkan berat badan menjadi semakin sukar walaupun ia nampak mudah. Dan sebab itulah, SHAKLEE yang telah berpengalaman selama lebih 50 tahun dalam bidang nutrisi menjadikannya suatu yang lebih MUDAH & SELAMAT dengan CINCH SHAKE MIX.

Manfaat CINCH SHAKE 
  • Memberikan rase kenyang berjam-jam lamanya
  • Mengurangkan selera makan bagi anda yg tak boleh control nafsu makan
  • Menberi tenaga berpanjangan so anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
  • Meningkatan metabolisme badan
  • Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
  • Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
  • Menghilangkan lemak yg berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
Kelebihan CINCH SHAKE berbanding minuman diet yang lain
  • CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).
  • Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, KULIT DAN OTOT ANDA TIDAK AKAN MENGGELEBER
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO 
Apa maksud Leucine?
Leucine adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ini ialah, ia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam dan buat kerja berat. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Untuk Setiap Hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat :
  • 24 gram protein.
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting.
  • 6 gram serat larut.
Protein adalah amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Cara pengambilan Cinch Shake Mix Shaklee



Cinch Shaklee

Bagi anda yang ingin mendapatkan berat badan yang ideal, bancuh 2 sudu dengan segelas air suam. Boleh juga dibancuh dengan fresh milk atau soya ESP. Di ambil untuk menggantikan makanan sama ada pagi, tengahari, ataupun malam. Pastikan anda minum Cinch Shake Mix ini sebelum mengambil makanan berat kerana apabila perut kenyang dengan Cinch Shake Mix secara automatik anda akan mengurangkan makanan berat. Sekaligus membantu dalam proses penurunan berat badan. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, amalkan Lecithin setiap hari yang membantu mencairkan lemak dalam badan.

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Perut Buncit

Mimpi ngeri...? Ya, bagi sesetengah orang perut buncit dan menggeleber selepas bersalin memang sesuatu yang amat ditakuti. Baru bersalin sorang dua badan dah macam orang beranak enam. Eh! tak juga.. kadang-kadang kita jumpa orang lama yang beranak 5-6 tapi badan, mak aii... macam anak dara.

Oh.. mungkin sebab baru bersalin, memang la badan kembang lagi. Tapi kalau dah 6 bulan bersalin perut macam mengandung 6 bulan macam mana? Lepas setahun, berat makin naik pula. Oh tidak! Memang mimpi ngeri. Bagi yang tak sabar dan banyak duit terlebih, boleh lah pergi ke mana-mana Slimming Centre yang menawarkan pakej ribu-ribu ringgit untuk buang lebihan berat tu dengan 'agak' cepat. Tapi jangan lupa.. risiko untuk berat anda naik semula juga 'agak' tinggi. 




Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin
  • SUSU BAYI : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  • BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  • BERTUNGKU/BERTANGAS/BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  • KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  • SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  • BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  • DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. 
Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja - ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah supplemen tersebut?

  • Herbalax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.
  • Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  • Alfalfa Complex : Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
  • Cinch Shake Mix : Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan. 

CADANGAN SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Beauty Face

Semua orang sukakan kecantikan tidak kira lelaki atau wanita. Memiliki kulit yang cantik dan bersih dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Namun harus diingat, kita harus memilih supplement yang selamat untuk membantu diri menjadi cantik dengan bahan yang betul dan selamat. Kebanjiran produk kecantikan di pasaran kini agak diragui dari segi keselamatan dan kesan jangka panjang, lebih-lebih lagi produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata dengan tidak mengambil serius tentang kelulusan HALAL dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

CADANGAN VITAMIN KECANTIKAN KULIT
Set Kecantikan ini juga dikenali sebagai Set D di kalangan pengguna-penggunanya. Ia terdiri daripada:

  • B-Complex
  • Vitamin E Complex
  • Sustained Release Vita C Plus
  • Energizing Soy Protein (ESP)

Fungsi setiap vitamin yang dicadangkan dalam Set Kecantikan Shaklee:

B-Complex
Vitamin B
Bersifat anti stress dan membantu melindungi kulit dari pancaran matahari. Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex berfungsi sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak. B-Complex juga membantu melancarkan perjalanan darah untuk kesan kulit lebih muda dan glowing/berseri.

Vitamin E Complex

Vitamin E Complex
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit muka dan seluruh tubuh dari dalam. Vitamin E juga dapat menghilangkan parut dan jeragat dari dalam struktur kulit, bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Sustained Release Vita C Plus
Vitamin C
Vitamin C dapat membantu proses pembaikan tisu (bekas² jerawat & parut) dan mencerahkan kulit. Ia juga merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit secara semulajadi, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit. Vitamin C amat terkenal dan sebati sebagai regim kecantikan sejak dahulu lagi. Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menghalang pembentukan pigmentasi yang merupakan penyebab utama kepada jeragat pada kulit.

Energizing Soy Protein (ESP)
Energizing Soya Protein
Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semual sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kulit yang cerah dan kepejalan otot, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kesan parut. Pengambilan ESP yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

CINCH SHAKE

Kebanyakan mereka yang diluar sana ingin ber diet tetapi dengan cara:

  • Diet segera
  • Produk pelangsingan
  • Diet tinggi protien
  • Diet rendah kalori
  • Diet karbohidrat
  • Diet sup
  • Pusat pelangsingan badan
  • Rawatan pembedahan 

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan unutk membakar lemak, dan merendahkan kadar metabolisme anda. Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya berat badan anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ini lah kesan berat yo-yo.


Kenapa Kebanyakkan Diet Gagal?


  • Kekurangan Nutrisi
  • Sukar unutk mengikuti
  • Hasil yang lambat
  • Kandungan produk tidak selamat
  • Merendahkan kadar metabolisma

HAKIKATNYA: Kita akhirnya hilang kesabaran, kepercayaan dan harapan....


Kelebihan Cinch Shake Shaklee

Cinch shake merupakan minuman protien yang berperanan menggantikan hidangan makanan (meal replacement). Bagi mereka yang ingin berdiet secara sihat tapi jenis yang suka makan boleh ambil cinch sebagai ganti. 


Setiap kali anda minum cinch shaklee, anda akan mendapat 24gram protien, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6gram serat larut. Ini penting kerana protien digunakan unutk membina otot. Dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.


Manfaat Utama Cinch Shake:

 

  • Indeks glisemik -22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protien dipertingkatkan dengan leucine - asid amino
  • Diperkasa oleh Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Tinggi kandungan serat - 6gm setiap hidangan
  • Glisemik yg rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perisa tiruan, warna atau pemanis
  • Kekalkan jisim otot tanpa lemak

Cinch shake ada 3 perasa yang yummy...
  1. Cinch shake vanilla
  2. Cinch shake Chocolate
  3. Cinch shake Cafe Latte
Pilihan saya Cinch Shake Cafe Latte. Yang mana satu idaman kalbu anda?

CINCH SHAKE SHAKLEE UNTUK BERSAHUR

5 Sebab Kenapa Cinch Shake Shaklee sangat baik untuk bersahur:

1. Gandakan penurunan berat badan
Kerana ia protein yang diperkaya Leucine, Ia membakar lemak dan menyimpan otot. Lebih banyak otot tersimpan lebih banyak lemak dibakar. Exponential effect uols. Jika berhajat turun 3 kg, bolehlah expand jd 6 kg target dengan pengambilan CINCH.

2. Rasa kenyang lebih lama
Pengguna cinch tegar macam saya aci kerat jari dia beri rasa kurang lapar dan tenaga tambahan sehingga jam berbuka. Protein juga dipecahkan oleh tubuh lebih lambat berbanding karbohidrat mudah macam nasi.

3. Tiada masalah angin, gastrik
Kan kalau kita bersahur dengan nasi lebih2 lagi makanan pedas, kita akan mudah diserang angin, pedih ulu hati. Cinch Shake memberikan rasa "bersih" kepada perut kerana kita cuma perlu campurkan air sejuk

4. PANTAS
5 minit je dah settle sahur anda. kerana anda cuma perlu capai air sejuk dlm peti, tuang dalam shaker, masukkan 2 scoop cinch dan shake sikit, minum gulp gulp gulp, makan kurma 2 biji dan boleh tidur balik. simpleeee..tiada risiko terskip sahur!

5. CINCH CAFE LATTE
sangat enak! mudah dibancuh dan rasanya setanding kopi gourmet yang disediakan di Starbucks CoffeeBean - tanpa CAFFEINE. JIka anda takut untuk mengambil kopi sepanjang bulan puasa kerana efek nyah hidratnya. Jangan takut untuk mencuba CINCH CAFE LATTE

Cinch Shake Shaklee

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE
 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.