Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label BERPANTANG. Show all posts

JAMU ATAU VITAMIN:MANA SATU PILIHAN SEMASA BERPANTANG?

Jamu dianggap sebahagian perkara penting dalam amalan-amalan ibu berpantang. Mengamalkan jamu dan pemakanan yang betul boleh membantu ibu-ibu mendapatkan semula tenaga mereka dan menyembuhkan luka selepas bersalin. 

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • melawas
Selain jamu dan halia, anda juga digalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
  • mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk
  • memakan hidangan berminyak
  • meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut
Trend berpantang pada hari ini tidak terhad kepada penggunaan jamu semata-mata. Ada alternatif lain untuk berpantang iaitu memakan Vitamin bagi mereka yang mempunyai masalah untuk menelan makanan pahit.

PERBEZAAN JAMU DAN VITAMIN SEMASA BERPANTANG

(1) Bahan kandungan 

Jamu : Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak pasti. Lambakan jamu dipasaran menyukarkan pengguna mendapatkan produk yang benar benar selamat. 

Vitamin : Setiap bahan di dalam vitamin dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia 

(2) Khasiat dan penyerapan oleh badan 

Jamu : Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat. Lagi pula jamu perubatan turun temurun berdasarkan pengalaman dan bukan kajian. Adalah dipercayai yang memberi kesan positif adalah vitamin dan mineral di dalam jamu itu sendiri.

Vitamin : Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau.


(3) Kesan kepada bayi
Jamu : Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko mengalami penyakit kuning kepada bayi kerana berbentuk herba dan komposisi yang tidak diperlukan bayi.

Vitamin : Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan bayi. Ibu masih boleh mengambil Vitamin walaupun anak mengalami penyakit kuning.

(4) Waktu pengambilan selepas bersalin

Jamu : Ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarian) tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu 2 minggu selepas bersalin

Vitamin : Pengambilan vitamin boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada ibu itu bersalin secara normal atau pembedahan (caesarian)

SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE


Setelah ibu selamat melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan, urat-urat si ibu akan menjadi longgar dan kendur.

Maka si ibu perlu diurut dan dijaga dengan rapi supaya emosi ibu tidak terganggu dan sentiasa stabil.

Untuk memastikan ibu sentiasa berada dalam keadaan yang segar, sihat dan bertenaga, semestinya ibu memerlukan zat makanan yang mencukupi untuk keperluan tubuh ibu semasa dalam pantang, dan semestinyalah Set Bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu.

Set Bersalin Shaklee ini SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Ini kerana setiap satu produk Shaklee telah dikaji manfaatnya kepada ibu dan anak. Hasil kajian mendapati Set Bersalin Shaklee ini dijamin tidak mengganggu penyusuan susu ibu.

Di samping itu juga, ia tidak menyebabkan jaundice kepada bayi yang baru lahir. Sekiranya bayi anda sedang mengidap jaundice dan G6PD, anda tetap boleh menggunakan Set Bersalin Shaklee ini.


3 Pilihan Set Bersalin Shaklee:

Set Bersalin Shaklee Asas 

Vita Lea Iron Formula
  • 120 biji Vita Lea Iron Formula sebagai multivitamin dan mineral akan memberi tenaga segera dan  membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. 
  • Vita Lea membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih & lesu, masalah enemia dengan pembentukan darah merah dan juga gula rendah.
Sustained Release Vita-C Plus
  • 180 biji Sustained Release Vita C Plus pula sebagai antioksidan, mengurangkan stres, membaik pulih luka, mengukuhkan sistem imunisasi dan dapat mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.
B-Complex With Folic Acid
  • 120 biji B-Complex With Folic Acid adalah anti stres, penenang, membantu tambah selera, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya ibu letih dan lesu kerana mempunyai 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folic dan biotin.
Zinc Complex
  • 120 biji Zinc Complex ialah penyembuh luka, dapat meningkatkan deria rasa makanan dan bau, serta dapat mengurangkan rambut gugur yang kebiasaanya dialami oleh ibu berpantang dan ibu yang menyusukan anak.

2) Set Bersalin Shaklee Extra (Bersalin + Menyusu)

Set ini adalah gabungan Set Bersalin Shaklee Asas dengan tambahan ESP dan Ostematrix.

- Vita Lea Iron Formula
- Sustained Release Vita-C Plus
- B-Complex With Folic Acid
- Zinc Complex
- ESP

  • 850 gram ESP ialah sumber protein yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
-Ostematrix
  • 120 biji Ostematrix ialah sumber kalsium yang yang penting untuk si ibu dalam penyusuan, melegakan sakit belakang, kebas-kebas dan baik untuk tulang.
3. Set Bersalin Shaklee Premium (Set Bersalin + Langsing)

Set ini adalah gabungan Set Bersalin Shaklee Extra dengan tambahan Alfalfa Complex, Lecithin dan juga Omega Guard untuk ibu kekal langsing selepas bersalin. 

Gabungan Lecithin dan Omega Guard dalam set ini sangat mengujakan kerana Lecithin bertindak memecah dan menguraikan lemak manakala Omega Guard pula bertindak membakar lemak.
  
- Vita Lea Iron Formula
- Sustained Release Vita-C Plus
- B-Complex With Folic Acid
- Zinc Complex
- ESP
- Ostematrix

- Alfalfa Complex
  • 330 biji / 700 biji Alfalfa Complex bertindak sebagai detox, milk booster, dan ia dapat membantu menangani sakit-sakit tubuh dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. 
  • Alfalfa juga membantu menangani masalah sembelit yang sering terjadi semasa tempoh berpantang. Ibu disyorkan mengambil Alfalfa hanya sekiranya bayi telah bebas dari jaundice.
- Lecithin
  • 120 biji Lecithin dapat membantu memecahkan lemak dan kolestrol, mengelakkan ibu daripada terkena susu tersumbat atau bengkak susu.
- Omega Guard
  • 90 biji Omega Guard dapat membantu membakar lemak, mengempiskan perut buncit, mengelakkan perut geleber, melembabkan kulit dan bertindak lebih kuat berbanding Lecithin.
Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata.

CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Perut Buncit

Mimpi ngeri...? Ya, bagi sesetengah orang perut buncit dan menggeleber selepas bersalin memang sesuatu yang amat ditakuti. Baru bersalin sorang dua badan dah macam orang beranak enam. Eh! tak juga.. kadang-kadang kita jumpa orang lama yang beranak 5-6 tapi badan, mak aii... macam anak dara.

Oh.. mungkin sebab baru bersalin, memang la badan kembang lagi. Tapi kalau dah 6 bulan bersalin perut macam mengandung 6 bulan macam mana? Lepas setahun, berat makin naik pula. Oh tidak! Memang mimpi ngeri. Bagi yang tak sabar dan banyak duit terlebih, boleh lah pergi ke mana-mana Slimming Centre yang menawarkan pakej ribu-ribu ringgit untuk buang lebihan berat tu dengan 'agak' cepat. Tapi jangan lupa.. risiko untuk berat anda naik semula juga 'agak' tinggi. 




Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin
  • SUSU BAYI : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  • BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  • BERTUNGKU/BERTANGAS/BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  • KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  • SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  • BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  • DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. 
Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja - ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah supplemen tersebut?

  • Herbalax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.
  • Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  • Alfalfa Complex : Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
  • Cinch Shake Mix : Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan. 

KEBAIKAN DAN MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE



Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.

Boleh Dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis

Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium


Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan


TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?

Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium.

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE 

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE
 COD AREA MELAKA/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL
HP : 012-6412248 
Email : healthynurjannah@gmail.com
FB Pages : Healthy Nurjannah

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.