Skip to main content

Posts

Showing posts with the label B-COMPLEX

KENAPA AIR KENCING BERWARNA KUNING SELEPAS MAKAN B-COMPLEX?

Selalu ada  customer yang mengadu katanya warna air kencing (urin) jadi kuning terang selepas ambil vitamin B-Complex. (Biasanya urin warna kuning pucat)

Jangan lah risau yer. Ini bukannya disebabkan anda ada penyakit! 

Sebenarnya vitamin B-Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ia sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ia adalah proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan, dan terus keluar melalui air kencing, menyebabkan ia menjadi warna kuning terang!

Ia bukanlah bermaksud kita terlebih dose, tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik.




CARA MENENTUKAN TAHAP KESIHATAN MELALUI WARNA AIR KENCING Sebenarnya, melalui warna urin kita juga boleh tentukan tahap kesihatan kita.

Ini antara contohnya:-

KUNING PUCAT - Warna urin normal dan cukup hidrasi.

KUNING TERANG – Warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex.

KUNING GELAP – Warna urin akibat pengambilan vitamin B-Com…

GEJALA TAHAP TESTOREN LELAKI RENDAH-MANOPAUS/ANDRAPOUSE/MENAPOUS MALE

Apa MANopaus/Andrapouse/Male Menopause?  Ketiga-tiga istilah adalah sama. Oleh kerana lelaki tidak melalui tempoh yang jelas disebut sebagai menopaus, sesetengah doktor merujuk kepada masalah ini sebagai androgen (testosteron) penurunan penuaan lelaki, atau sesetengah orang panggil testosteron yang rendah. Lelaki mengalami penurunan dalam pengeluaran testosteron hormon lelaki dengan penuaan. Sesetengah lelaki mengalami gejala-gejala keletihan, lemah, kemurungan dan masalah seksual.


Tidak seperti menopause pada wanita, apabila pengeluaran hormon berhenti sepenuhnya, penurunan testosteron pada lelaki adalah proses yang lebih perlahan. Testis, tidak seperti ovari, tidak kehabisan bahan yang diperlukan untuk membuat testosteron. Walau bagaimanapun, akibat daripada penyakit, perubahan-perubahan ketara dalam fungsi testis boleh berlaku seawal 45 hingga 50 tahun, dan lebih dramatik selepas umur 70.
Apakah Penyebab ManOPause? Umur Ubat-ubatan Pemakanan yang tidak sihat pengambilan alkohol yang…

TESTIMONI SET MENGANDUNG SHAKLEE ANAK TIADA EKZEMA

TESTIMONI NIK ROSHADYLA ROSLAN


"Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Saya Dyla, mama kepada 4 cahayamata iaitu 2 perempuan dan 2 lelaki.

Pengalaman anak ke-2 pada tahun 2009 yang disahkan g6pd dan ada masalah ekzema menjadi punca saya cuba produk Shaklee ☺

Mula kenal Shaklee tahun 2012 dengan Set Hamil Trimester 2&3. Masa tu memang nak sangat cuba dan usaha dengan produk Shaklee ni sebab tak nak anak yang ke-3 nanti ada masalah ekzema jugak.

Masa anak ke-2 tu, tanda-tanda ekzema keluar masa dalam tempoh berpantang. Sayu hati bila kulit yang lembut, putih & gebu dulu dah bertukar jadi merah-merah. Bila time panas jek, menggaru-garu. Macam tak boleh berpeluh, kalau berpeluh lagi teruk. Banyak aktiviti luar rumah terpaksa di hadkan.

So, untuk berpantang anak ke-3 ni sebarang jamu memang tolak tepi. Doktor pun ada bekalkan vitamin masa anak ke-2 dulu.

Selepas rasa sendiri Set Hamil Shaklee tu, banyak sangat perubahannya, yang paling best badan bertenaga, hilang kejang…

KEPENTINGAN VITAMIN B KEPADA BADAN KITA

Pemakanan yang baik berhubung secara terus dengan kesihatan yang baik. Pasti ia membantu dalam pencegahan dan rawatan kepada pelbagai masalah kesihatan. Mengambil sejumlah Vitamin yang dicadangkan setip hari adalah satu perkara yang amat penting didalam kehidupan kita khususnya Vitamin B yang diperlukan oleh badan untuk penjagaan badan dan pencegahan pelbagai penyakit. Vitamin B terdapat banyak di dalam sayur-sayurang hijau, susu, daging, dan bijirin. Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin B membantu menggalakkan metabolism yang sihat dan juga dikaitkan membantu mengurangkan risiko strok. Vitamin B mampu mengurangkan risiko strok Selain memainkan peranan dalam proses metabolisma dan mengekalkan kesihatan kulit dan rambut, Vitamin B juga dikaitkan dalam membantu mengurangkan serangan strok, iaitu keadaan dimana berlaku darah beku yang menghalang pengaliran darah ke otak atau saluran darah yang pecah didalam otak. Kajian semula untuk ujian klinikal rawak yang dilakukan selama 6 bulan …

ATASI MASALAH MIGRAIN DENGAN SHAKLEE

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:  Sakit kepala kerana tekanan Sakit kepala kerana sinus Sakit kepala kerana migrain Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Tanda-tanda anda terkena migrain:

rasa nyeri dan berdenyut-denyut di sebelah kepala dan merebak ke bahagiaan hidung & sekitar matapandangan menjadi kabur, silau dan kadang-kadang menjadi gelap.. boleh menyebabkan pitam dan ini dinamakan fotobia70% pesakit migrain akan merasa loya dan muntahserangan migrain sering terjadi dalam tempoh 7-72jamrasa sensitif pada bunyi dan suara, badan ber…

SUPPLEMEN SEMASA RAWATAN KIMOTERAPI UNTUK PESAKIT KANSER

Saya terjumpa satu entri yang sangat bermanfaat kerana ianya panduan pesakit kanser menjalani rawatan memulihkan kanser. Panduan ini bukan rawatan alternatif kepada rawatan konvesional tetapi adalah pelengkap. Rawatan konvesional adalah sangat penting, tetapi kesan rawatan itu sangat teruk dan ramai meninggal kerana kesannya. Oleh itu disinilah Shaklee membantu pesakit kanser untuk segera pulih dari rawatan kerana tubuh perlukan nutrisi berkualiti untuk pulih.


Kita berada dalam zaman yang maju di mana dunia perubatan telah bertambah maju dan pengetahuan manusia mengenai kanser dan cara memulihkannya juga telah bertambah baik.

Panduan ini diberikan oleh seorang profesor perubatan yang khusus dalam bidang kanser. Berikut adalah panduan dalam Bahasa Inggeris. Terjemahan Bahasa Melayu ada di bawah selepas nota dalam Bahasa inggeris. Sumber - http://www.healthsachoice.com/cancer/nutritional-guidelines-during-cancer-treatments-facts-and-myths/

Garis Panduan Pemakanan Semasa Rawatan Kanse…

TESTIMONI PESAKIT KANSER USUS KEMBALI SIHAT DENGAN SHAKLEE

Kanser usus merupakan pembunuh nombor tiga di kalangan wanita,selepas kanser payudara dan serviks. Sangat menakutkan apabila jumlah pesakit semakin bertambah dari tahun ke tahun

Saya ingin kongsikan dengan anda , testimoni yang saya petik dari Live Changing Cancer Short Stories mengenai Bill iaitu penyakit kanser usus yang diaturkan oleh doktor untuk menjalani 3 jenis rawatan kimoterapi kembali pulih dengan pengambilan makanan tambahan dari produk Shaklee secara berterusan dan konsisten

Jom kita baca pengalaman beliau dan telah saya terjemahkan kedalam bahasa malaysia untuk mudahkan pembacaan anda :)

" Saya telah mengambil suplemen Shaklee selama 10 tahun dan telah sentiasa beranggapan produk Shaklee dapat memelihara kesihatan saya. Tapi pada tahun 2010, Bill mula kehilangan berat badan dan pergi dari 221 pound ke 151 pound dalam tempoh masa yang singkat.

Selepas doktor mencadangkan Bill melalukan pemeriksaan kolonoskopi, kanser telah dikesan dan dijumpai. Bukan sahaja di dalam …

TANDA-TANDA KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki. Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan



Kanser paru-paru adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Kanser paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan b…

SET MENYUSU SHAKLEE UNTUK BAYI G6PD

Set Eu Four Pack merupakan set alternatif kepada set asas yang kami tawarkan untuk ibu yang ingin cergas, cantik, dan bertenaga dalam menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Set Eu Four Pack ialah untuk ibu yang alah kepada Alfalfa atau tidak menggemari susu. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Set Eu Four Pack mengandungi Vitalea, B-Complex, SR Vita-C, dan Ostematrix Fungsi Setiap vitamin dalam membantu ibu menyusu:

Vitalea (Multivitamin lebih baik dari Obimin): 
♦ Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang dipatenkan untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folid yang sangat diperlukan.
♦ Membantu meningkatkan hemoglobin (Hb) ke paras normal (>11) semasa hamil bagi ibu yang mempunyai masalah darah rendah.
Sustained Released Vita C Plus: 
♦ Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Fo…

SET PRE-NATAL SHAKLEE - SET MENGANDUNG SHAKLEE

Kandungan Set Pre-Natal Shaklee:

VITALEA Iron Formula - multivitamin yang boleh meningkatkan paras HB, membekalkan nutrisi-nutrisi penting, memberi tenaga pada ibu yang mengandung, kurangkan alahan & mengidam bukan-bukan. Tahukah anda bahawa ibu yg banyak mengidam menandakan badannya kekurangan nutrisi penting?B-COMPLEX with FOLIC ACID - sangat penting bagi tumbesaran saraf tunjang bayi, mengelakkan kecacatan seperti spina bifida iaitu cacat pada tulang belakang. selain tu ianya penting bagi mengelakkan stress, mengawal metabolisme serta membantu meningkat paras HBSustained Release VITA C - vitamin C ialah iron enhancer. ia sahabat baik zat besi. dia tolong badan kita serap zat besi lebih baik. jadi anda yg low HB di nasihatkan ambil iron bersama Vitamin C ya???          selain tu Vitamin C ni bantu penghasilan kolagen! baby kita kat dalam perut tu banyak pakai              kolagen tau. nak hasilkan kulit otot, tulang dan sebagainya. selain tu VITAMIN C sangat-sangat  …

SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE

Setelah ibu selamat melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan, urat-urat si ibu akan menjadi longgar dan kendur.

Maka si ibu perlu diurut dan dijaga dengan rapi supaya emosi ibu tidak terganggu dan sentiasa stabil.

Untuk memastikan ibu sentiasa berada dalam keadaan yang segar, sihat dan bertenaga, semestinya ibu memerlukan zat makanan yang mencukupi untuk keperluan tubuh ibu semasa dalam pantang, dan semestinyalah Set Bersalin Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu.

Set Bersalin Shaklee ini SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Ini kerana setiap satu produk Shaklee telah dikaji manfaatnya kepada ibu dan anak. Hasil kajian mendapati Set Bersalin Shaklee ini dijamin tidak mengganggu penyusuan susu ibu.

Di samping itu juga, ia tidak menyebabkan jaundice kepada bayi yang baru lahir. Sekiranya bayi anda sedang mengidap jaundice dan G6PD, anda tetap boleh menggunakan Set Bersalin Shaklee ini.


3 Pilihan Set Bersalin Shaklee:

Set Bersalin Shaklee Asas 

Vita Lea Iron Formula
120 biji Vit…

SET ASAS SHAKLEE UNTUK KESIHATAN SEMUA

Set Asas Vitamin Shaklee ini terdiri daripada
Vitalea B Complex Vitamin C ESP (Energizing Soy Protien) Set asas ini wajib ada dalam setiap rumah, kerana dalam mengharungi kehidupan yang sibuk kita perlukan vitamin tambahan agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas lebih-lebih lagi ketika kita mudalah kita perlu kepada extra energy supaya kita dapat melaksanakan tugasan harian dengan cemerlang, kan?

 Fungsi vitamin-vitamin ini adalah :
Vita-lea @ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vita-lea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang. B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yan…

BAGAIMANA SEL KANSER TERBENTUK

Setiap sistem tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari setiap sel akan mati dan digantikan dengan sel yang baru... Boleh lihat video bagaimana 1 sel boleh terbahagi kepada sel-sel yang lain... Kanser terjadi apabila sel yang sepatutnya mati tetapi tidak mati... Ianya dinamakan sel rosak. Ianya terjadi apabila nukleus sel diganggu oleh bahan berbahaya asing dari sumber makanan atau barang penggunaan harian. Sel rosak ini tidak mati maka ianya menduplikasikan diri tanpa henti... Sel-sel ini membiak tanpa kawalan, berkali ganda cepatnya dan membentuk tumor.

Kebiasaannya orang yang membuat pemeriksaan kesihatan tidak dapat mengesan kehadiran sel kanser di dalam tubuhnya tetapi setelah beberapa bulan ianya telah menjadi kanser yang kritikal!

Apabila semakin membesar kumpulan sel yang rosak ini salur darah akan bersambung dengan mereka dan membekalkan nutrien kepada mereka.. Apabila salur darah telah bersambung dengan kumpulan sel rosak ini... sel-sel rosak ters…

KENALI TALASEMIA DAN SUPPLEMEN YANG SESUAI

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).  Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan beka…

SET RESDUNG SHAKLEE

Resdung memang meresahkan.

Setiap pagi, pasti bersin sehingga merah-merah hidung... Sengsara bukan? Begitulah yang dialami oleh saya satu ketika dulu.. Saya merupakan penghidap resdung yang agak kronik, sehinggakan hampir-hampir kena operate dan pernah mendapat rawatan pakar kerana sakit kepala yang amat teruk akibat resdung..Namun Alhamdulillah, sekarang masalah tersebut dah pun beransur pulih. Tiada lagi bersin-bersin tanpa henti pada waktu pagi...

APA ITU RESDUNG?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung iaitu frontal sinus, sphenoid sinus, ethmoid sinus, septum dan maxillary sinus.

Tanda-tanda Seseorang Itu Menghidap Resdung

✎ Hidung selalu tersumbat
✎ Lendir dari hidung dan tekak
✎ Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mata
✎ Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
✎ Demam atau rasa tak sihat berpanjangan
✎ Gatal hidung, kerap bersin dan sebagainya

Bagaimana Resdung Terjadi?

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) da…