Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Selamat Datang Ke Healthy Nurjannah

First Class For Health And Beauty Consultant

Showing posts with label ANTIOKSIDA. Show all posts
Showing posts with label ANTIOKSIDA. Show all posts

RESVERATROL DAN KEPENTINGANNYA


Komponen terbesar Vivix adalah resveratrol. 

APAKAH RESVERATROL?

Kepentingan Resveratrol Dalam Kehidupan Manusia

Resveratrol adalah sejenis anti oksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

MENGAPA RESVERATROL PENTING

Melindungi dan mengaktifkan mitokondria

Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai “kilang menjana tenaga” atau “loji tenaga sel”. Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan. 

Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) 

Bagaimana Resveratrol Memperlahankan Penuaan
Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-
  • Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
  • Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  • Melanjutkan jangka hayat – Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.

Meningkatkan daya ketahanan

Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.

Membina daya ketahanan terhadap kanser

Dalam satu kaji selidik dari Universiti Children’s Hospital di Ulm, German telah membuktikan resveratrol merupakan cancer prevention agent yang berkesan. Bagaimana resveratrol bertindak ke atas sel-sel kanser?
  • Fasa Pertama – Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
  • Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.

Vivix Sebagai Suplemen Anti Kanser

Kebaikan Lain Vivix dan Resveratrol :
  • Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
  • Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
  • Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
  • Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah

MENGAPA ANTIOKSIDAN BAIK UNTUK KESIHATAN KITA?


Kajian telah membuktikan individu yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel normal, protin dan lemak. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk.

Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan. Namun tubuh kita amat memerlukan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas yang berlebihan akan mengganggu penghasilan hormon. Jika penghasilan hormon terganggu, maka secara automatik sel-sel tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.


Banyak masalah kesihatan disebabkan oleh radikal bebas. Antaranya ialah penuaan sebelum waktunya, kulit kering, pra-menopause , gangguan jantung, osteoporosis, masalah sendi, diabetes, kanser, alzheimer dan sebagainya.

Antioksidan mampu melawan radikal bebas yang berlebihan. Antioksidan adalah zat yang mampu melindungi sel-sel tubuh. Ada cara mudah untuk menjamin kita mendapat sumber antioksidan yang mencukupi. Sumber antioksidan adalah seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Selenium serta Omega 3 dan 6.
SET ANTIOKSIDAN SHAKLEE

Beberapa manfaat antioksidan untuk kesihatan:
  • Pengambilan sumber antioksidan yang cukup, sangat penting untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan. Antioksidan dipercayai mampu mencegah berbagai jenis kanser. 
  • Antioksidan penting untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh sehingga mencegah tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria 
  • Alasan paling popular mengapa antioksidan disukai ramai adalah kerana adanya manfaat anti-penuaan. 
  •  Antioksidan mencegah proses penuaan sel-sel tubuh sehingga membuat fungsi tubuh tetap terjaga dengan baik.
  • Antioksidan membantu mencegah penyakit jantung dan meminimalkan proses oksidasi kolesterol. 
  • Selain bermanfaat untuk jantung, antioksidan juga efektif mencegah gangguan mata seperti makula dan glaukoma. 
  • Antioksidan membantu memberikan perlindungan terhadap sistem saraf pusat.

Pengambilan vitamin-vitamin antioksidan ini dapat membantu kita kekal sihat dan cergas. Penjagaan awal amat penting untuk mengelak penyakit yang berbahaya.


VITAMIN ACE UNTUK MENYINGKIRKAN RADIKAL BEBAS


Kini kita memerlukan lebih perlindungan antioksidan berbanding dahulu. Pencemaran, pendedahan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.

Shaklee menawarkan suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan.

Kebaikan SET ANTIOKSIDA (ACE) :
  • Menguatkan sistem imun
  • Berasa muda, melambatkan proses penuaan
  • Meningkatkan tahap kesihatan
Set ini mengandungi:
  1.  Corotomax
  2.  Sustained Release Vita-C
  3.   Vita-E Complex 
Set Antioksida Shaklee

Fungsi Carotomax (Vitamin A)

  • Lebih selamat dari Vitamin A
  • Membantu Mempertingkatkan Penglihatan, seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata
  • Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat
  • Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit
  • Melindungi lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari
  • Melawan kanser dan oksidasi, terutamanya kanser paru-paru dan payudara
  • Merangsang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, flu dan selesema
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
  • Merangsang perkembangan Kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut,
  • kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi
  • Menghasilkan sperma yang sihat

Fungsi Vitamin C

  • Membentuk kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
  • Mencantikkan kulit
  • Memperbaiki insomnia
  • Mengekalkan kolesterols sihat

Fungsi Vitamin E

  • Melindungi jantung
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • Anti-penuaan
  • Anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • Memperbaiki Arthritis
  • Menghalang keguguran
  • Memperbaiki parut

TANDA-TANDA KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki. Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan



Kanser paru-paru adalah tumor mengancam (malignant tumour) pada paru-paru. Paling biasa adalah bronchogenic carcinoma (sekitar 90%). Kanser paru-paru adalah tumor mengancam yang paling bahaya di seluruh dunia, menyebabkan sehingga 3 juta kematian setahun.

Pendedahan kepada karsinogen, seperti yang hadir dalam asap tembakau, serta-merta menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru (bronchial mucous membrane). Kesan ini terhimpun, dan pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk. Jika tumor membesar ke dalam ia mungkin menghalang laluan udara menyebabkan kesukaran bernafas. Paru-paru mungkin runtuh dan jangkitan berlaku, menyebabkan bisul paru-paru - lung abscess. Pesakit akan mula batuk bahan lendir berdarah. Bagaimanapun jika tumor membesar ke luar paru-paru, pesakit mungkin tidak menyedarinya sehingga ia mula menjangkiti bahagian tubuh yang lain. - Wikipedia

TANDA-TANDA AWAL KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial dan ia merupakan jenis kanser yang kerap ditemui sekarang. Kadar kematian yang berlaku akibat kanser ini agak stabil di kalangan lelaki tetapi semakin meningkat di kalangan wanita.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis.


Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Rokok merupakan satu-satunya punca yang sering dikaitkan dengan kanser ini. Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi. Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi.

Di antara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenal pasti ialah:
(Depresi) atau perubahan mood lain
  • Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

Selalu sakit yang berulang-ulang
  • Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab
  • Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)
  • terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

Keletihan luar biasa
  • Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak
  • Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

Nafas pendek dan dada berbunyi
  • Tanda ini seperti orang asma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar
  • Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan
  • Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

Sakit dada, belakang, bahu atau perut
  • Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Oleh itu, jika anda mempunyai satu atau lebih tanda-tanda amaran yang dinyatakan di atas, eloklah dapatkan pemeriksaan doktor pakar (jangan hanya bergantung kepada pemeriksaan doktor di klinik-klinik biasa yang selalunya dianggap sebagai sakit, batuk atau demam biasa)

Antara tanda-tanda kanser paru-paru adalah seperti:

  • Batuk = 42%
  • Sakit dada = 22%
  • Batuk berdarah = 15%
  • Lelah, hilang berat badan, suara serak = 5%

Sekiranya seseorang disyaki menghidap penyakit kanser paru-paru, beberapa langkah pemeriksaan akan dijalankan. Antaranya ialah:
  • Sejarah kesihatan akan ditanya dengan lengkap
  • Pemeriksaan akan dilakukan : kesihatan umum, dada, bahagian badan lain untuk mengesan perebakan ke anggota badan lain seperi tulang, hati, buah pinggang, otak dan lain-lain.
  • Penyiasatan akan dijalankan :

X-ray dada: untuk lihat kemungkinan ada ketumbuhan atau sakit lain.


Gambar x-ray kanser paru-paru tahap 4

CT Scan: untuk lihat ketumbuhan, memeriksa saiz ketumbuhan dan perebakan yang mungkin terjadi.

 

Bronkoskopi: satu teropong akan disalurkan ke dalam paru-paru untuk melihat ketumbuhan dan mengambil sedikit cebisan tisu bagi analisis patologi.

 
Fine needle aspiration biopsi: Jarum halus dicucuk dari luar dada untuk mengambil sedikit tisu bagi analisis patologi.

 


CADANGAN VITAMIN UNTUK PESAKIT KANSER


Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh digunakan Set Rawatan Kanser oleh pesakit kanser sama ada belum menjalani rawatan, sedang menjalani rawatan, mahupun selepas menjalani rawatan terapi kimo.



Pembelian set ini membolehkan anda mendapat keahlian percuma dan rebat atas belian (bonus dimasukkan dalam akaun pada bulan berikutnya) untuk mendapat produk dengan harga ahli dengan syarat kombinasi produk perlu lebih 200UV (unit value).

KENALI TENTANG RADIKAL BEBAS

Bagaimana radikal bebas terjadi?

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..

Bagaimana terjadinya radikal bebas? 
Bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..

Adakah radikal bebas ini merbahaya?

Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan KANSER.

Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.

Carotomax
  • Ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
Sustained Release Vita C
  • Bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan
Vita-E Complex
  • Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
  • Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Setanding dengan harganya yang mahal, ia InsyaAllah boleh membantu mereka-mereka yang menghidap penyakit kritikal seperti pesakit SLE, Kanser, darah tinggi, diabetes dan lain-lain.. malah orang biasa yang ingin menjaga kesihatan juga boleh mengambil VIVIX ni.. semua orang boleh ambil VIVIX kecuali kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi. mencegah itu lebih baik daripada mengubati

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

PENGEDAR SAH SHAKLEE

COD AREA MELAKA CHENG/BUKIT RAMBAI/ALOR GAJAH/KRUBONG/MITC/AYER MOLEK/TIANG DUA/JASIN/MERLIMAU

SHARIFAH JAMIL

HP : 012-6412248

Email : healthynurjannah@gmail.com

FB Pages : AJLegacy

Setiap pembelian daripada saya, anda layak mendapat panduan pemakanan vitamin dan konsultasi daripada saya setiap masa.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.