Skip to main content

Basic H²™ ORGANIC SUPER CLEANING CONCENTRATE

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah:
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
          Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
          Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
  • Tingkap dan cermin
          Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Lantai
          Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
          Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Satu Rumah Satu Basic H

Popular posts from this blog

KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENJALANI RAWATAN KIMOTERAPI

Apabila merawat pesakit kanser dengan kemoterapi, adalah lebih baik jika sekiranya pakar kesihatan boleh merawat bahagian di mana kanser wujud sahaja. Malangnya, perkara sedemikian tidak selalu dapat berlaku.

Kemoterapi menghapuskan sel yang terbahagi dengan kerap, seperti sel kanser. Namun begitu, rawatan ini tidak hanya menghapuskan sel kanser tetapi juga sel biasa yang terbahagi dengan cepat. Sel sedemikian terdapat di dalam:

Mulut Kulit Sum-sum tulang Saluran penghadaman Rambut Sistem saraf Buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru Sistem pembiakan Oleh sebab tisu sihat juga mungkin rosak semasa kemoterapi, rawatan mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan. Jika doktor telah memilih kemoterapi sebagai rawatan bersesuaian untuk anda, ia amat penting untuk anda mempelajari bagaimana untuk menguruskan kesan sampingan yang mungkin anda alami
Benarkah Rawatan Kemoterapi dapat Menyembuhkan Kanser ? Ramai pesakit beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh menyembuhkan kanser. …

SHAKLEE MEMBANTU MERAWAT PESAKIT TIBI

Apa sebenarnya tibi ni? Pernah dengar batuk kering? Itu pon nama lain bagi tibi. Kita orang melayu mungkin lagi kenal batuk kering daripada tibi. Tapi apabila sebut batuk kering, maka ketakutan kita terhadap sakit itu kurang. Sebab ianya sekadar batuk dan batuk akan hilang sepertimana selesema jugak.

Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit tibi sebab kuman-kuman tibi akan terpendam dan tak aktif dalam badan.

Kuman-kuman tibi jadi aktif apabila SISTEM IMUNISASI GAGAL halang mereka daripada membiak di dalam badan. Setengah orang yang dijangkiti akan dapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan sempat melawan kuman-kuman tibi. Tapi sesetengah individu lain pula, akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang dulunya diam dalam badan terima isyarat daripada sistem daya tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula. Di sini peranan kita untuk boost immune kita selalu. Sebab sakit akan serang kita bila sistem…

APA ITU G6PD, PUNCA DAN SIMPTOM??

Apa itu G6PD?

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase. Ia adalah penyakit genetik dan kebiasannya berlaku pada lelaki. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.

Jika sel darah merah tak cukup enzim G6PD, ia takkan mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis. Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dan lebih cepat daripada badan boleh menggantikannya.

Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria sebab kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel darah merah pesakit G6PD. Penyakit kekurangan G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes h…