KENAPA AIR KENCING BERWARNA KUNING SELEPAS MAKAN B-COMPLEX?


Selalu ada  customer yang mengadu katanya warna air kencing (urin) jadi kuning terang selepas ambil vitamin B-Complex. (Biasanya urin warna kuning pucat)

Jangan lah risau yer. Ini bukannya disebabkan anda ada penyakit! 

Sebenarnya vitamin B-Complex ini adalah vitamin larut air (water soluble), jadi ia sangat cepat larut dalam salur darah dan terus ke urin.

Ia adalah proses semulajadi menyingkirkan lebihan RIBOFLAVIN (VITAMIN B2) yang tidak diserap oleh badan, dan terus keluar melalui air kencing, menyebabkan ia menjadi warna kuning terang!

Ia bukanlah bermaksud kita terlebih dose, tapi adalah antara petanda buah pinggang kita sihat dan berfungsi dengan baik.



Fungsi dan Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee.

CARA MENENTUKAN TAHAP KESIHATAN MELALUI WARNA AIR KENCING

Sebenarnya, melalui warna urin kita juga boleh tentukan tahap kesihatan kita.

Ini antara contohnya:-

KUNING PUCAT - Warna urin normal dan cukup hidrasi.

KUNING TERANG – Warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex.

KUNING GELAP – Warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex, dan kemungkinan dehidrasi. Sila tambah jumlah air minuman anda!

OREN - Warna urin akibat pengambilan vitamin Carotomax, dan kemungkinan dehidrasi. Sila tambah jumlah air minuman anda!

KECOKLATAN - Warna urin akibat pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati. Sila rujuk doktor anda.

KERUH - Jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – Jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – Kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan 'Blue Diaper Syndrome'






Cara menentukan tahap kesihatan melalui warna urine.

Jadi janganlah risau yer kalau warna urin jadi kuning terang lepas ambil vitamin B-Complex. Ia adalah NORMAL.

Tapi kalau warna kuning gelap, ia mungkin petanda anda tak minum air secukupnya.

Pastikan anda minum air mengikut jumlah yang disarankan bergantung berat badan anda.