KESAN SAMPINGAN SELEPAS MENJALANI RAWATAN KIMOTERAPI


Apabila merawat pesakit kanser dengan kemoterapi, adalah lebih baik jika sekiranya pakar kesihatan boleh merawat bahagian di mana kanser wujud sahaja. Malangnya, perkara sedemikian tidak selalu dapat berlaku.

Kemoterapi menghapuskan sel yang terbahagi dengan kerap, seperti sel kanser. Namun begitu, rawatan ini tidak hanya menghapuskan sel kanser tetapi juga sel biasa yang terbahagi dengan cepat. Sel sedemikian terdapat di dalam:

  • Mulut
  • Kulit
  • Sum-sum tulang
  • Saluran penghadaman
  • Rambut
  • Sistem saraf
  • Buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru
  • Sistem pembiakan
Oleh sebab tisu sihat juga mungkin rosak semasa kemoterapi, rawatan mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan. Jika doktor telah memilih kemoterapi sebagai rawatan bersesuaian untuk anda, ia amat penting untuk anda mempelajari bagaimana untuk menguruskan kesan sampingan yang mungkin anda alami

Benarkah Rawatan Kemoterapi dapat Menyembuhkan Kanser ?

Ramai pesakit beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh menyembuhkan kanser. Anggapan ini tidak benar terutama jika tahap kanser sudah sampai tahap tiga dan empat.

Dalam pemerhatian pesakit kanser tahap satu, setelah menjalani proses pembedahan seperti mastectomy atau lumpectomy, dan selepas menjalani rawatan kimoterapi dan selang beberapa tahun, mereka mendapat relapse atau kanser berulang.

Ini membuktikan proses kimoterapi dan radioterapi hanya boleh melambatkan sel kanser daripada merebak, dan bukan mematikannya.

Untuk pengetahuan semua, setiap tubuh badan manusia mempunyai sel kanser. Sel kanser ini adakalanya hanya diam dan tidak merbahaya kepada tubuh seseorang. Tetapi kadang-kala sel kanser itu akan menjadi abnormal dan membiak menjadi satu ketumbuhan yang dipanggil tumor. Sel-sel tadi perlu membiak berjuta-juta sel untuk menjadi satu tumor yang besar.

Proses pembesaran tumor ini memakan masa yang lama, adakalanya bertahun-tahun. Sebab itulah ,ramai di antara pesakit tidak tahu ada ketumbuhan dalam badan mereka sehinggalah ketumbuhan itu sudah menjadi kanser.

Berapa LamaTempoh Kesan Sampingan Selepas Kemoterapi?

Oleh sebab sel-sel biasa sembuh dengan cepat, kesan sampingan yang dialami biasanya akan hilang selepas rawatan berakhir. Walaupun kebanyakan kesan sampingan hilang dengan agak segera, ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk hilang sepenuhnya.

Masa yang diambil untuk menghilangkan kesan sampingan adalah berbeza dengan setiap pesakit dan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan keseluruhan dan jenis ubat yang diambil.

Ia amat menggalakkan untuk mengetahui bahawa kebanyakan pesakit yang menjalani kemoterapi tidak mengalami kesan sampingan jangka panjang. Lebih meyakinkan lagi adalah pengetahuan bahawa pakar penjagaan kesihatan telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam menangani sebahagian daripada kesan sampingan kemoterapi yang lebih serius.

Kesan Sampingan Selepas Rawatan Kimoterapi

Ubat anti kanser mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang berlainan. Tidak semua pesakit kanser mengalami kesan sampingan serupa dengan ubat yang sama dan ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang sedikit. Seseorang pesakit tidak mungkin mengetahui reaksi mereka terhadap ubat tersebut sehingga dirawat dengan ubat tersebut.

1. Anemia
Anemia ialah kesan sampingan yang dialami oleh lebih daripada 50 peratus pesakit yang menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.

Apabila terdapat kekurangan sel darah merah, tisu badan anda tidak mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi. Keadaan yang dikenali sebagai anemia ini mungkin dapat dikenal pasti oleh perasaan kelesuan yang keterlaluan, kelemahan, keletihan, kepucatan dan/atau pening-pening.

2. Sembelit
Oleh sebab ubat anti kanser boleh menyebabkan perubahan dalam kebiasaan sistem usus, anda mungkin mengalami sembelit. Kekurangan aktiviti fizikal dan diet tidak seimbang juga boleh menjadi faktor penyumbang.

3. Kemurungan
Kanser mungkin mengganggu cara hidup dan mengancam impian serta cita-cita yang bermakna dalam kehidupan seseorang. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh kanser dan rawatannya pada badan biasanya menyebabkan kemurungan.

4. Cirit-birit
Cirit-birit boleh berlaku apabila kemoterapi merosakkan sel melapisi usus. Jika anda mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit-birit atau jika anda mengalami cirit-birit melebihi 24 jam, sila hubungi doktor anda.

5. Kelesuan
Kelesuan ialah apabila seseorang berasa lemah atau penat lebih pantas daripada biasa selepas aktiviti fizikal, mental atau emosional. Kelesuan ialah kesan sampingan utama kemoterapi. Ada banyak penyebab kelesuan dan biasanya anemia merupakan punca utamanya.

6. Keguguran rambut
Doktor boleh memberitahu anda sama ada keguguran rambut (alopesia) boleh berlaku dengan ubat yang anda ambil. Keguguran rambut boleh berlaku pada semua bahagian badan. Apabila keguguran rambut berlaku, rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan kemoterapi berakhir.

7. Jangkitan
Kemoterapi boleh menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan. Ini berlaku kerana kebanyakan ubat anti kanser mempunyai kesan ke atas sum-sum tulang dan mengurangkan keupayaannya untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu anda melawan jangkitan.

8. Kehilangan Selera Makan
Sebahagian daripada perubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sistem penghadaman – menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit-birit.

9. Masalah Mulut, Gusi dan Kerongkong
Penjagaan oral yang baik penting semasa rawatan kemoterapi dijalankan kerana ubat anti kanser boleh menyebabkan kerengsaan di dalam mulut atau kerongkong anda. Selain daripada kesakitan, kerengsaan mulut boleh dijangkiti kuman di dalam mulut anda.

10. Loya dan Muntah-muntah
Loya dan muntah-muntah selalunya boleh dikawal atau dikurangkan dengan pengubatan.

11. Masalah Seksual
Lelaki - Pengubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sperma yang boleh menyebabkan ketidaksuburan sementara atau kekal.

Wanita - Kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani rawatan kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan vagina dan mungkin mengalami simptom menopaus seperti berasa panas. Kesan-kesan sampingan ini biasanya adalah kesan jangka pendek rawatan dan akan hilang akhirnya.

Vitamin Yang Bersesuaian Selepas Rawatan Kemoterapi

Pesakit yang ingin berasa cergas selepas kemoterapi, di samping meningkatkan potensi sembuh harus menjaga makan dan mengambil beberapa supplement untuk membetulkan semula sel sihat yang telah rosak.

Ia bukan untuk di ambil semasa kemoterapi, tetapi di ambil 2 hari selepas rawatan kemoterapi .Vitamin ini bertujuan untuk memulihkan semula sel yang baik dan sel yang sihat dan membantu pesakit untuk cergas dan sihat. Untuk sesi kemoterapi yang berikutnya, pastikan pengambilan set ini dihentikan 2 hari sebelum rawatan.

Energizing Soy Protein (850 gram)

Membekalkan protein dan memastikan kalori pada tahap optimum. Protein dan kalori penting untuk pembentukan sel yang sihat.

Membekalkan tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan kelesuan selepas kimoterapi

Sustained Release Vita C Plus (180 biji)
National Cancer Institiute mengesahkan keberkesanan Vitamin C untuk sesetengah jenis kanser & mengesyorkan ia digunakan bersama kaedah kimoterapi bagi membantu pesakit menghadapi kesan sampingan dadah semasa kimoterapi.

Sistem daya pertahanan diri yang kuat dengan sendirinya akan mematikan sel kanser yang abnormal dan membiak itu. Kanser akan terjadi apabila sistem pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser dalam tubuh

DTX Complex (180 biji)

Kemoterapi merupakan rawatan yang melibatkan penggunaan dadah yang merbahaya. DTX complex membantu membersihkan hati dari bahan yang merbahaya yang ditinggalkan oleh rawatan kemoterapi

Alfalfa Complex (300 biji/700 biji)
Untuk memastikan darah tidak berasid dan kekal tahap alkali. Ini penting untuk memastikan sel kanser tidak merebak.