OMEGA GUARD SHAKLEE

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:
  1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
  2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
  3. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3.   

KELEBIHAN OMEGA-3 DALAM OMEGA GUARD

Omega Guard Shaklee adalah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dan melalui 3 peringkat penyulingan semulajadi yang menjadikannya minyak ikan semulajadi yang asli dan selamat daripada bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. 
 
Ini berbeza dengan kaedah biasa minyak ikan iaitu penyulingan tekanan tinggi yang boleh memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak mampu menapis logam berat yang membahayakan kesihatan. Omega Guard Shaklee juga mempunyai label pharmaceutical grade yang tidak dimiliki oleh semua supplimen minyak ikan. 

Oleh itu, pilih minyak ikan yang berkualiti. 
 
 
 
Lagi kelebihan omega-3 dalam Omega Guard Shaklee:
  • diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik
  • 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan minyak hati ikan
  • satu-satunya minyak ikan omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA
  • 1 kapsul membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA
  • dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred faramseutikal berteknologi tinggi iaitu proses penyulingan 3 peringkat untuk mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:
  • Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  • Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  • Mengurangkan risiko darah beku
  • Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  • Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  • Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL)
  • Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  • Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  • Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  • Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  • Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  • Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  • Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  • Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  • Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  • Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  • Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  • Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak