SET KEPUTIHAN SHAKLEE


Masalah keputihan adalah lelehan lendir yang keluar dari alat sulit perempuan. Kebiasaannya keputihan berwarna putih. Adakalanya ia juga berwarna krim atau kelabu. Keputihan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Wanita haruslah mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan antara keputihan normal dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan segera.

Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis:
  1. Keputihan fisiologis. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). 
  2. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.



Keputihan kronik (Patologik) memerlukan rawatan segera. Patologik boleh menyebabkan kesan sampingan seperti radang dan bengkak jika tidak debendung dengan segera. Kini mereka yang memilih untuk merawat keputihan secara semulajadi, tanpa kesan sampingan, lebih selamat, malah turut membantu badan meningkatkan sistem imun secara langsung, gunalah set keputihan shaklee.