SET MIGRAIN SHAKLEE

APAKAH MIGRAIN?
 
Sakit dibahagian satu sisi atau kedua-dua sisi kepala dengan rasa nyeri dan berdenyut-denyut. Kadangkala disertai dengan mual dan muntah. Pesakit kadang-kadang menjadi sensitif terhadap cahaya, bau dan suara.

APAKAH YANG MENCETUSKAN MIGRAIN? 

 
Terdapat beberapa sebab yang boleh mengakibatkan migrain antaranya ialah:
  • Tabiat pemakanan. Memakan makanan tertentu seperti MSG dan sebagainya
  • Tidur berlebihan
  • Tidak cukup tidur
  • Tidak makan
  • Tekanan/Stress
  • Perubahan Cuaca
  • Kepenatan
  • Datang haid
  • Ketidak stabilan hormon
  • Bau yang menyengat dan tidak menyenangkan
  • Sinar yang terang
SIAPA YANG BOLEH MENDAPAT MIGRAIN? 

Tahukah anda, migrain dihidapi oleh 1 daripada 4 orang wanita diseluruh dunia dan 1 daripada 10 orang lelaki di dunia. (Maknanya wanita lagi cepat stress kot? Hehehe)

Migrain paling kerap dihidapi orang dewasa (umur antara 20 sampai 50 tahun), tetapi seiring bertambahnya umur, kadar keseriusan dan kekerapan migrain akan menurun.

Migrain juga boleh dihidapi remaja. Bahkan, kanak-kanak pun dapat mengalami migrain.

BAGAIMANA ATASI MIGRAIN DENGAN SHAKLEE?

Kami menyediakan set Migrain utk mencegah dan membantu mengatasi migrain anda.
Dalam set ini terdapat 2 jenis vitamin Shaklee yang kami syorkan seperti dalam gambarajah dibawah:

Bagaimana vitamin ini membantu?

B Complex diformulakan dengan vitamin B yang sangat banyak khasiatnya. Antaranya adalah vitamin B2 iaitu Riboflavin dan vitamin B6 iaitu Pyridoxine yang dapat mengurangkan sakit yang disebabkan oleh migrain. B Complex Shaklee juga dapat membantu mengelakkan stress, depresi dan kemurangan juga mencegah dari penyakit Strok.

Ostematrix pula mengandungi kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi. Magnesium berupaya mencegah kekejangan pembuluh darah. Kekejangan pembuluh darah merupakan salah satu punca berlakunya migrain. Magnesium juga berupaya mengurangkan sakit kepala dan frekuensi sakit kepala.